Jumlah Paparan Halaman

Sabtu, Februari 26, 2011

RUMAH PENA ,MASKARA anjuran SINDIKET SOL-JAH,26.02.2011,8 MLM




Bertempat di Rumah Pena,DBP, jam 8 mlm NURAS bersama karyawan-karyawan (spt tertera pd flyer) mempersembahkan nukilan mereka kepada khalayak yg hadir. Persembahan dibuka dengan aksi Punk Rockers-NURAS dengan 3 buah lagu. Lagu pertama di petik dr EP 2010 berjudul 'Aku Bukan Don Juan', lagu kedua pula adalah lagu terbaru yg bakal dirakam tahun  ini -'Adik Mahu Jadi Gergasi'.Lagu ketiga (terakhir) merupakan lagu paling baru dan fresh.Dipersembah pertama kali secara live-'Lagu Pop Untuk Di Jual'. Persembahan NURAS seperti biasa akan dihiasi derai tawa oleh lawak Mie Mambo serta aksi kantoi pada lagu ketiga yang dicover baik oleh NURAS dengan aksi seperti bergaduh dan diteruskan flow persembahan yang ceria dan gembira.Bonus di sini di mana Saiful Meatball bermain set deram mudah (snare+cymbals) menggantikan Sham Fly yang tak dapat hadir.

Aksi Tri begitu psychedelic dengan gitar elektrik,bass dan sampler..dwi vokal dengan Fynn Jamal. Apa yang harus dikatakan ini adalah band unik yang perlu semua orang dengar. Lagu-lagunya ada visi dengan lirik-lirik berisi padu,puitis,sinikal.Muzik nya kedengaran eerie. Seperti lagu rock yang dinyanyi bersama pontianak.terbaik dan harus diketengahkan.

Taheera Rosheena...bersahaja. Dengan aksi senyum manis yang tak lekang ketika membuat persembahan. Tasheera adalah figura yang perlu diberi perhatian serius dan di ketengahkan  lagi. Memandangkan lagu-lagu nukilannya yang puitis dengan melodi mellow folk akustik yg baik. Ini figura yang akan mencabar Anna RAfali dan Yuna. Mie Mambo kata-'Dia Lebih bafus dari Minah berdua tu...' Hehehehe. Pendapat peribadi Mie Mambo.

Aksi lain adalah bacaan puisi oleh Ridzuan Harun. Persembahan lain adalah mini teater dari PETAK yang kacau bilau tetapi berkesan. Aksi mereka kemudiannya di spoof oleh Meta-M yang membawa derai tawa para penonton. Semua persembahan adalah terbaik dan rasanya acara begini perlu diperluaskan lagi di pelbagai  vanue. Rumah Pena dihidupkan oleh kumpulan seni Sindiket Sol-jah sejak 5 tahun lalu. Sehingga kini acara ini melahirkan banyak karyawan-karywan profil tinggi dalam pelbagai genre samada dr penulisan,muzikal,penerbitan,lukisan dan apa-apa sahaja genre seni.

Sabtu, Februari 19, 2011

MIRA MIRACLE



Mira seorang gadis yang memiliki kuasa membaca fikiran orang lain.Bertemu Agen Azman yang menjalankan penyiasatan terhadap kes jenayah yang berleluasa di bandaraya Alam Metro. Siasatan Agen Azman menemui klu-klu yang mengejutkan dengan bantuan Mira. Mereka terpaksa berdepan dengan pelbagai rintangan dan bahaya seperti bersemuka dengan Kumpulan Samseng 'Kumpulan Tangan kiri'. Akhirnya mereka bertemu dengan dalang segala kejahatan yang berlaku di kota raya tersebut. Siapakah dalang tersebut? Jangan ketinggalan mengikuti kisah aksi/penyiasatan/psikik/komedi ini di dalam Novel grafik terbaru Mie Mambo yang bakal menemui para peminat komik pada Mac 2011. Dapatkan di kedai-kedai buku berhampiran anda!!!

Khamis, Februari 17, 2011

MORE DIGITAL CARICATURES BY MIE MAMBO!!!!!

Anda meminati Karikatur digital gaya Mie Mambo..jangan segan silu mendail 017-3601689. Sebarang tempahan serta jemputan acara juga diterima. Mie Mambo juga menghasilkan karikatur/live sketch manual dari pelbagai media seperti cat air,charcoal,pensil,oil pastel,akrilik dan graphic marker samada berwarna atau hitam/putih.E-mail kan sebarang acara/jemputan juga detail nya di namakunur@yahoo.com dan sebarang komen di http://www.facebook.com/home.php#!/mie.mambo1

Selasa, Februari 15, 2011

KARIKATUR DIGITAL MIE MAMBO!!!!

ANDA BERMINAT? SILA HUBUNGI 017-3601689






AKAN DATANG!!!! D.I.N PARANORMAL

NOVEL GRAFIK 2011.


Karya Mie Mambo  setiap tahun akan menemui peminat komik tanah air. Antara karya nya tahun ini adalah MIRA MIRACLE, D.I.N PARANORMAL,KASIH DAN AWANG:NAGA TANJUNG BIRU DAN ,PENDEKAR MAMBO. Karya-karya lama Mie Mambo MAMBO DI KUALE!!! juga akan diulang cetak tahun ini. Begitu juga LILI,LULU,LALA yang sudah beberapa kali diulang cetak oleh penerbit. Novel grafik tahun lepas TAPIR DI KUALA LUMPUR juga akan diterjemah ke bahasa Inggeris tahun ini. Di sini beberapa imej dari karya D.I.N PARANORMAL yang bakal menemui pembaca Mac ini.