Jumlah Paparan Halaman

Khamis, Mei 19, 2011

MAMBO di MANA-MANA!!!!

 30.4.2011 Lebuh Seni Kuala Lumpur bertempat di Dataran Merdeka. Eh...Wie Loco pun ada...aha ini lah booth Mie Mambo
 Hasil catan rare dari Mie Mambo dipamerkan di Lebuh Seni Kuala Lumpur. karya-karya ini tidak pernah dipamer kepada publik.
 Asyik nya Mambo menyiapkan lakaran karikatur....

 Ingat lagi Nurie.. yes..beliau juga ada buka booth di Lebuh Seni...Nurie pernah bersama Nuras pada tahun 2007 dan 2008 di dua posisi iaitu gitaris dan bassist. Nurie sudah berambut pendek. Apa yang mustahak beliau sangat maintain.
 Ada juga karya-karya catan koleksi Mie Mambo yang pernah dipamerkan turut dipamerkan di sini.

 Antara aksi para customer yang sedia wajah mereka dikarikaturkan oleh Mambo.
 15.5.2011 Columbia Asia Hospital, Seksyen 32, Shah Alam....Mambo dan big Bossnya Puan Ida Sri ke sana melakar karikatur serta promosi produk Mambo.
 Seronok melakar karikatur...sekali sekala untuk kepuasan diri dan paling manis kenangan yang boleh di frame lalu di gantung pada dinding rumah.



 Ini pula gaya karikatur yang dimahukan oleh keluarga Puan Isma dari Columbia Asia Hospital sendiri. Mereka mahu jadi super heroes....Super Family. Terima Kasih kepada Puan Isma kerana menjemput Mambo serta menyediakan satu tapak booth.

 En. Kumaresh.S staff Columbia Asia Hospital juga akhirnya melakarkan karikatur wajahnya.Sejak dari pagi...En. Kumaresh berulang alik ke booth Mambo.
 Dan...customer terakhir adik Dahlya yang melakar wajahnya. Waktu sudah menjenga jam 2.00 petang. Mambo tetap memberi yang terbaik!!!
 Big Boss Puan Ida Sri selepas bersiap dari Columbia Asia Hospital, beliau mahu pula melawat sekitar Bandaraya Shah Alam. mambo ikut sahaja. Puan Sri melawat ke Sudut Permata, Kompleks PKNS di mana premis ini pernah Mambo bekerja sambilan sebagai tukang cincin perak. Hanya staff premis yang melayan kami..Boss Pak Dahnil Sikumbang Mardani out station pula. Lain kali kami datang lagi.Lama tak jumpa Pak Dahnil.
 7.5.2011 HUKM Cheras....Mambo di sana juga melaksanakan jemputan Majlis Belia Kawasan Cheras untuk Karikatur nya.
 Kelihatan En. Omar setiausaha Majlis Belia Kawasan Cheras (berbaju hitam/oren) sedang asyik melihat Mambo melakar karikatur. terima kasih tak terhingga kepada beliau yang menjemput serta menyediakan booth untuk Mambo.
Selepas habis melakar di HUKM...Setiausaha Majlis Belia Kawasan Cheras, En. Omar mengajak pula ke rumah nya yang terletak di Kampung Tangki Air, Cheras. Mambo makan malam bersama keluarganya dan pelbagai isu dibincangkan. Seronok dapat bertemu keluarga beliau dan sangat mesra orangnya. Sekali lagi terima kasih dan budi beliau Mambo kenang sehingga bila-bila.