Jumlah Paparan Halaman

Jumaat, Februari 09, 2007

13.2.2007, UKM, Bangi












^Koleksi lukisan cetakan terhad (limited print edition) dari siri Citra Moral juga boleh di dapati di sana. untuk tempahan sila hubungi nur azmi 017-3601689 (HP).

13.2.2007 bertempat di UKM, Bangi. Hari Kerjaya 2007,UKM menampilkan empat kartunis hangat yang turut memeriahkan majlis tersebut. Akan berada di sana adalah kartunis Aie @ Shaari sulong, Nur Azmi, Sagu dan Jonos. Apa yang menariknya? jumpa di sana. special untuk warga UKM bertemu artist kesukaan mereka di samping peluang untuk membeli produk komik dengan harga istimewa. Ada juga seisi autograf juga karikatur.Dapatkan Mambo di Kuale!!, Aku dan sesuatu, koleksi buku terbaru terbitan Ameen serta koleksi seni karya Nur Azmi.

Al fatihah

Hari ini pada pukul 5.30 petang 9. 2. 2007, Md.Isa bin Kasah meninggal dunia kerana serangan stroke di Hospital Seremban. Beliau pesara tentera berpangkat Sarjan merupakan abang kepada ibu saya Zaleha bt. Kasah. Saya dan keluarga ketika post ini ditulis berada di Seremban. Masih ingat lagi semasa saya kecil dahulu, beliau antara pendorong saya dalam mengasah bakat sebagai pelukis. Di zaman beliau bertugas di Kuala Lumpur, sering dibawanya saya ke kem dan berkenalan dengan anak-anak buahnya. melukis karikatur sudah tentu. Sampailah saya dah besar galah.ceritanya berkenaan saya sebagai pelukis tak lekang di mulutnya. semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas rohnya.