Jumlah Paparan Halaman

Sabtu, Julai 21, 2007

Besederhana dalam kehidupan seniman sepenuh masa.

Entry kali ini menyentuh persoalan kerjaya seniman yang banyak sungguh cabaran dan dugaannya. Selama lima tahun bergelar karyawan sepenuh masa, saya didatangi dugaan yang bukan main hebat lagi. Pujukan saudara mara yang mahu lihat saya bekerja. ada baru-baru ini memujuk saya untuk berkerja di bank. hairan, saya graduan seni bagaimana mahu jadi manager bank. ok, mungkin tidak mustahil tetapi sedarkah mereka bahawa saya ini sedang berkerja. Office saya di rumah dan saya sendiri punyai seorang P.R yang mengurusi urusan pameran serta jualan karya-karya saya. Iya saya tida punyai kereta mewah dan rumah besar dan bagak. Saya hanya menetap di rumah pangsa dua bilik dan di situ saya berkarya. Saya juga cukup makan, pakai dan belanja setiap hari dan bulan. Saya juga membeli polisi insuran untuk perlindungan di waktu sesak dan sukar. Saya telah menerbitkan buku-buku dan memperoleh kerja-kerja yang banyak setiap bulan. Wang yang diterima walaupun tak semewah bisnessman gergasi tetapi cukup menampung saya. Saya juga belajar berjimat. antaranya saya kini dalam proses membuang tabiat merokok saya. Nasihat doktor kepada saya agar saya berhenti berperingkat. kesihatan saya tika ini juga Alhamdulillah..tiada penyakit kronik. jadi sebelum kena, baik cegah!!!
Iya saya kelihatan seperti tidak berkerja. Orang lain sibuk 9 to 5. Saya boleh bersantai di tepi pantai, kamping, melancong dan bercuti di kampung. Mana dapat duit? Kerja lah. Walaupun seperti bercuti, lap top tua saya masih beroperasi dengan kerja. tangan saya melakar idea dan membuang nya ke muka kanvas, kertas dan board. tidak pernah berhenti dan saya juga masih mencari connection melalui jalan internet. Masih lagi sebilangan pemerhati yang kerjanya tiada lain mencari cacat cela orang walaupun kita tidak menganggu mereka.
Ruang rumah siang tadi sebelum entry ini ditaip menjadi bahan kajian antara saya dan tunang saya. tunang saya memberi cadangan agar selepas kami bernikah nanti, ruang rumah yang banyak barang diubahsuai. Perlu P.C sebuah, mesin fax dan printer yang multi print. Ruang studio perlu disusun atur dengan rapi. Ini memandangkan hari pernikahan saya yang semakin hampir.
Saya benar-benar belajar bagaimana mengatur hidup sebagai seniman sepenuh masa. Belanja dapur, bayaran bil-bil bulanan saya perlu ambil kira. Saya sediakan satu buku kecil untuk merancang segala wang keluar dan masuk saya. Saya perlu mengurus secara bijak dan wajib mengutamakan keperluan penting serta perlu sahaja. ikut kemampuan dengan mengambil kira pendapatan kita. bukan tidak boleh bermewah tetapi beringat. Sekali-sekala bermewah apa salahnya. tetapi ingat-ingat masa susah kita nanti..langit tidak selalunya cerah!

Selasa, Julai 17, 2007

Joint sekarang!!!

























Forum "Bogel" untuk info baru dibuka ruangnya oleh Nur Azmi a.k.a mie nuras. Tujuan ruang ini bukan mahu menghentam tetapi sebagai ruang analisa, berfikir serta berkongsi idea. Jauhkan dari sebarang komen yang menyentuh sensitiviti agama, kaum dan individu yang terlampau. kita pergi kepada basicnya ilmu bukan emosional tak terkawal. harap semuanya dapat bersama meluah, memberi komen dan pandangan serta buah fikir yang baik. Terima kasih...

Nuras sekarang " one man show band!!"


Asmawi Mohter anggota kumpulan Nuras mengambil keputusan untuk menumpukan perniagaannya di Perak. Ini telah menempatkan Nuras dalam situasi serba tak kena. Saya terpaksa meneruskan band seorang diri. Masih lagi Wan Hafizi dari daily Metro menjadi antara tenaga Nuras dalam produksi. Wan Hafizi berubah posisi dari bass kepada gitar utama. Salah seorang rakan yang dikenali sebagai Uda akan mengiringi Nuras sebagai bassist ketika persembahan live. Redwa tetap di posisi drums. Hanya saya sahaja kini teraju utama Nuras yang nampaknya berubah arah sedikit direksi musiknya. E.P yang tertangguh akan diteruskan, dengan konsep punk/folk/alternative ( sila rujuk www.myspace.com/nurasite). Empat trek akan menjadi konten e.P yang agak rendah Budgetnya tetapi berkualiti. pre-productionnya sudah bermula ketika Asmawi masih bersama di Dhabooka Studia, setiawangsa. Cin sebagai Engineer akan terus berkhidmat untuk Nuras. e.P yang diberi judul "NutRawkAuthenticSpices" masih belum dijadualkan dalam pasaran.

Apakah ini bencana?!



Seperti yang diketahui ramai sejak beberapa tahun yang lalu, televisyen Malaysia telah diserang dengan rancangan realiti tv. Pengaruh ledakan kejayaan realiti tv barat telah membawa kepada kelahiran siaran lokal. bermula dari beberapa nama seperti akedemi Fantasia (Af), mentor, malaysian Idol (???), audition dan etc...


sambutan diterima merasuk ke segenap lapisan. Semua orang suka. Macam-macam! pakcik dan makcik, datuk dan nenek, budak kecil, baby, remaja, orang dewasa, muda-mudi, cikgu sekolah, pelajar IPT, cendiakawan, koporat (ini fasal $), yang kaya, yang miskin, yang sekolah, yang tak sekolah, yang alim, tak alim, ustaz, ustazah, paderi (op..tak pasti!!) dan sewaktu dengannya.


Kita dihidang siang malam pagi petang. di astro kita dapat lihat betapa berulang alik tayangannya dalam. Tetapi tetap menjadi bahan tontonan. Menangis, perah tisu dan sapu tangan di hadapan tv. Sedih melihat peserta yang tersingkir. Auwww!!! Kesian!!!


Tapi cuba kita tanya kepada diri sendiri:

1. Adakah kita menangis melihat kebuluran di Eutopia?

2. Adakah kita menangis dan sedih melihat mangsa perang Lubnan? Palestine<

3. Adakah kita menangis melihat kaum miskin yang lapar dan tak makan?

4. Adakah kita menangis bila membaca riwayat para Rasul dan Anbiya? Rasul dicerca, Muhammad dikatakan gila! Musa mahu dibunuh! Isa diseksa pengikutnya sendiri!Adam yang terpisah dengan Hawa, tiada pakaian di dalam gelap hampir 250 tahun terpisah!mereka bertemu dan menangis. Betapa tragisnya cinta mereka, tetapi kita lebih senang menangis bila menonton ' Winter sonata".


