Jumlah Paparan Halaman

Selasa, Oktober 26, 2010

Suasana di Battle of The Band,Putrajaya 24.10.2010

Bersiar sebentar di pekan sehari, Kompleks Kejiranan Presint 9, Putrajaya. Saiful, Wie dan Mie Mambo. Ha di sinilah stage Battle of The Band tu berlangsung.
T-shirt Mie mambo dengan ilustrasi Tapir. Nampaknya perut Tapir tu sama saiz dengan perut Mie Mambo. Duduk di kerusi Sham yang dah tak sabar nak beraksi di pentas.
Band pertama yang perform masa saringan pada 2.00 ptg tu. Reject The Jibak ,Kelakar jugak vokalis diorang ni. Muzik light macam brit-pop. Ada potensi band ni. Eh ada awek jadi back-up vocal,siap main tamborine lagi turrr..
Band ini awek jadi penyanyi untuk band ni. Alamak lupa plak nama band ni. Awek ni menyanyi gaya kiut yang penuh kesopanan untuk lagu 'Bring Me To Life'. Lagu dari band 'Evenescene' dinyanyikan dalam versi yang agak ayu. Seayu vokalis band ni.
Ini pada malam Final. Band After Life beraksi dengan cover dari CCR 'Have You Ever See The Rain'. Versi paling popular lagu ni adalah dari band Ramones. Band ini memang friendly. Bassist diorang dah macam kembar bassist NURAS, Saiful.Cuba tengok betul-betul...
Ini gaya Mie Mambo dari NURAS sedang asyik dan geram ketika lagu 'Aku Bukan Don Juan' didendangkan.
Sham drumer NURAS yang sentiasa senyum ketika beraksi. Ini aksi live pertamanya bersama NURAS setelah sebulan menyertai band ini. Sham memang sesuaiii dan ada chemistry yang baik. Seronok Sham menjadi keluarga NURAS.
Saiful yang tidak dapat mengawal dirinya ketika bermain bass. Ini aksi slide yang memang tak di jangka. Saiful paling 'haPENING' malam tu.
Wie NURAS yang geram dengan flying V Jackson. Apa lagi petik la gitar tu sehabesh mau...Wie dah lama tak naik pentas dan Wie bermain dengan 'tight' sekali.
Penyanyi undangan ketika Juri-juri sibuk membuat keputusan pemenang, Mus May. Ha bang banging!!!!
Ini juri-juri profesional yang serius dan garang. Abg ROM tokey majalah muzik terkenal ROTTW (wah..serius miusnya), Brader Mohd Noor Hendrix (ini ikon gitaris terkenal),Bob dari Power House Studio dan em...lupa plak nama sorang lagi ni. Tapi beliau adalah pemain drums terbaik Rentak Juara.
Mie Mambo mengambil hadiah berupa wang tunai sebanyak RM 750. NURAS menang tempat ketiga Battle kali ini. Tempat kedua dah lupa sapa ye? Tapi tempat pertama dimenangi oleh band penuh bergaya Profesor Nightmare. Syabas semua pemenang dan band-band yang menyertai battle pada hari tersebut. Semoga semua sukses dalam perjalanan muzikal anda semua.

NURAS bergambar bersama Abg Rom tokey ROTTW. Ha inilah dia NURAS yang terkini. Dari kiri- Saiful (bass/vokal),Wie NURAS (gitar/vokal), Abg ROM(ROTTW),Mie Mambo (vokal/akustik gitar) dan Sham (drums).Abg Rom senyum serta menggalakkan sangat bila kami kata kami akan menyertai SOUNDSTAGE 2010. Ye ha...kami akan terus RAWK!!! Apa lagi nanti di SOUNDSTAGE (pertandingan band terbesar di Malaysia), NURAS akan beraksi sehabis baik. Yang penting PUNK ROCK terus!!!!

KAN DAH KATA NURAS KEMBALI KE PENTAS!!!

Ya NURAS beraksi di Battle of The Band,Putrajaya 2010 pada 24.10.2010. Ini aksi ketika saringan. Lebih kurang jam 4.00 petang kami beraksi. Ada 10 band yang beraksi antaranya After Life dan Profesor Nightmare.Sudah agak lama NURAS tak beraksi di pentas. Ini kali pertama beraksi bersama bassist-Saiful (juga mengangotai band Y2K sebagai gitaris/vokalis), Sham (x-Blump) sebagai drumer.
Lagu dipersembahkan adalah lagu 'Adik Mahu Jadi Gergasi'. Lagu ini bakal dimuatkan dalam 3 way split bersama Y2K dan 679 tidak lama lagi. Lagu ini juga pertaruhan NURAS untuk single akan datang. Kami hanya merakam demo setakat ini. Versi original akan dirakam dalam masa terdekat.
HA! HA! Kami layak ke peringkat akhir malam itu. Pada pukul 8.00 mlm, Final bermula. NURAS menjadi band ketiga perform. Ada 5 band layak ke final dari 10 band yang bertanding.
Aksi malam dengan persembahan lagu dari E.P terbaru "Come To Us...To Us!!!These Songs For Everyone". Kalau nak Cd E.P ni kenalah order dari Mie Mambo. Contact 017-3601689. Hanya RM 10 by hand atau di gig-gig yang kami sertai. RM 15 untuk pesanan melalui pos.Lagu berjudul 'Aku Bukan Don Juan' adalah single dari E.P ni. Kami bawakan pada malam itu dengan energetik. Kami tak kisah sangat pasal habuan hadiah sebenarnya. Kami hanya mahu berada di pentas dan beraksi!!!
Dengan peluh dan kepuasan, NURAS berjaya mempersembahkan lagu-lagu dengan penuh huru-hara. Inilah satu-satunya wakil Punk Rock yang bertanding dalam Battle ni. NURAS berjaya merangkul pemenang ketiga Battle of The Band,Putrajaya 2010. Membawa balik hadiah wang tunai sebanyak RM 750. Boleh lah belanja anak-bini memasing. Syok siot!!!

Ahad, Oktober 17, 2010

NURAS aktif kembali di atas pentas!!!!



Jangan ketinggalan untuk menyaksikan persembahan NURAS selepas 2 tahun menyepi diri dari dunia muzik underground. NURAS akan menyertai BATTLE OF THE BANDS yang akan berlangsung di PUTRAJAYA. Sila rujuk poster di atas. NURAS juga akan turut serta di dalam ROTTW SOUNDSTAGE 2010. Beberapa album kompilasi juga akan menemui peminat muzik semua. Layari www.myspace.com/nurasite.

Khamis, Oktober 14, 2010

OPEN HOUSE sana-sini,CARICATURES on terusss..






28.9.2010 masih lagi aura raya tak habesh. Entry ni lambat sedikit ye.Maaf kerana terlalu lewat dipublish. Mie mambo menjadi artis jemputan Balai Seni Lukis Negara sempena rumah terbuka Kompleks Kraftangan Malaysia, Jalan Conlay, KL.Ida Sri dan Kasih juga menemani Mie Mambo. Artis lain yang menjadi tamu pada hari tersebut adalah pelukis cat air- Othman Akhbar, CD Hamdan dan Jiman. Sambil lukis..perutpun kenyangggggggggggg.