Jumlah Paparan Halaman

Rabu, Mac 22, 2006

Hj. Zainal Buang Husein


Hj Zainal Buang Husein, Presiden PEKARTUN dan bekas kartunis lagenda humor nasional Gila-Gila. Kartunis vateran yang keluar padang ke PWTC untuk merasmikan pelancaran "Mambo di Kuale!!". Majlis berlangsung pada 29 Mac 2006 di PWTC, Kuala Lumpur sempena Pesta Buku Antarabangsa-25 jam 11.30 tengahari.Majlis dengan selamat dan jayanya dilancarkan.

Isnin, Mac 20, 2006

Karya baru lagi!!









Kisah Tok Su Li 1 dan 2

Painting terbaru dari Nur Azmi. berkenaan kehidupan Tn.Hj.Razali Ismail mantan Cheif Executive Engineer HICOM,Kini dipamer sebagai koleksi peribadi di Kediamannya di Glenmarie Court, Shah Alam.
medium: Acrylic on canvas
Year: 2006
size: 2' X 3'

Rabu, Mac 15, 2006

Mambo di Kuale!! apa ada di dalamnye?

Watak-watak :

Putera Hj. Hassan
Shima
Hj.Hassan
Makcik Ummi
Mizi
Botak
Mahani
Kamil
Deris
Doni
Joni


penampilan selit-selit:

member si kamil (tiada nama)
Kucin entah sapa-sapa!!
Pak Lebai and the gang di kedai kopi
Makcik jaga lauk
burung gagak ala-ala the crow
burung layang-layang pakai goggle
sekretari tukang bagi cek
orang-orang kampung Hilir
budak-budak main bola
kelawar dracula
Doraemon ngan Ultraman
spiderman pun ada!
Abang korek idung
ikan
siput babi
kambing dan kerbau
ayam berkokok
ulat
cicak "ayo!!"

Moh Jumpe deme!! 1 April 2006,Balai Seni Lukis Negara,Kuala Lumpur



































Antara peminat special "Moh..Jumpe Deme!!"
















Gerai "Mambo di Kuale!!" dikerumuni peminat-peminat"Mambo".Nur Azmi tidak sempat melepas lelah selepas baru tiba ke tapak gerai.
















Aha..jumpa semua kitorang di Balai Seni Lukis Negara setiap Sabtu pertama!!















Kesibukan menandatangani autograf.Turut laris ialah siri "Citra Moral" hasil kerjasama Prof.Madya Dr.Norhayati Mukhti,Nur Azmi dan Nuriman Manap.Buku yang memenangi anugerah inovasi dan rekacipta di Geneva,Switzerland pada tahun 2005.
































yes..saudara Umbut.Kartunis senior yang banyak buat magazine dan banyak buat liputan tentang artis-artis muda di Malaysia.Thanxx, hidup Umbut!!!

















Aha..tak sangka..En.Zunar,kartunis tersohor,terkontroversi dan terhebat.turut
membeli "Mambo"
















Raja Ahmad Aminullah dari Yayasan Kesenian Perak turut membeli "Mambo"
















Para peminat yang membeli,meminta autograf dan bergambar








Rabu, Mac 08, 2006

e-mail Nurazmi Mokhtar a.k.a Nur Azmi

Namakunur@yahoo.com

Karya mutakhir-"Mambo di Kuale"


Poster Novel grafik "Mambo di Kuale". Novel grafik pertama Nur Azmi terbitan ameen serve Holdings. merupakan "masterpiece" Nur Azmi. Karya yang mendapat ulasan yang cukup baik dari Presiden PEKARTUN Tn.Hj.Zainal Buang Hussein pada 29 Mac yang lalu.Jangan ketinggalan!!dapatkan naskah di gedung-gedung buku berhampiran.atau anda boleh ketemu warga "Mambo di Kuale!!" setiap Sabtu pertama di Laman Seni Kuala Lumpur,Balai Seni Lukis Negara.
Novel grafik "Mambo di Kuale!!" boleh juga didapati terus dari Nur Azmi di talian: 017-3601689


Nurazmi a.k.a Nur azmi

pelukis,penulis,kartunis,penyair,pemuzik Nurazmi a.k.a Nur Azmi memulakan karier artistiknya sejak dibangku sekolah primarinya. semasa menjejakkan kakinya ke Pasar Budaya dalam lewat 8o-an,si cilik Nur Azmi mula jatuh cinta dengan dunia seni. 1990, dia mula menjadi pelukis jalanan bersama teman-teman senior pada masa itu-Shamsudin Mohammad, Dino a.k.a Khairudin Mustapha, Din Belanda, Azmi Hassan, yahok, amran dan ramai lagi. Bermula perjalanan Nur Azmi atau pada masa itu lebih di kenali sebagai Along.Sampai kini pelukis-pelukis senior dari Pasar Budaya memanggil nama itu. 1991 budak kecil itu dijemput ke Radio Tiga Ibukota, RTM untuk ditemu bual oleh D.J bertugas Kamal Hassan. Nur Azmi semakin didekati dan seterusnya membina retetan hidup sebagai seniman hingga hari ini. Lahir pada tanggal 9 Julai 1980 di Kuala Kangsar, Perak. Dia merupakan anak sulung dari 7 beradik. Cenderungnya pada seni lukis semakin menggila pada seisi sekolah sekundernya. hingga dia mengambil subjek seni lukis sebagai major. keputusan 18 agregat-pangkat satu menjadi tiket ke institut Teknologi MARA, Shah Alam (sekarang UiTM) dalam Sarjana Muda seni Lukis dan seni Reka. Lulus cemerlang dan keluar bebas menyambung tradisi jiwa seninya.