Jumlah Paparan Halaman

Isnin, Disember 20, 2010

Walaupun sibuk show di sana sini.Mie mambo masih lagi dengan seni lukis nya.

Karikatur masih berjalan seperti biasanya. Kini terbaru di Mid Valley bertempat di Megakidz.Em dekat-dekat krismas ni elok promosi.
Produk art dan kraf tetap berjalan. Memang penat kalau diikutkan. Nuras sekarang sibuk dengan undangan show.E.P Nuras laris hingga terpaksa print lagi. 31 hb di skate park stadium melawati shah alam,tahun baru 2011 nuras akan beraksi bersama Second Combat, Y2K dan ramai lagi.maklumat show sila ke drug free youth malaysia di facebook mereka.

Ida sri yang tersenyum seperti selalu.Ini booth kami di depan Megakidz,Mid Valley.Kami akan berada lagi di sana sempena Krismas tahun ini.

Hensem tak saya. Ini karikatur mr.Logaraj yang dilukis Mie Mambo dengan menggunakan media charcoal.ha selalu Mie Mambo lukis guna pen,marker dan graphic marker. Ini ada charcoal pulak. Terpulang pada permintaan pelanggan.


Seronok bila wajah dikarikaturkan. Inilah antara wajah-wajah ceria dan nervous bila wajah diri mereka menjadi karikatur.
Catatan:
Memang penat kebelakangan ini. Ada saja program,show dan kerja yang semakin bertambah. Alhamdulillah..rezeki keluarga kami nampaknya murah. Syukur kami panjatkan ke hadrat Illahi. 
Seperti yang anda tahu, saya agak sedikit masa rehat ketika ini. band NURAS semakin digemari. Sejak saya membuka akaun di www.reverbnation.com/nuras facebook saya juga aktif kembali. Setiap hari NURAS memanjat tangga carta dengan puluhan anak tangga.Saya memberi kepada peminat dan pendengar dua lagu dipetik dari E.P NURAS secara percuma.Ini peluang yang dibuka sehingga waktu yang tidak lagi ditetapkan. Expose di dalam majalah ROTTW akan menyusul untuk isu Januari 2011.
 
Namun Novel grafik adalah tradisi saya. Novel grafik yang bakal bertemu peminat semua tahun hadapan adalah seperti 'Lili,Lulu,Lala # 3, D.I.N Paranormal (terbitan Ameens kreatif),mira Miracle (terbitan Ameens Kreatif) dan Kasih dan Awang:Naga Tasik Jingga (terbitan Ameens Kreatif)'.Banyak lagi yang bakal diterbitkan. Saya meluang waktu yang banyak untuk melakukan itu,ini,begitu dan begini. tetapi saya gembira kerana apa yang saya minati iaitu bakat seni yang saya kembangkan membuahkan hasil. Peluang terbuka luas di hadapan. terpulang pada kita untuk mahu dan tak mahu.
Aktiviti karikatur,art workshop, art talk dan design diteruskan. Inilah hidup saya-seni lukis,catan,novel grafik,illustrasi,muzik dan design.
 
-Mie Mambo 20/12/2010




1 ulasan:

ChatteringMing berkata...

Bestnya 2 lagu nuras ni! Jangan lupa harus rehat juga - 'health is wealth'. Wishing Mie Mambo sekeluarga all the best for 2011. Linda