Jumlah Paparan Halaman

Ahad, Mei 25, 2008

MALAYSIAN NAIVE ART SHOWCASE 2008, ANEXXE CENTRAL MARKET,KL

PAMERAN di PASAR BUDAYA berlangsung dengan jayanya. catan saya terjual pada hari sebelum perlancaran pameran. pameran terbesar setakat ini bagi dunia seni lukis naive di MALAYSIA. 37 artis catan naive terlibat menghimpunkan hampir seluruh negeri-negeri di MALAYSIA.anjuran GAJAH-GAJAH GALLERY dan ANEXXE menjadi berita baru dalam dunia seni catan naive MALAYSIA.Himpunan karyawan pelbagai usia dan latar belakang, pameran ini menjadi fenomena baru di dalam dunia catan MALAYSIA. Syabas dan Tahniah!!


KINI DI BALAI SENI LUKIS NEGARA!

IDA SERI MENEMANI SAYA DI LAMAN SANTAI,ISTANA BUDAYA/BSLN . Kini Apabila Laman Santai, saya akan ke wakaf Istana Budaya, dahullunya diguna sebagai PANGGUNG LAMAN CEMPAKA. Kini setiap Sabtu dan Ahd saya diberi kebenaran untuk berkarya dan menjual karya saya di situ. Terima Kasih!




RIZQEEN yang asyik melukis. salah seorang anak murid saya yang baru. RIZQEEN ada bakat besar dalam dunia seni lukis suatu hari nanti. Leka belajar dan selalu buat 'homework'. Cikgu ucapkan selamat belajar dan berjaya!

PN.SHEEDA
ibu kepada RIZQEEN gembira melihat anaknya minat melukis. Tahniah Puan kerana menggalakkan anak Puan melukis dan belajar mendalaminya bukan mudah ketemu insan seoerti Puan dan Tuan


EN.FAUZI dan PN.SHEEDA berama RIZQEEN. Saya dengan t-shirt comel PEKOMIK. RIZQEEN baru sahaja selesai untuk kelas melakarnya. ibu bapa RIZQEEN benar0benar supportive. Galakan diberi sangat membanggakan.



KELAS MELUKIS UNTUK ANAKA-ANAK. HANYA RM 20 SETIAP PENYERTAAN DAN SEGALANYA DISEDIAKAN. ABANG ARIS AZIZ,SANI SUDIN DAN NUR AZMI SEBAGAI PENDOKONG KELAS SENI SANTAI DI BALAI SENI LUKIS NEGARA, KUALA LUMPUR.




AYAHNDA SAYA, MOHD MOKHTAR@MOHTER MELAWAT RUANG GALERI KECIL YANG DIKENDALIKAN OLEH ARIS AZIZ,SANISUDIN,AMIRUDDIN DAN NUR AZMI.


AYAHNDA SAYA MOHD MOKHTAR
BERGAMBAR BERSAMA SANI SUDIN DI GALERI KECIL KAMI,BALAI SENI LUKIS NEGARA KL (BSLN).


BERSANTAI SAMBIL MENIKMATI TEH DAN KOPI. ARIS AZIZ DAN ISTERI (BAJU BIRU),SANI SUDIN,MEOR,SAMOZA (SABRI MOHD ZIN) DAN NUR AZMI DI LAMAN SENI SANTAI BSLN.




ABE,EROL DAN SEORANG TEMAN DARI BALAI SENI LUKISNEGARA MEMBELI BUKU KOMIK TERBARU SAYA TERBITAN PTS MILLINEA, "LILI,LULU,LALA'. SIRI PERTAMANYA AKAN MENEMUI PEMINTA KOMIK PADA AWAL BULAN JUN INI. NANTIKAN!! note: mereka adalah pembeli terawal dimulai oleh Erol sebagai pembeli pertama komik tersebut.Ulasan berkenaannya akan diisi di dalam entry yang akan datang.

KESIBUKAN YANG MENYERONOKKAN!!





BERSAMA PEMINAT!!












NURIE yang semakin sibuk dan em...matured ha!ha!

















Suasana sibuk .Nasib baik kawan-kawan ada turut bersama .














Bersama peminat setia Ameerah yang lama mengikuti karya-karya saya. TQ Ameerah!!

Sepanjang Dua Bulan saya tidak menjengah ruang blog, terasanya pasti yang ramai bertanya ke mana saya pergi selama ini? Sungguh saya tidak menyepi atau berdiam diri. saya sebaliknya sibuk dengan pelbagai aktiviti dan bisness yang semakin rancak. Alhamdulillah berkat kesabaran dan ketekunan , saya tidak mengalah walaupun awal tahun 2008 amat memeritkan kerana bisness yang kurang memberangsangkan. Dari tarikh 4 April hingga 13 April 2008, saya bersama rakan seperjuangan Nurie bersama ke PWTC, PESTA BUKU ANTARABANGSA KL. Booth yang sederhana menjadi ruang kami mempamer karya serta menjualnya. Nurie dah banyak juga produksinya. Saya yang makin rancak dengan karikatur, novel grafik, painting dan musik.Sambutan peminat amat menggalakkan. Dalam waktu yang sama painting saya bernilai RM400 sebuah terjual dua di PWTC. Karya tersebut kini menjadi koleksi Datuk A. Samad Said. Peminat yang mengerumuni tidak dapat dijangka namun saya boleh katakan itu adalah hari-hari paling penat yang pernah saya lalui sebagai pelukis . terima kasih kerana sudi mengkaryakan wajah anda bersama saya.