Jumlah Paparan Halaman

Sabtu, November 20, 2010

MURALIST MILITAN @ MegaKidz, Mid Valley

signature 'Muralist Militan' oleh Mie Mambo...Cuba Mural gaya baru? contact: 017-3601689 (Mie Mambo)
Projek Mural di Galactic Laser, MegaKidz, aras 3 Mid Valley, KL.. Datanglah menghayati mural unik sambil bermain game interaktif di sini!!!
Ida Sri dan Kasih Ramadhan (Isteri dan anak Mie Mambo) bergambar di hadapan mural 'shooting star' hasil kerja Group 'MURALIST MILITAN' yang diterajui Mie Mambo.
Lihat gaya Donald Abraham apabila melihat kamera. Mie Mambo, donald, CD Hamdan dan Oly giat menyiapkan mural 'shooting star'. Gambar diambil oleh Khairul Mat Sin, salah seorang Militan mural yang turut serta dalam projek ini. Ini gambar sebelum siap mural 'shooting star'.
Mural akan kelihatan 'GLOW' apabila lampu di matikan serta dikenakan cahaya UV.
Ini sentuhan CD Hamdan berdasarkan rekaan Mie Mambo. Cuba bezakan gambar keduanya. Ini semasa terang.
Dan ini semasa gelap dan dipancar cahaya UV.
Wie Loco turut serta dalam projek mural ini sebagai pelukis 'Grafiti'. Ini teruja beliau setelah melihat hasil sentuhan CD Hamdan. Rekaan imej pintu ini adalah hasil rekaan Mie Mambo.
Lihat Mural 'spacescape' yang telah siap. Oly, CD Hamdan, Khairul Mat Sin, Wie Loco dan Mie Mambo berjaya menyiapkan mural yang diilhamkan dari rekaan Mie Mambo sendiri.
Tandus, ini mural hasil sentuhan empat artis-Mie Mambo, Oly, Khairul Mat Sin dan Wie Loco. Padang pasir di planet asing. Rekaan oleh Mie Mambo.
Imej Grafiti rekaan Mie Mambo direalisasikan oleh Mie Mambo sendiri bersama Oly dan Wie Loco. Ini imej ketika terang.
Imej grafiti ketika gelap serta dipancar cahaya UV. Ianya 'GLOW' seperti neon.
Inilah kegembiraan tak terkata bila misi grafiti terlaksana. Mie Mambo,Oly dan Wie Loco bergambar gembira. Gambar diambil oleh Khairul Mat Sin.


MURALIST MILITAN

Sebuah Group Projek oleh Mie Mambo dalam menghimpunkan para pelukis yang berbakat melukis mural secara serius. Group ini diterajui oleh Mie Mambo sendiri dan dibantu oleh beberapa artis yang terdiri daripada pelbagai latar belakang seni. Ada pelukis realist potret, animator, artis grafiti, pelukis catan,karikaturis dan arcawan.

Kini MURALIST MILITAN giat mempromosi gaya catan mural pelbagai stail dan media. Projek pertama mereka adalah di Mid Valley Megamall bertempat di Galactic Laser, Pusat permainan interaktif high tech. Mural yang dilukis di atas 9 dinding menggabungkan stail realism, futuristik, fantasi, grafiti dan pop. Ini adalah kejayaan pertama group ini dalam menjana kreativiti serta bakat yang mereka ada ke arah keusahawanan.

Siapa MURALIST MILITAN?

Mie Mambo (Pelukis catan naive/kartunis/karikaturis/penulis/pereka/novelist grafik/illustrator/pemuzik /komposer underground)

Mie Mambo mengilhami group ini dan menjadi teraju utamanya.

Militan-Militan Mural:

1. Oly (illustrator/karikaturist) www.olylukis.com
2. Khairul Mat Sin (Pelukis potret/pelukis catan)
3. CD Hamdan (Animator/karikaturis/pelukis story board/pelukis catan)
4. Donald Abraham (pelukis catan/artis grafiti/illustrator)
5. Wie Loco (Gitaris band NURAS/komposer muzik underground/artis grafiti)

HUBUNGI KAMI DI 017-3601689