Jumlah Paparan Halaman

Selasa, Oktober 26, 2010

KAN DAH KATA NURAS KEMBALI KE PENTAS!!!

Ya NURAS beraksi di Battle of The Band,Putrajaya 2010 pada 24.10.2010. Ini aksi ketika saringan. Lebih kurang jam 4.00 petang kami beraksi. Ada 10 band yang beraksi antaranya After Life dan Profesor Nightmare.Sudah agak lama NURAS tak beraksi di pentas. Ini kali pertama beraksi bersama bassist-Saiful (juga mengangotai band Y2K sebagai gitaris/vokalis), Sham (x-Blump) sebagai drumer.
Lagu dipersembahkan adalah lagu 'Adik Mahu Jadi Gergasi'. Lagu ini bakal dimuatkan dalam 3 way split bersama Y2K dan 679 tidak lama lagi. Lagu ini juga pertaruhan NURAS untuk single akan datang. Kami hanya merakam demo setakat ini. Versi original akan dirakam dalam masa terdekat.
HA! HA! Kami layak ke peringkat akhir malam itu. Pada pukul 8.00 mlm, Final bermula. NURAS menjadi band ketiga perform. Ada 5 band layak ke final dari 10 band yang bertanding.
Aksi malam dengan persembahan lagu dari E.P terbaru "Come To Us...To Us!!!These Songs For Everyone". Kalau nak Cd E.P ni kenalah order dari Mie Mambo. Contact 017-3601689. Hanya RM 10 by hand atau di gig-gig yang kami sertai. RM 15 untuk pesanan melalui pos.Lagu berjudul 'Aku Bukan Don Juan' adalah single dari E.P ni. Kami bawakan pada malam itu dengan energetik. Kami tak kisah sangat pasal habuan hadiah sebenarnya. Kami hanya mahu berada di pentas dan beraksi!!!
Dengan peluh dan kepuasan, NURAS berjaya mempersembahkan lagu-lagu dengan penuh huru-hara. Inilah satu-satunya wakil Punk Rock yang bertanding dalam Battle ni. NURAS berjaya merangkul pemenang ketiga Battle of The Band,Putrajaya 2010. Membawa balik hadiah wang tunai sebanyak RM 750. Boleh lah belanja anak-bini memasing. Syok siot!!!

Tiada ulasan: