Jumlah Paparan Halaman

Khamis, Mac 21, 2013

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PERADUAN MENGARANG BUKU BERGAMBAR KANAK-KANAK 2012. 21. MAC 2013 GRAND PRINCE BALLROOM,HOTEL PRINCE,KUALA LUMPUR.

Penganjur pertandingan: Dewan Bahasa dan Pustaka dan Perbadanan Kota Buku

Jumlah Penyertaan: 99 karya seluruh Malaysia
Karya yang layak diadili: 83 karya
Ketua Juri: Profesor Dr.Md.Sidin Ahmad Ishak, Timbalan Dekan Fakulti Sastera dan Sains     Sosial, Universiti Malaya.

Pemenang Hadiah Utama: 

1. Jainal Amambing (karya-Ambau)
menerima RM 3000,Tiket ke Pesta Buku Kanak-Kanak Bologna,Itali,Penyertaan ke Asia festival of Children's Content 2013, Singapura, Sijil penyertaan dan Trofi.

2. Nurul Nadiah Mohamad Basiron (Karya-Bayang-Bayang)
menerima RM 2000, Tiket Ke Festival Kanak-Kanak Nami Island,Korea,Penyertaan ke Asia Festival of Children's Content 2013, Singapura,Sijil penyertaan dan Trofi.

3. Nur Azmi Mokhtar @ Mie Mambo (karya- Tapir Dengan kotak Abjad)
menerima RM 1000, Tiket ke Pesta Buku Kanak-Kanak Tehran, Republik Islam Iran,penyertaan ke Asia Festival of Children's Content 2013, Singapura, Sijil penyertaan dan Trofi.

 Penyampaian hadiah yang dinanti-nantikan oleh semua peserta yang menyertai Pertandingan Mengarang Buku Bergambar Kanak-Kanak 2012 berlangsung dengan jayanya pada 21 Mac 2013. bertempat di Grand Prince Ballroom,Hotel Prince Kuala Lumpur. Majlis penganugerahan hadiah disampaikan oleh DYMM Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah. Keputusan Pertandingan menyaksikan Jainal Amambing, pelukis dan penulis dari Sabah memenangi hadiah utama (karya- Ambau) di samping turut memenangi tempat ke-3 di Pertandingan Nami Conquer 2012 di Korea Selatan. Tempat kedua dirangkul oleh Nurul Nadiah Mohamad Basiron (karya- Bayang-Bayang) dan tempat ketiga dimenangi oleh Nur Azmi Mokhtar @ Mie Mambo (Karya- Tapir Dengan Kotak Abjad).5 Lagi peserta memenangi hadiah saguhati serta 6 peserta menerima Hadiah Khas Juri.
 Ida Sri Sulo (isteri Mie Mambo) di hadapan Grand Prince Ballroom turut menerima sijil penyertaan pertandingan.
 Karya-Karya catan yang dipamerkan hasil pelukis-pelukis terpilih sempena Festival Sastera Kanak-Kanak 2012 yang berlangsung pada November 2012 di Universiti Malaya.
 Karya catan oleh Muhamad Faizal Abdul jalil @ Panjang dan Mie Mambo turut dipamerkan.
 Kehadiran tetamu di Majlis Penyampaian Hadiah.
 Ida Sri Sulo bergambar kenang bersama Emilia Yusof dan rakan.
 Mie Mambo menerima hadiah tempat ke-3 Melalui Karyanya 'Tapir Dengan Kotak Abjad'. Beliau menerima Trofi, sijil penyertaan, wang tunai RM 1000,Penyertaan ke Asia Festival of Children's content 2013: Singapore dan Tiket ke Pesta Buku Kanak-Kanak Tehran, Republik Islam Iran. 
 Para pemenang dari kiri- Mie Mambo, Jainal Amambing dan Nurul Nadiah Mohamad Basiron.
 Para pemenang Hadiah utama dan Sagu hati bergambar kenang bersama DYMM Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah,Tan Sri Dato' Dr. Asiah Abu Samah (Pengerusi Perbadanan Kota Buku) dan  Dr. Haji Awang Sariyan (Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka).
 Bergambar kenangan bersama Ketua Hakim Pertandingan Profesor Dr.Md.Sidin Ahmad Ishak dari Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya.
 Bersama Tuan Guru Yusof Gajah selepas menerima penganugerahan Hadiah. terima Kasih Tuan Guru, Jika tidak kerana jasa Tuan Guru mendidik saya menjalani kehidupan sebagai karyawan sepenuh masa, saya tidak berada ditahap ini sekarang.

Kelihatan Muhamad Faizal Abdul Jalil @ Panjang mendukung anaknya turut meraikan kejayaan teman-teman. Tahniah juga kepada pelukis dan penulis Encik Shukri Edrus yang memenangi hadiah sagu hati pertandingan.
Tiga pemenang Utama meraikan kejayaan mereka...Tahniah dan terima Kasih semua!!!

Tiada ulasan: