Jumlah Paparan Halaman

Ahad, Oktober 28, 2007

Ungkitan kisah Nur Azmi !!















Amacam? kurus dan slim tak saya masa ni? Tahun 2005 semasa saya melawat ke Muzium Arkeologi Kota Tampan Perak. Masa ni saya hanya menjadi kartunis part-time dengan Gila-Gila dan menulis secara bebas dengan tunas Cipta dan majalah Dewan bahasa dan Pustaka. Saya sebenarnya lebih dikenali dalam arena Seni catan. sememangnya pada masa ini saya menyara kehidupan serba sederhana saya dengan jualan catan saya yang sentiasa ada permintaan!!















Guru penulisan puisi saya, Dr. Siti Zainon Ismail saya memanggilnya dengan panggilan bonda dan hingga kini masih mesra( gambar ini dirakam pada tahun 2004). Amacam kurus tak saya? Saya memang dikenali dengan banyak berguru dengan pelbagai tokoh. dari kecil lagi sejak di Pasar budaya, Kuala Lumpur berguru dengan Dino @ Khairuddin Mustapha, Shamsudin mohammad, Aris Aziz dan Azmi Hassan. Kemudian bertemu pula Rejabhad. Saya kemudiannya dalam tahun-tahun membesar bertemu dan berguru pula dengan Yusof 'Gajah', guru yang paling banyak berjasa dan dihormati. Siti Zainon dan Hj. Yusof Ahmad seorang pereka kraf tempurung terkenal di Malaysia. Guru seni saya yang terawal adalah bapa saya sendiri, Mohd Mokhtar a.k.a Mohd Mohter Abdul Kadir. Bapa saya yang saya panggil 'babah' merupakan seorang pelukis berbakat juga mengarang puisi sebagai hobi. beliau banyak mengajar saya cara-cara melukis. ibu saya Zaleha Kasah juga seorang yang berbakat melukis. ibu saya yang saya panggil 'mama' juga pernah menulis cerpen dan puisi untuk majalah dan suratkhabar pada tahun 70-an.




















Dua karya yang berjudul 'Sleepy Day' tahun 2005




Lagi Karya Terbaru Dari Nur Azmi!!


Selepas menggempur dunia penerbitan komik negara dengan 'Mambo di Kuale!!', "Kasih dan Awang:Hikayat Mencari Cinta"' dan siri 'Mambo' nya, Nur Azmi tak serik-serik lagi dengan menerbitkan karya terbarunya yang kini berada di pasaran kering lokal. Masih setia bersama Ameen Kreatif dalam penerbitan terbarunya. nur Azmi akan menjelajah Kampus-kampus dan seluruh negara dengan program road tour nya yang bermula pada 2008 nanti. Nantikan juga kemunculan bandnya nuras yang sudah beberapa bulan dalam pertapaan dengan material terbaru serta visi yang baru. Mambo!!

Dua cover yang dipaparkan adalah sambungan dari karya siri 'Mambo' yang berjudul 'Hilang'. Kini dengan dua lagi sambungannya iaitu buku keduanya, ' Pertemuan' dan buku ketiganya, '5 fantastik' kini berada di pasaran!!

*untuk langganan serta pesanan melalui internet sila melawati laman web Ameenbooks.com.my


Rabu, Oktober 03, 2007

NUR AZMI DI DALAM GEMPAK !!

*atas imej dari cover majalah QUILL keluaran MPH. Imej Nur Azmi bersama beberapa penulis dan selebriti penerbitan Malaysia.


NUR AZMI BARU-BARU INI DITEMURAMAH DENGAN PENUH KERAMAHAN DARI EDITOR MAJALAH KOMIK-INFO TERKENAL TANAHAIR,GEMPAK http://www.gempakstarz.com/ . ANDA BOLEH MENYEMAKNYA DI DALAM KELUARAN GEMPAK TERBARU IAITU ISU 15 OKTOBER 2007.KINI DI PASARAN. BUKAN SEKADAR TEMURAMAH BIASA SAHAJA, MALAH NAMA SYARIKAT BARU NUR AZMI, NuARTS SERVICES UGA ADA DIPAPARKAN. INI MERUPAKAN PUBLISITI PERTAMA UNTUK NuARTS SERVICES .THANX A LOT AYOUR DAN GENG GEMPAK.JUGA KEPADA SINDIKET SOL-JAH KERANA MENJAYAKAN TEMURAMAH INI YANG BERLANGSUNG DI RUMAH PENA,K.L. http://www.sol-jah.blogspot.com/