Jumlah Paparan Halaman

Ahad, Mei 25, 2008

KESIBUKAN YANG MENYERONOKKAN!!





BERSAMA PEMINAT!!












NURIE yang semakin sibuk dan em...matured ha!ha!

















Suasana sibuk .Nasib baik kawan-kawan ada turut bersama .














Bersama peminat setia Ameerah yang lama mengikuti karya-karya saya. TQ Ameerah!!

Sepanjang Dua Bulan saya tidak menjengah ruang blog, terasanya pasti yang ramai bertanya ke mana saya pergi selama ini? Sungguh saya tidak menyepi atau berdiam diri. saya sebaliknya sibuk dengan pelbagai aktiviti dan bisness yang semakin rancak. Alhamdulillah berkat kesabaran dan ketekunan , saya tidak mengalah walaupun awal tahun 2008 amat memeritkan kerana bisness yang kurang memberangsangkan. Dari tarikh 4 April hingga 13 April 2008, saya bersama rakan seperjuangan Nurie bersama ke PWTC, PESTA BUKU ANTARABANGSA KL. Booth yang sederhana menjadi ruang kami mempamer karya serta menjualnya. Nurie dah banyak juga produksinya. Saya yang makin rancak dengan karikatur, novel grafik, painting dan musik.Sambutan peminat amat menggalakkan. Dalam waktu yang sama painting saya bernilai RM400 sebuah terjual dua di PWTC. Karya tersebut kini menjadi koleksi Datuk A. Samad Said. Peminat yang mengerumuni tidak dapat dijangka namun saya boleh katakan itu adalah hari-hari paling penat yang pernah saya lalui sebagai pelukis . terima kasih kerana sudi mengkaryakan wajah anda bersama saya.

Tiada ulasan: