Jumlah Paparan Halaman

Selasa, April 11, 2006

Ahaaa....novel grafik kedua bakal menyusul...















Ahaaa... setelah "Mambo di Kuale!!", kini Nur Azmi sedang dalam proses pembikinan novel grafik keduanya yang bakal menyusul..ha!ha!tajuknya rahsia!kalau nak baca kena tunggu dan sabar dan...kena beli "Mambo" dulu. Gambar menunjukkan kesibukan tahap ultra-violet di office Ameen Serve Holdings,Setapak.Nur Azmi dan Che Mazlan sedang berbincang perihal thumbnails untuk projek kedua- Novel grafik.

Ahad, April 09, 2006

sama-sama kita berkarya!!
















karyawan Faisal Tehrani (dua dari kiri), Nambai (berdiri/buku beliau akan berada di pasaran tidak lama lagi), Nur Azmi (Mambo di Kuale!!), Khairul Azuwan Ishak(baju putih/almost famous artist) dan Azam Supardi/Toyon (ala..penulis "Aku Hidup dalam Blues") dan di barisan depan..Profesor Dr. Aishah (UKM), pakar psikiatri sedang memikirkan apa itu karya yang menarik. gambar dirakam semasa tayangan filem "The Hidden Fortress" arahan lagendary , Akira Kurosawa di office Ameen, penerbit "Mambo di Kuale!!".

Aie dan Roy bertemu "Mambo"














aha siapa tak kenal Roy?? ini le die kartunis yang famous dengan "brader sport" nye masa zaman Gila-Gila dulu. Kelihatan Nur Azmi sedang bangga tahap gaban apabila menerima sketsa dan autograph dari Roy..huh! kembang hidung!! Roy juga antara artis yang memeriahkan kelahiran "Mambo di Kuale!!"















ha! ha!ha! Aie kartunis yang famous habis dengan aku hidup dalam blues,loveville dan etc. mengontrol hensemnya bersama "mambo di Kuale!!" dan set siri "Citra Moral". Seisi bertukar autograph juga ada..."tahniah!itu lah kesungguhan!" kata-kata Aie selepas mendapatkan naskah "mambo" dan "citra moral".

Sabtu, April 01, 2006

Citra Moral





















Citra moral: Singa dengan Bayang-bayang
Susunan: Prof.Madya Dr.Norhayati Mukhti
Ilustrasi: Nur Azmi Mokhtar
Rekabentuk buku: Nuriman Manap
harga senaskah:RM12.90
Set: 5 set





















Citra Moral: Sang Kancil membantu kerbau.
susunan: Prof.Madya Dr.Norhayati Mukhti
Ilustrasi: Nur Azmi Mokhtar
Rekabentuk buku: Nuriman Manap
Harga senaskah: RM12.90
Set: 5 set

Pelancaran "Mambo di Kuale!!" di PWTC,Kuala Lumpur pada 29 MAc 2006



Tak sangka sayur-sayuranpun hadir.Kobis dan Padi pun aderrr..















wartawan dan jurugambar sibuk membuat liputan



Persembahan rock bersila dari Stoneriver.Persembahan akustika tiga lagu.semuanya material dari
Stoneriver.Wan Hafizi dan Nur Azmi.



Penyampaian cenderahati dari pihak Nur Azmi dan Ameen.(dari kiri-Che Mazlan Saad,Nur Azmi danHj.Zainal Buang Hussein)




















Hj.Zainal Buang Hussien,menyampaikan ucapan beliau















Majlis pembukaan dimulai oleh The ABOnation,group etnika jalanan yang semakin mendapat perhatian.















Painting yang dipamerkan sempena
perasmian "Mambo di Kuale!!".

Antara majlis paling meriah sepanjang Pesta Buku Antarabangsa tahun ini. Hari yang pasti tidak dapat dilupai oleh semua karyawan negara.Tetamu yang diluar jangka hadir.Para wartawan dari Harian Metro,Utopia,Hype!,RTM,kartunis,kartunis termasuk Ujang (Aku Budak Minang),Lal,Jonos,wakil-wakil penerbitan dari PTS,Karnadya dan ramai lagi.