
Banyak benar yang tertunda dari gejolak degar dada muda
seradak kelodak dari lopak-lopak memoir kita
tertawa dalam iring masa lupa pada janji dan usul
di sini kita mula berenang,berlari,berjalan sopan,laju,pincang,terpelocok,terjatuh dek lumut rumpai
batu-batu sungai yang setia menanti pada satu tempoh yang tak pasti
kita tidur,bangun,makan,mandi,miring langkah ke kali
rasai dingin terusan alam,iramanya,melodi indah tak bersudah..
desaku...
takkan kubuang jauh lagi selagi nyawa dikandung tubuh..kan tetap tersenyum,menanti kepulangan lahiranmu yang lama hilang..
kukecup tangan tua ayahnda..
kucium pipi tua bonda...
dalam riak tawa..
aku menangis mengenang TUHAN.
Nur Azmi,2007
Akan menemui peminat komik dan humor tanahair, entiti "Siri Mambo: Hilang" akan berada di pasaran serba kering Ogos ini. Tarikh percetakannya akan bermula pada 6 Ogos ini di mana akan menemui semua penggila karya komik seluruh negara setiap bulan (bermula Ogos 2007).Karya terbaru Karyawan muda versatil, Nur Azmi ini merupakan sinambungan dari Mahakarya asalnya " Mambo di Kuale!!" yang telah mencipta sejarahnya tersendiri. Bagi semua yang pernah memiliki, membaca, menghadam karya asal tersebut, ini merupakan jawapan kepada teka-teki tersebut. Lebih menjanjikan warna-warni,humor,sinikal,provokatif,epik dan karektoristik yang pelbagai. satu lagi usaha serba berani dari Nur Azmi dalam memartabatkan karya komik berwajah tempatan. Buku-buku 'siri mambo' akan diterbitkan dalam lima jilid dengan episod berbeza iaitu:
1) Buku 1: Hilang
2) Buku 2: Pertemuan
3) Buku 3: Lima fantastik
4) Buku 4: Puisi Cinta dari Virginia
5) Buku 5: Anugerah
Formatkali ini dengan ekstra warna-warni dengan nilai harga RM12.90. Grafik artist, Rohaizal danNuriman Manap. masih Azzam Supardi sebagai editor.Ekstra- Karya catan naif dan lakaran 'Raw' Nur Azmi yang tidak pernah diterbitkan sebelum ini. dalam karya ini Nur Azmi menggabungkan bakat beliau dari seni lukis, ilustrasi,catan,skecthes,penulisan dan puisi.