Apakah ini bala? Bencana yang bakal melanda? Kita akan menyusur jalan seperti orang-orang barat-Maju tetapi dibelenggu masaalah menggunung, melangit. Sakit dan psyko? Bunuh berbunuhan? anak berzina dengan darah daging sendiri!dan macam-macam lagi.
kes mat rempit masih berlegar, kes remaja lelaki melayu yang gian dan khayal dadah masih lagi berleluasa. Tapi kita semua ditamu dengan hiburan yang asyik. Kita dibuai oleh artis palsu, seniman palsu dan ikon palsu yang sebenarnya lebih mementingkan duit dan kekayaan. Kita hantar sms, tetapi dalam tak sedar kredit kita habis. Yang bertambah kaya B#$%%^ tu jugak. Hingga saya dengar sendiri dari salah seorang saudara saya, " Tak payah belajar tinggi-tinggi, bukannya dapat kerjapun. kalau boleh nyanyi masuk Af, habis cerita, kaya!!"
Dan lagi pesanan salah seorang saudara kepada adik perempuan saya:
" awak muka cantik carilah jodoh datuk ke, kerabat di raja ke. Yang penting boleh bagi duit shopping koman-koman seribu, cukuplah!"
Apa pandangan pembaca entry ini dengan apa yang saya paparkan?
Pandangan peribadi saya, kita masih dalam peredaran. di barat, masyarakat sudah beredar lama dalam era moden dan global. Kita masih ketinggalan. bila datang benda baru, kita kemaruk. Kita jadi macam kera dapat bunga. Pendek kata kita "culture shock". hingga kita sudah berani merendahkan ilmu demi menyanjung budaya hendonisme yang dicipta.
Kita juga (terutamanya melayu) masih lagi terawang-awang. Kita tidak kenal lagi usul kita. Kita jauh dari akar bangsa kita. sudah tidak mengaku kita ini jawa, bugis, minang, atau sebagainya. Kita kutuk orang kita panggil "boyan". Betapa kita sendiri menghina usul dan galur kita sendiri. Manusia melayu..insaflah! Sampai bila kita mahu dipandang sebagai bodoh,dungu, perasan, syok sendiri, pemalas, tak berdaya saing, tak maju dan perosak? Sampai bila?!
Waktu anak-anak dan bukan anak-anak bukan melayu berlumba dalam variasi bidang, kita hanya cemerlang dalam satu bidang sahaja, HIBURAN!!!



-entry ini akan bersambungan.....

Isnin, Julai 16, 2007

Nur Azmi a.k.a mie nuras: Bercakap apa itu revolusi/evolusi/reformasi perlu dalam diri Karyawan.




Selama berkerja dalam erti kata lainnya saya menetapkan karier sebagai seorang pelukis, kartunis, penulis dan pemusik bebas, tiba masa dirasakan untuk berkongsi sebanyak mana info dan buah fikir. Adapun segala luah dan kata-kata sebenarnya digarap secara mentah serta tidak di 'edit' secara sistematik. Ianya pandangan bogel seniman yang digarap secara kolektif.
Beberapa pendapat serta pandangan terkumpul tentang apa yang ditajukkan dalam entry kali ini:

1)Karyawan perlukan reformasi. bukan politik tetapi produktiviti. Kebebasan yang tidak disekat oleh kepala-kepala (XXXXXX)!!
- Nur Janggut sari, artis grafik/animator

2) Sangat luas...penuh makna dengan maksud ketiga-tiga perkataan/istilah- evolusi,revolusi dan reformasi. Karyawan sebenarnya masih dalam peredaran (di negara ini). Faktor edukasi antara terpenting bukannya tinggi mana dia belajar!

3) Karyawan Malaysia harus progressif,inovatif bukan pasif dan mengharap sponsor. Buang subkultur bosan dan menyesatkan. Komuniti bukan berarti duduk dalam satu kelompok melepak tetapi produktiviti.
- Shohibul Adzreen

Di atas beberapa testimoni berkenaan tajuk yang cuba saya ketengahkan. Memandangkan perihal artis miskin, hidup susah dan tak boleh cari makan sebenarnya lapuk dan menjengkelkan. Tetapi itulah benda-benda yang selalu kita dengar dan tak lekang dalam majoriti masyarakat kita. Soal seni dipandang dalam persepsi yang sempit. Istilah keramat, 'Artis' dirujuk kepada kelompok terhad seperti penyanyi, selebriti dan pelakon di negara ini. Ini menimbulkan tanda soal yang BESAR gila dalam kotak fikir kita, Di mana peranan pendokong seni? peranan guru-guru seni? pensyarah? aktivist?dan lain-lain jenisan kelompok.
Artis atau artisan mempunyai definisi berbeda. Artis sebenarnya diambil dari perkataan art atau arts. Ia merujuk ke arah perkara yang melibatkan kreativiti serta artistikal. di Universiti kita jumpa banyak fakulti seni. di luar kita jumpa kolej seni dan banyak lagi yang bernama akedemi seni. di sekolah kita jumpa pendidikan seni. Namun apakah semua ini cukup untuk membantu survival seniman atau penggerak seni. Hal ini berkait secara total di mana apa peranan badan-badan, pihak berwajib ataupun penggiat.
Okey kita tinggalkan subjek yang memeningkan kepala lutut, tengkorak. Kita cuba teliti dan mentelaah soalnya kepada peranan seniman atau karyawan. soal yang BESAR ini perlu didalami seniman dalam meneruskan survivalnya. Bagaimana pendapat anda??
Kepada seniman/karyawan apakah berbaloi usaha yang selama ini dibuat? berbaloikah hidup sebagai seniman sepenuh masa sedangkan bangun tidurnya bukan tengahhari etapi petang hari. Atau melepak di warung bersama teman-teman di Pasar Budaya?Bikin projek siapnya lewat?
bagi saya ini semua adalah musuh. dan kita pula bila berlaku perihal begini sering menunding jari salah orang itu dan salah orang ini. Kita kata bahawa masyarakat tidak faham seni, buta seni, tak faham proses.
Apa pendapat anda???
_Kolum ini akan bersambungan....


Jumaat, Jun 01, 2007

Novel Grafik kedua yang dinanti-nantikan!




The second graphic novel by the young artist Nur Azmi now ready to get enough heat to realese! Above ,the preview of the cover design by Nuriman Manap. Will be on dry market in June 2007. After a several progression and evolution, this comic finally get it's chance to entering the bittersweet local comic industries. What kind of different this time? Only you the comic maniacs could determine! Still with his simple and sweet strokes of cartoon style illustrations. But a little extras may makes a few feelings of freshness. The graphic more improved than the previous "Mambo di Kuale!!"."Kasih dan Awang: Hikayat Cinta Purbakala" it's try to connecting young generation by provoking cultures,social and human rights in Nur Azmi's way. By the way..the artist is artist but the jugde..is...you!!! keep on login this weblog for details about the book.

Attention for all art lovers!!!









New and latest artworks of Nur Azmi are available now at
NNGallery, 53a &56,Jalan Sulaiman 1,Taman Ampang Hilir,Ampang.
Any booke or inquiries call Mr. Syed Nabil Syed Nahar at 012-2683689 or 03-42706588.
and Sharifah Nor Akmar Syed Nahar at 012-2104930
nngallery also could be reaced on www.nngallery.com.my
More Information about Nur Azmi's paintings- call 017-3601689 (hp)

Kenangi Jasa Perajurit kita.



Sudah lama ikon ini dilupai warga tempatan. Apa lagi 'Tugu Negara' yang dulu "landmark" popular negara. Saya dan Asmawi mengambil peluang ke destinasi. melihat sendiri yang dahulunya agak kerap dilawati. Lama juga, sudah berbelas tahun tak melawat tugu negara. Nampaknya yang datang ke sini ramai orang luar (pelancong). Ada kedai dan gerai menjual pelbagai cenderahati tapi yang sayangnya..saya tak jumpapun t-shirt yang menampilkan figura 'Tugu Negara'. Yang banyak ditemui gambar KLCC. Apa ni sana KLCC,si ni KLCC. Peniaga di sana saya rasa perlu mengambil kira soal ini.




































Mari support usaha rajin kengkawan!!

Asmawi dan Solihin. Solihin rakan karib Nur Azmi merupakan seorang pengusaha seramik bumiputera muda. Ini contoh terbaik golongan muda-mudi yang tahu membawa bakat dan diri. Daripada merempit dan melepak adalah baik jika diusahakan bakat kita untuk mencari rezeki. Solihin adalah pemilik D'Legend Pottery. Kedainya diusahakan beliau sendiri. Cayalah "Lone ranger" aje tapi boleh maju. Nak cari hiasan seramik untuk rumah boleh ke kedainya di Kompleks Kraftangan,Jalan Conlay,KL

Seperti Mana yang telah disebutkan...Dua bulan ini penuh dengan adventure dan santai!!


