Jumlah Paparan Halaman

Sabtu, Disember 18, 2010

NURAS live acoustic di Reunion DESIRE, 18.12.2010,Onecafe Jalan TAR,KL

gambar 1: Rock betul brader ni dengan ekspresi mukanya. Antara gelagat crowd yang syok bila ada gig.
gambar 2: Crowd yang tak kenal penat melayan halwa telinga setiap band jemputan yang beraksi di pentas
gambar 3: Aksi Mie Mambo (vokalis NURAS) ketika persembahan akustik.Wah..dah botak ye...
gambar4: NURAS yang akustik tapi punky!!!
gambar 5: Band After Life yang sepentas sekali lagi dengan NURAS. Cuma AfterLife dah bertiga sekarang ni. Wah energetik dengan street punk bawaan mereka melalui lagu 'Bob EX5 Kereta'. Lucu kan tajuknya. Tapi best dan hype!!!ada crowd menyanyi sekali lagu ni.
gambar 6: Mie Mambo bergambar bersama Man After Life.
Semalam menyeronokkan walaupun crowd tidak lah seperti yang dijangka. Pentas Reunion DESIRE dikuasai band-band punk rock dan pop punk petang itu. Banyak band beraksi.Ada band yang vokalis diorang macam karektor 'Denise The Menace'. Band ni apa nama saya dah lupa tapi memang best. Gitarisnya berwajah kiut ala-ala Naqiu New Boys tapi boleh solo sambil guling-guling.Siap main deram pulak tu untuk band After Life.Diorang beli CD E.P NURAS. 

NURAS petang tu agak mild. Semua lagu dipersembah secara akustik. Drummer kami terpaksa bertugas ke Vietnam. Namun masih lagi NURAS memberi persembahan yang terbaik. Kami agak dihormati oleh kalangan band-band muda petang itu. SAna-sini panggil 'Abang!'. Em memang benar kami dah berusia dan tua.Kah!Kah!Kah! ingat muda lagi. Gambar yang tersiar hanya ini sahaja kerana NURAS terpaksa bergerak ke destinasi lain petang itu. Pada malamnya jam 8.00 mlm, barulah DESIRE beraksi sebagai encore show. 

Apa-apapun NURAS berterima kasih dengan pihak organizer,One Cafe dan yang penting pihak KARYAWAN kerana sudi menjemput NURAS sebagai artis tamu reunion DESIRE.

Para pelayar,jika anda membuka blog ini,akan kedengaran dua lagu yang menghiasi latar blog ini. Dua lagu tersebut berjudul 'Aku Bukan Don Juan' dan 'Nadai' merupakan singles dari NURAS. 
Anda boleh download secara percuma selagi peluang di buka di

www.reverbnation.com/nuras 
dan di

http://apps.facebook.com/reverbnation_fb/artist/nuras 

Jangan lupa juga untuk request lagu ini di XFM dan vote.Terima Kasih atas support dan kesudian anda.


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Wa x sangka ade review pasal gig desire nie......haha....- Ariel Afterlife