Jumlah Paparan Halaman

Jumaat, Jun 25, 2010

PAMERAN SATU MALAYSIA SIME DARBY,JALAN RAJA LAUT,KUALA LUMPUR, 24 - 25/6/2010

Ini lah Puan Ida Sri yang senantiasa menemani suami hensemnya Mie Mambo. barangan kraf hasil beliau juga turut mendapat sambutan sehingga ke Trinidad and Tobago.

Awak buat semua nih? Wah best nye...

Apa nak dikata saya kena buat semua. Pasal nak cari makan Encik.


kesian..Terharu den..

Ini gambar awak ni macam lebih kacak je dari di luar. Awak make-up ye?


Eh..tak lah encik tu muka natural tu.







Saya membeli buku 'Aktif' ini menandakan saya seorang ayah yang mithali. Saya sangat sayang dan ambil berat pendidikan anak-anak. Bukannye lepak kedai kopi sambil nonton Piala dunia yang tak ada pasukan Malaysia main.

Ibu beli buku ni ye. awak mesti suka pasal awak boleh mewarna,menyonteng,hah aktiviti pun bagus ni. Tak rugi beli ni. Apa pendapat anak?

Saya ikut je Mak. Wa no hal!!!
Saya suka bila ibu membelikan buku 'Aktif' ini. Pakcik Mie Mambo juga kiut .Sekarang saya sudah ada kawan.'Ibu menerangkan kami ada kawan bernama....Mie Mambo...'




Tengok ni wajah Afiq dah jadi Afiq 10..sori bukan Ben 10 ye..seronotnye kite dapat karikatur dilukis oleh Pakcik Mie Mambo. Beliau best!!! (Eh..ini ayat Afiq ke Mie? Ko bior betul!!!)
Akhirnya setelah diracuni minda dengan segala ilmu zahir dan batin Mie Mambo, kami membeli novel grafik 'Mambo di Kuale!!!' sambil makan karipap berinti keledek.
Ibu-ibu,bapak-bapak siapa yang punya anak tengok kami..lukis karikatur family dengan Mie Mambo.

Heh!heh! aku ni senyum senyum gak. aku nak tengok mie Mambo ni boleh ke lukis muka aku ni. jangan jadik muka Barrack Obama dah le. Kang aku karate lelangit tu. ha lukis! tadi kata pandai lukis sangat.
bagus lah Mie Mambo ni, beliau menjadikan saya kelihatan semakin muda dengan karikatur ini. Sampai saya tersenyum simpul sambil menjamah bahulu kepala ikan emas-En. Arif yang arif pasal art.
ISKH..Apa la kite nak beli ni banyak sesangat la pilihan warna-warni yang beshhhh..keychains pun best, bookmark pun cantik, buku 'Mambo di Kuale!!!' ni pun layan gak..ahhh..beli lah!!!!!!

Tiada ulasan: