Jumlah Paparan Halaman

Selasa, Julai 17, 2007

Nuras sekarang " one man show band!!"


Asmawi Mohter anggota kumpulan Nuras mengambil keputusan untuk menumpukan perniagaannya di Perak. Ini telah menempatkan Nuras dalam situasi serba tak kena. Saya terpaksa meneruskan band seorang diri. Masih lagi Wan Hafizi dari daily Metro menjadi antara tenaga Nuras dalam produksi. Wan Hafizi berubah posisi dari bass kepada gitar utama. Salah seorang rakan yang dikenali sebagai Uda akan mengiringi Nuras sebagai bassist ketika persembahan live. Redwa tetap di posisi drums. Hanya saya sahaja kini teraju utama Nuras yang nampaknya berubah arah sedikit direksi musiknya. E.P yang tertangguh akan diteruskan, dengan konsep punk/folk/alternative ( sila rujuk www.myspace.com/nurasite). Empat trek akan menjadi konten e.P yang agak rendah Budgetnya tetapi berkualiti. pre-productionnya sudah bermula ketika Asmawi masih bersama di Dhabooka Studia, setiawangsa. Cin sebagai Engineer akan terus berkhidmat untuk Nuras. e.P yang diberi judul "NutRawkAuthenticSpices" masih belum dijadualkan dalam pasaran.

Tiada ulasan: