Jumlah Paparan Halaman

Jumaat, Mac 22, 2013

PERKONGSIAN ILMU BERSAMA PEMENANG NAMI CONCOUR AWARD 2013 DAN PEMENANG TEMPAT PERTAMA PERTANDINGAN MENGARANG BUKU KANAK-KANAK BERGAMBAR MALAYSIA 2012-JAINAL AMAMBING

Seperti Yang diketahui pada 21 Mac 2013 yang lalu Para Pemenang Pertandingan Mengarang Buku Kanak-Kanak Bergambar telahpun selesai. Tiga pemenang-pemenang hadiah utama -Jainal Amambing (1), Nurul Nadiah Mohamad Basiron(2) dan Nur Azmi Mokhtar @ Mie Mambo (3). Masing-masing menerima hadiah wang tunai, trofi,sijil penyertaan dan tiket penerbangan mewakili Malaysia ke Bologna (tempat pertama), Nami Island,Korea (tempat kedua) dan Republik Islam Iran (tempat ketiga). Ketiga pemenang hadiah utama bersama Lima Pemenang saguhati juga mewakili negara ke Asia Festival of Children's Content 2013 yang akan berlangsung di Singapura.

Di balik kegembiraan yang terpancar di kalangan pemenang, berita takziah mengunjugi kami pada hari ini. Adik kepada Pemenang Utama kami Jainal Amambing dari Kudat,Sabah telah diberitakan meninggal dunia pada 21 Mac 2013. Takziah diucapkan kepada Jainal Ama,bing dan keluarga di atas pemergian adik kandungnya. Semoga bersabar dan kita sama-sama berdoa untuk kebaikan nya. 

22 Mac 2013 Berlangsung sesi PERKONGSIAN ILMU BERSAMA PEMENANG NAMI CONCOUR AWARD 2013 DAN PEMENANG TEMPAT PERTAMA PERTANDINGAN MENGARANG BUKU KANAK-KANAK BERGAMBAR MALAYSIA 2012-JAINAL AMAMBING. 

Jainal walaupun kelihatan sedih beliau tetap memberi persembahan terbaik sepanjang acara. Beliau pulang ke Sabah pada malam 22 Mac 2013 untuk memenuhi tuntutan sebagai abang sulung di atas pemergian adik beliau.








Tiada ulasan: