Jumlah Paparan Halaman

Rabu, September 26, 2007

NuArts services: Tempoh lama yang agak berbaloi.

NuArts Services sebuah syarikat baru yang mengendalikan pelbagai aktiviti dan perniagaan berkaitan seni kini dengan rasmi tertubuh. tarikh penubuhan pada 13 hb. 9.07 diawal Ramadhan tahun ini benar-benar menjadi kenangan. NuArts Services dikendalikan oleh dua orang tokeynya Nur Azmi dan khairul Azuwan Ishak. Segala bentuk promosi, pameran dan jualan memenuhi semua skop perniagaan NuArts Services.

Antara Skop bisness NuArts Services:
1) Promosi
2) Publishing
3) Art consultant
4) Creative Event Management
5) Design & merchandizing
6) Art Exhibition
7) Stage Performances
8) Music and Sounds Productions

Segala macam pertanyaan dan apa-apa perbincangan sila hubungi NuArts Services di talian 017-3601689
atau e-mail Namakunur@yahoo.com

Isnin, September 17, 2007

MASKARA 4 dan PELANCARAN "KASIH DAN AWANG" di RUMAH PENA.

Bertempat di rumah pena yang dulunya popular habis. Sekarang ini rumah pena masih dikenali tetapi dihidupkan nafasnya oleh kelompok yang menggelarkan diri mereka Sindiket-Soljah. Diketuai oleh Sinaga,vovin dan beberapa karyawan alternatif dalam pelbagai skop. Rumah Pena kini bernyawa baru. Kehadiran penulis, seniman dan karyawan generasi baru di MASKARA. Nur Azmi berasa sungguh bertuah kerana diberi ruang untuk beraksi di sana walaupun band post-punk/rock alternatifnya Nuras tidak dapat beraksi tetapi celoteh dan lawak kejamnya beraksi ligat.


Nur Azmi memperkenalkan Novel Grafik terbarunya, bukan hanya 'kasih dan Awang' tetapi tiga sekaligus karyanya termasuk 'Mambo di Kuale!!' yang banyak mengundang kontroversi pada tahun 2006.

El maniq-sahabat dan subahat rapat dalam dunia penulisan.Beliau dengan penuh kekacauan jiwa menyampaikan sajak yang penuh sinikal dan satire pada malam itu. El Maniqq ada terlibat dalam kompilasi/antologi penulisan blog iaitu buku 'Jiwa Kacau'.

MAt Jan,antara penulis blog yang saya minati sedang kusyuk membaca naskah puisi hebatnya. Mat Jan memang best!!

Pyan Habib...baca puisi tak hengat pada malam tu..semangatnya datang semacam. gembira kerana melihat respon para penulis dan penggiat sastera generasi baru menganjurkan sesuatu seperti MASKARA ini. Tahniah SIndiket-Soljah..teruskan!!

Isnin, September 03, 2007

Perlancaran 'Kasih dan awang' di Rumah Pena




Selepas Kejayaan 'Mambo di Kuale!!'.....Kini.....

**klik gambar untuk saiz besar


Tarikh: 8 September 2007
Masa: 830 malam
Tempat: Rumah Pena

Pengacara yang cun: Amyz

Pembaca yang tampan:

- Fakhrul Anour (novelis Gempak Starz)
- Nizam Zakaria (novelis dan pengarah drama tivi)
- Kumpulan Narayuda (lelaki metroseksual yang teksual)
- Hafiz 'Jelir' (Penyair yang mempunyai lidah)
- Zaifulnizam 'Attokz' Wagiran (SPB Pena)
- Pelancaran novel grafik Kasih dan Awang oleh Nur Azmi Mokhtar

Pembaca yang sederhana sahaja tampan (tapi kecantikan hak milik semua mahkluk):
- Mat Jan

BONUS:
- Open mic
- Makan dan minum dan berkenalan dengan gadis nampak pusat.
- Jualan buku dan zine
- Berkenalan dengan Sharpi Sang Kucing (Sharpi The Cat).

Sila datang ya.

more informations- www.sol-jah.blogspot.com