Jumlah Paparan Halaman

Jumaat, Disember 31, 2010

DRUGS FREE YOUTH MALAYSIA'S SKATE ROCK NEW YEAR FESTIVAL 2011

Gambar 1: SKATE ROCK NEW YEAR FESTIVAL bertempat di Skate  Park,seksyen 13 Shah Alam.
Gambar 2: Para Skaters BMX riders sedang asyik menonton gig yang berlangsung selepas penat bermain
Gambar 3: Walaupun gigs hanya berlangsung dalam keadaan serba serdahana, hanya di bawah canopy dan sound system yang cukup makan, tetapi meriah sakan juga.
Gambar 4: NURAS sedang bersiap tuning gitar dan bass sementara menunggu giliran untuk ke atas pentas.
Gambar 5: NURAS menjadi band ketiga terakhir perform...lagi setengah jam untuk menyambut Tahun Baru 2011.Selepas itu disambung oleh band ke-2 terakhir Thy Ragiment seterusnya encore gig Second Combat.
Gambar 6: Mie Mambo walaupun agak letih sedikit, namun tetap memberi persembahan yang sepenuhnya. Crowd juga semakin ramai.
Gambar 7: Tiga lagu dipersembahkan pada malam ini. Adik Mahu jadi gergasi yang santai dan bersahaja. Ini lagu single NURAS 2011,Selamat Petang Gadisku dan Single E.P NURAS 2010, Aku Bukan Don Juan yang mendapat download tinggi di Reverbnation.com.Lagu ini juga dinyanyi bersama peminat NURAS yang memenuhi ruang gig.Siap menyanyi bersama-sama lagi.
Gambar 8: Sham Fly dan kekasih nya Intan berehat keletihan selepas perform. Maklumlah dia sudahlah datang dari jauh, NILAI. Baru habis kerja dah kena perform kat Shah Alam pulak tu.


Nota: Puas dan menggembirakan. Banyak band yang perform bermula dari jam 2.00 petang hingga jam 1.00 pagi. Crowd terdiri dari pelbagai generasi. Paling ramai sudah tentu anak muda.
Setiap band yang perform ada kalangan followers dan fans mereka sendiri yang tak kurang ramainya. Meriah betul. NURAS juga tidak sangka ketika lagu Selamat Petang Gadisku dan Aku Bukan Don Juan dimainkan,ramai juga crowd yang turut sama singalong. Peminat NURAS juga tak kurang ramainya. Ada terkejut dan terharu juga. 

Download single NURAS dari E.P 2010 juga cukup memberangsangkan. Komen yang positif dari pelbagai pihak terutama di Facebook, dan Myspace. Carta www. Reverbnation.com/nuras menunjukkan pencapaian yang baik walaupun baru 2 minggu akaun di buka NURAS memanjat puluhan carta.Terbaru sudah menduduki tangga ke 21 carta tempatan(ketika entry ini ditulis).Terima kasih kepada semua peminat,pendengar dan juga kepada Ein Second Combat,Saiful Y2K dan Drugs Free Youth Malaysia serta kepada semua yang terlibat dalam menjayakan SKATE ROCK.

Para peminat dan pendengar, NURAS akan menyambung misi seterusnya. Single 2011 akan menjengah pasaran. E.P baru juga bakal menjelma dengan tambahan visual video klip d.i.y,produk cenderamata dan macam-macam lagi. Doakan kejayaan kami dan anda adalah sebab NURAS aktif bersemangat kembali.

SELAMAT TAHUN BARU 2011.

Tiada ulasan: