Jumlah Paparan Halaman

Ahad, Oktober 25, 2009

BERITA BARU,VISI BARU DAN HIDUP YANG BARU!!!!



Alhamdulillah saya dan isteri telah dikurniakan cahaya mata seorang bayi perempuan yang sihat. kami sepakat menamakan anak sulung kami dengan nama yang telah dirancang ketika waktu 'scan' mengetahui jantinanya iaitu KASIH RAMADAN BINTI MOHD NORAZMI. Kini Anak kami sudah berusia sebulan dan isteri IDA SRI masih lagi dalam berpantang. banyak sungguh tugasan dan kerja yang saya mengadap sekarang ini. rezeki yang datang mencurah-curah ditambah dengan kehadiran anak, saya bagai tak cukup tangan nak menyempurnakan semua kerja. Saya menelefon LUQMAN HISYAM dan beliau sudi bersama saya dalam beberapa projek berkaitan penerbitan. Apa yang saya mahu katakan saya kini sudah berkarya serta berkhidmat dengan 6 syarikat penerbitan,mereka adalah:




1.Ameen Serve Holdings


2.MediaInk publishing


3.Edition Plus Publishing


4.IntegraMaju Jaya sdn. bhd


5.PTS Publication


6. beberapa buah syarikat personal yang menerbit pelbagai bahan penerbitan




Saya semakin sibuk dengan syarikat NuARTS SERVICES bersama rakan kongsi saya KHAIRUL AZUWAN dan sedang merangka pelbagai projek untuk tahun depan. Memandangkan semakin kita menuju penghujung 2009, Band kendalian saya dan adik saya WIE, NURAS baru sahaj selesai rakaman album pertama kami. Tetapi pada bulan November ini terlebih dahulu kami akan melancarkan single kami untuk disiar di stesen-stesen radio. Jika tidak ada aral melintang InsyaAllah lagu-lagu kami akan ke udara untuk para peminat kami yang dah agak lama menunggu material dari kami. Diharap nanti janganlah marah, semoga anda terhibur mahunya. Maklumlah semua anggota NURAS agak sibuk dengan tugasan kerja dan perniagaan. namun minat musik tetap kami peruntukkan. Ditambah pula kami semua sudah berumahtangga dan mempunyai anak-anak. Alhamdulillah isteri kami semua menyokong usaha kami dan memberi perangsang yang amat besar.




Apa yang saya katakan di sini, tahun 2009 adalah tahun paling produktif saya. Di mana lebih banyak karya penerbitan buku saya hasilkan. Bolehlah disifatkan tahun ini tahun 'Pembikinan' produk saya. Tahun hadapan semua bahan penerbitan akan menjengah pasaran termasuk awal tahun nanti album pertama nuras yang akan dipromosi oleh nuras sendiri.





Banyak juga program bermula awal tahun 2010 menanti, antaranya jelajah KEMBOJA dan InsyaAllah ke BOLOGNA,ITALI. Letih dan penat tetapi puas.




NURAS juga akan banyak beraksi live pada 2010. Begitu juga dengan tour penerbitan yang saya dapat rasakan bahangnya. Alhamdulillah juga siri 'LILI,LULU,LALA' bersama PTS Publications berjaya dan diulang cetak. Tak lama lagi akan terbit novel baru dan ya saya masih terus menghasilkan buku kanak-kanak dan novel grafik. layari www. myspace.com/nurasite untuk ketahui nanti segala tour, gig,promosi dan program nuras.
saya juga akan berada di program anjuran BALAI SENI LUKIS NEGARA, DATARAN BUDAYA bertempat di DATARAN MERDEKA pada 31 hb OKTOBER ini. Jumpa di sana para peminat semua dan jangan lupa anda juga boleh melakarkan karikatur atau 'live skecth' wajah anda dengan harga yang berpatutan. Semala di DATARAN MERDEKA pada 24 hb saya telah menyertainya. nanti saya akan menyiarkan segala program dan gambar-gambar kerja,tour dan sebagainya selama saya telah mendiamkan dari dari mengemaskini blog saya ini. Hari ini saya mencuri masa dari kesibukan rutin untuk menyiarkan 'post' ini. rasanya tidak enak jika ramai di sana bertanya 'Apa yang Azmi buat sekarang?'. Jumpa lagi dan terima kasih di atas semua sokongan anda selama ini!!!!
* Saksikan juga kemunculan saya pada 30 hb.oktober 2009 di RTM2 pada jam 9.00 mlm utk rancangan PENYAMPAI IDOL.

Tiada ulasan: