Jumlah Paparan Halaman

Sabtu, Februari 26, 2011

RUMAH PENA ,MASKARA anjuran SINDIKET SOL-JAH,26.02.2011,8 MLM




Bertempat di Rumah Pena,DBP, jam 8 mlm NURAS bersama karyawan-karyawan (spt tertera pd flyer) mempersembahkan nukilan mereka kepada khalayak yg hadir. Persembahan dibuka dengan aksi Punk Rockers-NURAS dengan 3 buah lagu. Lagu pertama di petik dr EP 2010 berjudul 'Aku Bukan Don Juan', lagu kedua pula adalah lagu terbaru yg bakal dirakam tahun  ini -'Adik Mahu Jadi Gergasi'.Lagu ketiga (terakhir) merupakan lagu paling baru dan fresh.Dipersembah pertama kali secara live-'Lagu Pop Untuk Di Jual'. Persembahan NURAS seperti biasa akan dihiasi derai tawa oleh lawak Mie Mambo serta aksi kantoi pada lagu ketiga yang dicover baik oleh NURAS dengan aksi seperti bergaduh dan diteruskan flow persembahan yang ceria dan gembira.Bonus di sini di mana Saiful Meatball bermain set deram mudah (snare+cymbals) menggantikan Sham Fly yang tak dapat hadir.

Aksi Tri begitu psychedelic dengan gitar elektrik,bass dan sampler..dwi vokal dengan Fynn Jamal. Apa yang harus dikatakan ini adalah band unik yang perlu semua orang dengar. Lagu-lagunya ada visi dengan lirik-lirik berisi padu,puitis,sinikal.Muzik nya kedengaran eerie. Seperti lagu rock yang dinyanyi bersama pontianak.terbaik dan harus diketengahkan.

Taheera Rosheena...bersahaja. Dengan aksi senyum manis yang tak lekang ketika membuat persembahan. Tasheera adalah figura yang perlu diberi perhatian serius dan di ketengahkan  lagi. Memandangkan lagu-lagu nukilannya yang puitis dengan melodi mellow folk akustik yg baik. Ini figura yang akan mencabar Anna RAfali dan Yuna. Mie Mambo kata-'Dia Lebih bafus dari Minah berdua tu...' Hehehehe. Pendapat peribadi Mie Mambo.

Aksi lain adalah bacaan puisi oleh Ridzuan Harun. Persembahan lain adalah mini teater dari PETAK yang kacau bilau tetapi berkesan. Aksi mereka kemudiannya di spoof oleh Meta-M yang membawa derai tawa para penonton. Semua persembahan adalah terbaik dan rasanya acara begini perlu diperluaskan lagi di pelbagai  vanue. Rumah Pena dihidupkan oleh kumpulan seni Sindiket Sol-jah sejak 5 tahun lalu. Sehingga kini acara ini melahirkan banyak karyawan-karywan profil tinggi dalam pelbagai genre samada dr penulisan,muzikal,penerbitan,lukisan dan apa-apa sahaja genre seni.

2 ulasan:

Fynn Jamal berkata...

hahaha

saya paling SUKA part pontianak.
sbb itu mmg saya.
:)

terima kasih.
sangat2.

Nurazmi berkata...

hahahahah...rock pontianak...best