Mask Painting istimewa dari Fendi. Tarikan menarik juga buat pelancong. Nak beli Topeng menarik penuh artistik? Datanglah ke Galeri Teratai yang terletak di Kompleks Kraftangan Malaysia, Jalan Conlay,KL

Jamming di Galeri Teratai, Jalan Conlay, Kuala Lumpur.Asmawi bersama pelukis cat air Malaysia, Ma'mor Jantan. Ma'mor terkenal dengan siri "cikcibor"nya. Kelihatan juga Abang Fendi memerhati gitar klasiknya dibelek Asmawi.


Nur Azmi memancing??? Apa??? tak pernah dibuat !! Pertama kali memegang batang pancing. Apa yang dia dapat pada hari tu? memancing angin katanya. Permandangan di Tasik Sri rampai.



Asmawi dengan aksi pemancing amatur terlampaunya. Abah juga turut serta .Lagipun memang idea Abah ajak pergi memancing. Memancing Ikan yang sudah semakin sombong dengan umpan.

Nuras dan Joe Kidd di Pasar Budaya!!


Nur Azmi, Joe Kidd (Carburetor Dung/Shitworkers/Deflowered), Asmawi Mohter, Vinh (vertical Speed) dan Nuriman Manap. Banyak cerita juga bersembang baru-baru ni terutama tentang indie-scene di Malaysia.

Di studio,pentas dan apa cerita???


Asmawi meneliti hasil rakaman yang dibuat. Pemilik Dhabooka Studio, En.Cin menjadi jurutera dalam proses rakaman EP pertama Nuras.

Wan hafizi asyik merakam trek lagu "fly away'. Gambar dirakam curi dari Studio Dhabooka, Setiawangsa. Di sini rakaman EP pertama kami berlangsung. EP yang kini sudah 60% siap.


Bersama peminat dalam slah sebuah persembahan Nuras. Em...tak sangka kami masih belum ada albumpun tapi sambutan..Alhamdulillah...

Sepanjang dua bulan lalu..Nuras,Hari kelahiran Sultan Perak,Lumba Perahu, Nur Azmi dan cerita barunya!!


Em..rahsia Nur Azmi..gadis ini sering kelihatan bersama-sama Nur Azmi. Hubungan mesra kedua mereka telahpun mendapat kerestuan keluarga di kedua belah pihak. InsyaAllah..ada jodoh tak ke mana. Ida Sri turut hadir di hari keputeraan Sultan Negeri Perak. Meraikan negeri sendiri.
Selepas penat mendayung inilah acaranya. Bergambar bersama-sama.Minum 100 Plus. Lama tak jumpa kawan-kawan sekampung. Wajah riang Ke'on,Pesot,adik Prof dan Sharkawi terbayang jelas dalam ingatan. Selepas beberapa lama kenal dari kecil,macam-macam kisah masing-masing. Ada suka dan duka. Semuanya asam garam hidup!!




Hari kelahiran Sultan Perak Darul Rizwan, April lalu di kuala Kangsar. Membikin gamat suasananya di persisir Sungai Perak. Asmawi Mohter dari Nuras turut mengambil bahagian dalam acara mendayung sampan.

Sabtu, Mei 12, 2007

Anda boleh lawati blog/weblog ini!!!

Asmawi Mohter- gitaris dan vokal Nuras sudah mengusahakan weblognya sendiri. masih fresh dan berbau kedai lagi!! lawati www.wiemohter.blogspot.com . Nuras juga akan melancarkan singles cd yang akan menemui peminat musik tanahair espeacially to folk and alternative fans out there!! On June!!
Terima kasih kepada:
Al-Ameen Serve holdings yang menjemput kami (Nuras) membuat persembahan dalam beberapa seisi Perlancaran Buku mereka. kepada hj. che Mazlan Saat Sekeluarga. Moga Allah membalas jasa dan budi baik Tuan. lawati www.Ameenbooks.com
Alfie yang bersusah payah membawa Nuras hingga tak cukup tidur. thanx buddy. Nuras trust you!! Lepas ni kitabikin show lagi gempaq!!
Azam Supardi yang memberi perhatian kepada musik Nuras
Faisal Tehrani
Chin dari Dhabooka studio yang best giler. Rakaman demo yang menarik dan Nuras akan terus merakam di studionya.
Para Pemuzik undangan dan ex-members yang pernah bermain bersama juga yang banyak membantu. Sejak dari zaman Stoneriver lagi- Prof. Jani, Wan hafizi, redwan, Adik ipar, wan Mat zin, Atan, julio,Chicken,nan sabah,ellie saidin,Mat jat, Meor Azwan Anuar, Along orang Putih,
nuriman Manap yang bikin sleeve cover CD singles Nuras
galakan dan sokongan dari kengkawan:
Sabri Salleh (painter/composer),Eddie of gerhana Skacinta,Andy Flop Poppy,Kluk-Kluk Adventure,Aie of insecure,Meor-Pesta jiwa, Joe-Kidd of carburetor Dung,Vinh of Vertikal Speed,Nik busker,chak in of The Protokol,Kameel of Hue and cry,Miji of Flop Poppy,Abang Yan lefthanded, Zulfikar samsuri/Sam Ahmad, ringgo of Fotograf,Conlay artists buddies- Ma'mor jantan,Shamsudin Mohammad, ida, Solihin of d'legend pottery and etc.

Selasa, Mei 08, 2007

Nuras dan rujukan musik mereka





R.E.M









Antara pemuzik yang menjadi rujukan Nuras dan dianggap oleh Nuras antara yang terbaik dalam genre mereka yang tersendiri. Nur Azmi lebih merujuk kepada Band post-punk seperti R.E.M yang menjadi kegemaran halwa telinganya sejak di bangku sekolah lagi. Band kedua kegemarannya adalah Pearl Jam yang terkenal dengan konsep grunge aslinya. Ada yang mengatakan "seattle sounds". Kedua-duanya mempunyai persamaan dari sudut penulisan lirik dan mood lagu. Lagu-lagu yang dicipta sering mengundang pertanyaan banyak pihak dan juga kritikan. tona musik yang "simple" tetapi penuh berjiwa. digarap lagi gaya permainan gitar bersahaja. Taiada kord-kord pelik dan terlalu mencabar, cukup dengan melodi yang kuat, berkarat, raw, menganggu tetapi sweet. Formula pelik ini menjadi ikutan banyak kugiran dunia selepas meletupnya dua band besar ini. Nirvana sendiri-Kurt Kobain mengakui bahawa beliau tepengaruh dengan R.E.M.

Pemuzik wanita tempatan yang menjadi pilihan boleh dikatakan Abot. Di Malaysia artis wanita kebanyakannya menjadi penyanyi. Jarang dilihat artis wanita yang menjadi seniwati musik yang boleh kita samakan seperti Patti Smith, Alanis Morisette. Di peringkat mainstream saya meletakkan Abot sebagai seniwati musik. Abot tampil dengan album pertamanya "Abot" yang membawa konsep Folk dan Alternative (yang lebih kepada pop/rock) membuka lembaran baru dunia seni suara artis wanita tempatan. Suara karatnya yang dikata setengah orang "seksis" adalah gaya melawan arus artis wanita lain yang bersuara lunak merdu. Abot banyak disamakan dengan Alanis Morisette, okey pada saya dari sudut showmanshipnya ya! tetapi musik gayanya saya boleh samakan dengan lisa Loeb,The Sunday,Cranberries. Ini ikon cemerlang pemuzik wanita tanahair kerana inisiatif dalam mencipta lagu serta bermain instrument.
Lisa loeb antara pilihan folk/rock/alternative wanita international selepas Billie Myers dan Never The Bride. Feminisme serta musik sebagai saluran ekspresif. Perasaan dalaman serta sensual. lisa Loeb yang bergaya seperti guru "kindergarden" bermula dengan band awalnya "lisa and Liza" dan pernah mengeluarkan album bersama band "Lisa Loeb and The Nine stories".

Band Indie tempatan-Spiral Kinetic Circuss adalah kegemaran saya dan Asmawi. Band bawaan Fathullah Luqman Yusof. Membariskan Andy (kini Flop Poppy) sebagai pemain bass, Ajin (ex-Vokalis Blackrose) sebagai line-up. Musik bising yang bermelodi, gitar tona garing dengan efek yang kena pada tempatnya. vokal gaya malas Fathull serta lirik yang sedikit "floating". Kami masih menjadikan band ini rujukan walaupun kini mereka semua berpecah dan membuat haluan masing-masing. Andy dengan Flop Poppy dan fathull dengan band Fathullistiwa Soundscape serta muncul dengan menulis lagu untuk Flop Poppy.


Nuras live in PWTC, International Book fair 2007.




date: 6 May 2007


time: 10.00 am




From left: Redwan (bongo),Nur Azmi (acoustic guitar) and Asmawi (acoustic guitar)




photo by: Muhaimin

29 April 2007, Nuras live acoustic in PWTC


Nuras live acoustic in PWTC .Special appearance for The launching of Isa Kamari's "Memeluk gerhana". The novel was launched officially by Faisal Tehrani.Yusof 'gajah' and Nur Azmi are the artists for the colourfull cover layout of the book.For detail,log on www.Isakamari.com www.tehranifaisal.blogspot.com .
Only Nur Azmi and Asmawi perform and playing totally acoustic version for their songs. For detail about Nuras, www.myspace.com/nurasite



Nuras- Riadah Minda dan Jiwa










Dah lama tak keluar bersiar-siar dan makan angin. Saya dan Asmawi ke Port dickson,Negeri Sembilan pada bulan lepas. Kami berkhemah satu dua hari menikmati keindahan Pantai Cahaya Negeri .


Sambil mandi di laut, malam bila air laut surut, kami berdua jadi nelayan. Rezeki, dapat udang lipan yang besar dan manis rasanya. hanya bakar tak perlu di taruh garam atau rempah. lain-lain tangkapan ikan tembakul...ha ini buat ubat bagus!!!


Asmawi berehat selepas penat mengumpul kayu untuk unggun api.

Suasana senja yang benar-benar menyentuh jiwa.

Rabu, April 25, 2007

Tentang NURAS,anda boleh mencapai capaian internet melalui...

NURAS baru sahaja mengusahakan laman myspace mereka. Anda boleh melawati www.myspace.com/nurasite untuk mendengar trek-trek versi demo dari NURAS. Sebarang pertanyaan dan perhubungan boleh dihantar kepada namakunur@yahoo.com atau wiemohter@yahoo.com atau nurasband@yahoo.com.my. Tempahan dan jemputan boleh melalui:
019-6470663 (Alfie)
017-3601689 (Nur Azmi)
012-5969609 (Asmawi Mohter)

Selasa, April 24, 2007

Nuras live in MATIC (Malaysian Tourism Centre) photos.

























Nur Azmi in expression of the song "Nak dai".
NURAS features Abonation for back-up musicians during the concert.



Asmawi Mohter,lead guitar on NURAS also a vocalist.
Above: the expression and rusty raw strums guitar.
Don't Missed: NURAS first realese on singles CD entitled "NURAS:Singles 2007" will on store /by hand this June 2007. Hurry to grab one!! be the person who collect the limited materials by the artist!!

Konserto yang menggugupkan diri ku!!tapi Alhamdulillah

















Sirrfillsirr (above)















Nuras (above)














Abonation (above)


Genre with spiritual quality
Story and photos by by GRACE CHEN

THE recent two-hour concert, featuring Sirrfillsirr, Abonation and Nuras at the Tunku Abdul Rahman Auditorium at Malaysian Tourism Centre, in Kuala Lumpur put me in a tranquil mood.
And now I appreciate why world music aficionados say that this genre has a spiritual quality in the aural sense.
Sirrfillsirr translated as “secret within the secret, a Singaporean sufi trio comprising Isa Kamari, 46, Khair Yasin, 40, and Tarmizi Mokhtar, 30, was the main act with poetry readings and melodic accompaniments.
Isa, the poet, who describes their theme as one based on “remembrance of the Almighty and His love,” is the force behind Sirrfillsirr’s lyrics. Two lines from Kaabah in one of their numbers, Raung Dalam Diam, Diam Dalam Raung or scream in silence and silence in one’s scream, gives an insight to Isa’s prose.
Musically, the direction of Sillfillsirr is one of Sufism with pop influences and an electric feel.
Of the two vocalists, Khair and Tarmizi, the latter’s voice was the clearest in the choruses.
In terms of stage presence, I also felt that Tarmizi, who does the musical arrangement for Sirrfillsirr and plays the guitar, was a visual contrast to the other two in his Jack Sparrow, a character in Pirates of The Caribbean, get-up.
Sirrfillsirr released their first album, Cinta Arafah, in 2005.

Sirrfillsirr: This Singaporean sufi group sang ‘Zikir Kota’ at the beginning and finale.Still, it was Abonation, a five-member piece band comprising Megat Shamsul, 31, on glockenspiel, Izzardzafli Fadzil, 27, on flute and djembe, Saufi Yahya, 25, on sunda drums, Hanafi Khairuddin, 25, on didgeridoo and Haizat Yusof, 20, on bongos, who inspired the most with their lively rhythms.

Typical of Abonation’s organic sound, there was an unpredictable quality about their act with surprises in store at every bar.
Listening to them play gives you the idea why these buskers are also known as the rhythm kings of Jalan Bukit Bintang where they rule from nine to midnight.
If we had been on the streets instead of the auditorium, I would have danced to the beats.
Abonation’s first album Birth was also released in 2005.

.Nuras, a four-month-old, two-member outfit comprising brothers Nur Azmi, 27, and Asmawi Mohter, 24, debuts in between with their thought provoking song, Nak Dai or “nothing” in the Iban dialect.
Interestingly, it was Nuras’ solo, with the raw rusty sounds of the guitar, which lingers in my memory.
Nak Dai conjures images of one living in a war-torn country where chaos and destruction reigns. It tells of one, who has lost everything and how he is able to start anew from nothing.
Nuras, which means to eat in Munasto - a language created for amusement to be used with an alien, humanoid culture- is currently compiling a demo tape of two songs and the release date is scheduled for sometime in the middle of the year.
What I liked about the concert was the sincere quality of the music.

While there were the unmistakable hints of commercial elements in the arrangements, there remains the retention of originality that defies convention. Is it pop or alternative, grunge or post punk, or perhaps indie? I say, just leave the categorising to the bureaucrats and enjoy it for what it is.
As for the creative capabilities of the musicians, it was a pity that the three bands did not think of a combined medley for the finale.
It would have created the perfect ending for the concert instead of having to sit through Sillfillsirr’s Zikir Kota (their opening act) again.
And it was pity, too, that the auditorium with a capacity of 400 was only a quarter filled.
Though the line up had Isa Kamari, who was conferred the South East Asian Writers Awards or SEA Write Award last year, and the song writer for Cinta Tragika Khair Yasin, performed by DINODI, which stayed in the top charts of the RIA radio station for eight weeks in 2005, there was little publicity on the ticket sale. Still, I reckon that I should be thankful for getting front row seats and Megat of Abonation, who gave me the invite.
Otherwise, I would have missed this great concert.
The concert was organised by Al Ameen Serve Holdings and the profits of the show goes to the Mufti of Cambodia.


The organiser can be reached at 03-4143 4343.
*Taken from The Star- central Metro, 24.4.07
*This article can be reach at www.thestar.com.my
*Grace Chen can be reach at gracechendawson@yahoo.com