Jumlah Paparan Halaman

Rabu, Julai 07, 2010

ANDA SEMUA DIJEMPUT KE PAMERAN WORDS+PICTURES=BOOK , 15 HB JULAI 2010, GALERI PETRONAS,ARAS 3,KLCC, KUALA LUMPUR JAM 5.30 PM

Jangan ketinggalan beramai-ramai menyaksikan Pameran pertama kali untuk para artis Ilustrasi WORDS+PICTURES=BOOK, Pada 15 Julai 2010,Galeri Petronas,KLCC,KL. Mengumpul 10 artis catan/kartunis/komikus dan digital yang terlibat dalam penerbitan buku kanak-kanak Malaysia. Mereka adalah Mie Mambo,Faizal,Sinaganaga,Emilia Yusof,Yusof Gajah,Cin Yew,Jainal Amambing,Shukri Edrus,Awang fadhilah dan Khairul Azmir (Memey). Pameran julung kali ini memperlihatkan usaha Galeri Petronas dalam mengangkat karya bersifat Ilustrasi sebagai salah satu cabang kesenian penting di Malaysia.Para artis yang terlibat adalah karyawan yang berbakat besar dalam dunia seni visual Malaysia. Mereka bukan sahaja pelukis komik/kartun,catan dan grafik designer malahan juga penulis-penulis yang sangat perlu dikenali oleh masyarakat di negara ini. Nama-nama mereka sudah tersebar bersama karya-karya mereka ke negara seperti Jepun,Eropah dan serata Asia. contoh nya Sinaganaga,yusof Gajah dan Shukri edrus yang sudah menempa nama di Negara Jepun dan Indonesia.Emilia Yusuf yang semakin dikenali di eropah.Mie Mambo pula novelis grafik Malaysia sudah mula mendapat perhatian di indonesia, Eropah dan menjadi rebutan penerbitan Malaysia.Cin Yew yang menerbit karya bukunya sendiri dan memenangi anugerah PEKOMIK.Faizal artis digital berbakat besar yang semakin dikenali.Jainal amambing dan Awang fadhillah dari Sabah dan Sarawak pula merupakan pelukis catan yang pernah memenangi anugerah ilustrasi di Jepun.Memey pula pelukis yang pernah memenangi anugerah dan antara pelukis muda yang berbakat besar. Saksikan mereka semua hanya di Galeri Petronas. Karya-karya mereka juga menjadi koleksi Galeri Petronas,KL.
Wall yang akan mewakili setiap panel pameran untuk artis, Wall Mie mambo yang diadaptasi dari buku 'MY SPACE MISSION'. Media: Emulsi atas Panel papan. tahun dihasilkan 7.7.2010.Kelihatan juga wall cin Yew (imej durian) dan Sinaganaga (imej singa).

Sepanjang 'ROAD TO WORDS+PICTURES=BOOK', Pelbagai ragam dan gaya artis menyiapkan ilustrasi buku masing-masing yang diterbitkan oleh Galeri Petronas, Kuala Lumpur.


8 dari 10 artis yang terpilih oleh Galeri Petronas ,KLCC,KL untuk menjayakan pameran WORDS+PICTURES=BOOK pada 15.07.2010.Dari kiri-Faizal,Khairul Azmir (memey),Emilia Yusof,Shukri Edrus,Yusof Ismail a.k.a Yusof Gajah, Azlan Hussein a.k.a Sinaganaga,Mie Mambo a.k.a Nur Azmi Mokhtar dan Cin Yew (depan sekali).




Tiada ulasan: