Jumlah Paparan Halaman

Jumaat, Mac 23, 2007

sedikit tentang NURAS

NURAS band yang dibentuk oleh aku (Nur Azmi) dan adik aku (Asmawi Mohter). Bermula setelah lama bermain dengan macam-macam band underground di Perak dan K.L. Kami dicided untuk NURAS. NURAS membawa perisa pop/alternative yang disulam rasa karat gitar berdistorsi. Dikahwin pula dengan melodi sonic.band yang simple. Agak berbeza dengan STONERIVER yang tampil dengan PUNK-ROCK.Sudah tentu nuansa band tersebut keras dan enegertik. Asmawi juga pernah bersama stoneriver dan Fire Locomotive semasa aktif di Ipoh beberapa tahun lalu.NURAS turut dianggotai Wan Hafizi selaku Bass (ex-Stoneriver).Wan Hafizi juga dikenali melalui The Stereo dan Daily Metro. Band yang membawa musik "garage". NURAS akan menerbitkan sendiri E.P pertama mereka di bawah label aku sendiri tidak lama lagi. Sekarang Kami sibuk merakam lagu-lagu dari koleksi terperap yang dah agak lama. untuk makluman NURAS akan mengusahakan ruang myspace nya nanti. Tunggu!!!

NURAS..siapa NURAS??


Promo Konsert menampilkan tiga artis dari genre musikal yang berbeza. Sirrfillsirr yang lebih ke arah sufism dan pop yang sedikit electric sebenarnya. Kumpulan dari Temasik ini dianggotai tiga seniman berbakat iaitu Isa Kamari (juga penulis dan penyair terkenal Singapura), Khirr (bekas anggota Rausyanfikir) dan Tizi. Abonation seperti diketahui ramai band yang mengetengahkan konsep world music (sila rujuk www.myspace.com/theabonation). Nuras pula band yang dianggotai dua adik-beradik iaitu Nur Azmi (vokal/gitar akustik) dan Asmawi Mohter (Gitar elektrik/vokal/keyboard).Band ini turut dianggotai pemuzik seseonist-Wan Hafizi (bass).NURAS menampilkan musik dari genre pop/alternative (gabungan grunge/post-punk/indie). Keterangan lanjut mengenai konsert boleh dilayari www.myspace.com/alfienaive atau www.ameenbooks.com.