Jumlah Paparan Halaman

Ahad, Disember 05, 2010

nuras live @ Rottw to soundstage 2010

Sejarah penubuhan NURAS yang agak panjang dan menempuh pelbagai jalan sukar menjadikan band ini di dalam kondisi yang tidak pernah selesa. Mie Mambo pelukis dan novelis grafik yang sudah menempa nama dalam dunia seni visual dan sastera kreatif Malaysia menyifatkan NURAS sebagai kerja gila. Realiti bermuzik di Malaysia tidak seindah khabar. Kita punyai banyak band-band berpotensi untuk diketengahkan karya mereka, Namun pasaran yang kecil menjadi hakim kepada potensi jualan. Hanya segelintir yang berjaya mencapai apa yang mereka inginkan. Tak keterlaluan juga ramai juga yang menempa nama besar namun pencapaian dari sudut ekonomi tidak sebesar mana. Itu hakikat dunia hiburan. Pembaca juga pasti arif akan situasi begini.

NURAS bermula sebagai wadah untuk Mie Mambo a.k.a Nur Azmi Mokhtar mengorak lagi bakat yang ada pada dirinya. Bukan sekadar pelukis catan aliran 'naive' yang meningkat naik,novelis grafik yang sudah ada kelasnya tersendiri serta illustrator tempatan yang sudah mencapai tahap antarabangsa. Mie Mambo mahu juga bakat penulisan lagu dan muzik nya menyerlah sama. Satu lagi wadah yang efektif dalam mempromosi segala apa yang telah dilakukan oleh karyawan ini. Masyarakat Malaysia masih belum mengenali Mie Mambo secara meluas walaupun beliau dikenali di luar negara terutamanya di eropah dan Iran.Malahan negara Indonesia lebih peka dengan perkembangan industri seni di negara ini.

Mie Mambo mengajak adiknya Asmawi dan menggunakan nama pentas Wie Loco sebagai gitaris dan vokal latar. Wie juga turut menyumbang dalam penulisan serta susunan lagu-lagu NURAS. Hinga dair tahun ke tahun sejak 2006 (awal penubuhan), NURAS berjalan walaupun perlahan di dalam dunia muzikal lokal yang agak keliru perjalanannya. Tahun 2009 NURAS muncul di PWTC sempena Anugerah PEKOMIK 2009 sekaligus menunjukkan bahwasanya band ini masih bernafas.

NURAS pada masa itu hanya dianggotai oleh Mie Mambo (vokal/akustik) , Wie Loco (gitar utama/vokal) dan Papa Cin (drums) nekad menghasilkan E.P pertama NURAS berjudul 'Come To Us...To Us!!! These Songs For Everyone.' E.P yang siap pada 2009 ini bagaimanapun lewat dipasarkan kerana Papa Cin yang agak sibuk dalam komitmennya bermain muzik di kelab-kelab. NURAS menjadi Duo.E.P tetap dipasarkan walaupun lewat iaitu pada Julai 2010.

Kepayahan NURAS dirasai oleh Saiful vokalis/gitaris band Y2K. Sebagai sahabat karib Mie Mambo, Saiful menawar diri untuk membantu NURAS di posisi bass. Beliau juga membantu NURAS mencari pemain drums yang sesuai untuk NURAS. Akhirnya Sham bekas pemain drums band 'Ahmad and The Blumps' menganggotai band ini serta menggunakan nama pentas Sham Fly.Sejak itu, NURAS menjadi satu band dengan formasi lengkap buat pertama kalinya.

NURAS kembali ke pentas dan mula menghantar lagu-lagu mereka ke stesen-stesen radio. Majalah ROTTW menjadi majalah terawal menyiarkan cerita tentang NURAS dengan formasi ini.NURAS menyertai pentas gig sekitar Lembah Kelang.Menyertai Battle of The Band. Antara Battle mereka yang berjaya adalah di Putrajaya pada bulan Oktober 2010 menyaksikan NURAS memenangi tempat ketiga. Juri professional pada masa itu terdiri daripada ROM dari ROTTW , Mohd Nor Hendrix,Bob dan pemenang pemain deram terbaik Rentak Juara yang lalu berjaya ditawan NURAS dengan persembahan bertenaga mereka. Lagu-lagu yang 'cacthy', 'simple', tidak keras dan 'fun' menjadikan NURAS band paling menonjol di Battle of The Band Putrajaya 2010.

Semangat ini diteruskan dengan NURAS menyertai ROTTW Road To Soundstage 2010 baru-baru ini di Muzium Telekom. Battle terbesar bagi sirkut bebas ini menjadi platform seterusnya yang menonjolkan nama NURAS sekaligus karier teraju utamanya Mie Mambo. NURAS antara yang terpilih sebagai finalis ROTTW Soundstage 2010. bayangkan lebih 50 band bertanding dan datang dari pelbagai ceruk dan rantau dari seluruh negara hanya 12 yang terbaik dipilih untuk final. NURAS antara 12 band terpilih itu. Walaupun tidak menjadi top 3, namun NURAS semakin dipandang sebagai sebuah band yang tegar dengan formula Punk rock/folk mereka. Juri-juri mengatakan NURAS adalah band yang meriah. ROM ketua juri Soundstage sempat berpesan kepada anggota NURAs selepas pemenang-pemenang utama diumumkan, "Stay Fun..jangan ubah apa-apa identiti NURAS. Soundstage 2010 adalah introduksi terbaik bagi semua peminat muzik bebas mengenali NURAS.Jangan fikir pemenang-pemenang malam ini. Kalian ada level tersendiri dan market yang besar."

Kini NURAS giat mempromosi karya-karya mereka. NURAS tanpa berlengah memasuki studio lagi merakam demo lagu-lagu baru yang akan dimuatkan ke dalam album mereka tahun 2011. Tiada apa yang boleh dilafazkan lagi oleh Mie Mambo hanya, kegembiraan. NURAS yang dilihat khalayak sejak kebelakangan ini baginya adalah NURAS yang sebenarnya. Inilah NURAS yang diinginkan selama ini. Penuh 'Fun','energetik','humor' dan menghiburkan pada sesiapa sahaj yang melihat mereka.

Line Up NURAS:

Mie mambo (vokal/gitar akustik)
Wie Loco (Gitar utama/vokal)
Saiful Meatball (bass/vokal)
Sham Fly (drums)


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kami tetap sokong korng la nuras..
lagu korng mmg shok ar..
mse soundstage 2010 seronok berbual dngan korng..korang mmg sempoi n rock..
peace for nuras