Jumlah Paparan Halaman

Sabtu, Mac 23, 2013

JUALAN BUKU BERGERAK PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA 23.3.2013

Jualan Buku Bergerak Terlaksana anjuran Perbadanan Kota Buku di Perpustakaan Negara bermula jam 9.30 pagi hingga 4.30 petang. Terima Kasih kepada Perbadanan Kota Buku di atas inisiatif dan peluang ini. Walaupun kami berbasah lantaran hujan lebat yang turun pada jam 4.00 petang namun perjalanan acara berjalan dengan aman sekali. Saya tidak sempat melihat-lihat sekitar. Saya juga tidak sempat membeli beberapa naskah buku-buku di gerai-gerai Dewan Bahasa dan Pustaka. Ditemani isteri saya yang setia Ida Sri Sulo dan Firdaus Husain @ Tuyuk, kami bersantai sambil bersembang dan menjalankan promosi masing-masing. Terima Kasih kepada Tuyuk, Jazlan Julie Goes Oversea (kerana meminjamkan gitar akustiknya kepada saya..maklumlah lama tak main muzik secara langsung, gian pula) dan Bryan Adam Ahmad bersama baju T 'Osman Tikus' nya.

 Tak kira di manapun Mie Mambo pasti war-warkan hasil karyanya...Kereta Produa Viva Mie Mambo yang turut bersama menjadi ruang niaga.
 Mie Mambo bekarya...
 Pelukis Lah mendapatkan naskah Siri Mambo: Puisi Cinta Dari Virginia karya Mie Mambo.
 Gerai Car Booth Mie Mambo yang comel...
 Main gitar akustik sambil tu Tuyuk melakar sesuatu...
 Antara para peniaga yang terlibat..
 Ida Sri Sulo bergambar ketika Julie Goes Oversea mengadakan persembahan akustik mereka.
 Paeh bersama jualannya..
 Jazlan Julie Goes Oversea gembira setelah wajahnya dikarikaturkan oleh Tuyuk.
Tuyuk membelek karya-karya Mie Mambo.

Tiada ulasan: