Jumlah Paparan Halaman

Selasa, Mac 02, 2010

KARYA DARI PN. IDA SRI ISTERI KEPADA MIE MAMBO



kARYA PERTAMA CATAN AKRILIK IDA SRI BERJUDUL 'RUMAH KITA'.

Ulasan:
Seperti suaminya Mie Mambo @ Nur Azmi, Ida Sri selesa dengan gaya yang jika dilihat agak 'naif' sifatnya. mungkin tak keterlaluan jika Ida Sri adalah pelukis 'naif' yang kita cari. Beliau tidak pernah mendapat pendidikan seni secara foraml dan berkarya adalah kerana dorongan dari suaminya. Mie Mambo banyak mempengaruhi karya beliau. Sudah tentu memandangkan mereka adalah pasangan suami isteri. Ida Sri bolehlah dikatakan sebagai appreantice Mie Mambo. Di bawah mentornya, Ida Sri banyak mengolah landskap yang disertai tiga karektor iaitu suami, isteri yang sedang mengandung serta anak kecil mereka. Apa yang beliau tampilkan adalah satu kehidupan yang sudah semakin hilang di kalangan masyarakat kita. di desa dengan suasana yang tradisional. Di kuatkan dengan landskap bendang serta si suami yang menanam anak padi. Isteri menemani suami bersama anak mereka yang lena dalam buaian. 'Rumah Kita' adalah cerita trentang institusi famili dan peranannya. Dalam gaya yang agak bersahaja., Ida Sri berjaya membangkitkan mood yang segar dan memorable.

Tiada ulasan: