Jumlah Paparan Halaman

Rabu, Mac 08, 2006

Nurazmi a.k.a Nur azmi

pelukis,penulis,kartunis,penyair,pemuzik Nurazmi a.k.a Nur Azmi memulakan karier artistiknya sejak dibangku sekolah primarinya. semasa menjejakkan kakinya ke Pasar Budaya dalam lewat 8o-an,si cilik Nur Azmi mula jatuh cinta dengan dunia seni. 1990, dia mula menjadi pelukis jalanan bersama teman-teman senior pada masa itu-Shamsudin Mohammad, Dino a.k.a Khairudin Mustapha, Din Belanda, Azmi Hassan, yahok, amran dan ramai lagi. Bermula perjalanan Nur Azmi atau pada masa itu lebih di kenali sebagai Along.Sampai kini pelukis-pelukis senior dari Pasar Budaya memanggil nama itu. 1991 budak kecil itu dijemput ke Radio Tiga Ibukota, RTM untuk ditemu bual oleh D.J bertugas Kamal Hassan. Nur Azmi semakin didekati dan seterusnya membina retetan hidup sebagai seniman hingga hari ini. Lahir pada tanggal 9 Julai 1980 di Kuala Kangsar, Perak. Dia merupakan anak sulung dari 7 beradik. Cenderungnya pada seni lukis semakin menggila pada seisi sekolah sekundernya. hingga dia mengambil subjek seni lukis sebagai major. keputusan 18 agregat-pangkat satu menjadi tiket ke institut Teknologi MARA, Shah Alam (sekarang UiTM) dalam Sarjana Muda seni Lukis dan seni Reka. Lulus cemerlang dan keluar bebas menyambung tradisi jiwa seninya.

Tiada ulasan: