Jumlah Paparan Halaman

Selasa, Mei 08, 2007

Nuras dan rujukan musik mereka





R.E.M









Antara pemuzik yang menjadi rujukan Nuras dan dianggap oleh Nuras antara yang terbaik dalam genre mereka yang tersendiri. Nur Azmi lebih merujuk kepada Band post-punk seperti R.E.M yang menjadi kegemaran halwa telinganya sejak di bangku sekolah lagi. Band kedua kegemarannya adalah Pearl Jam yang terkenal dengan konsep grunge aslinya. Ada yang mengatakan "seattle sounds". Kedua-duanya mempunyai persamaan dari sudut penulisan lirik dan mood lagu. Lagu-lagu yang dicipta sering mengundang pertanyaan banyak pihak dan juga kritikan. tona musik yang "simple" tetapi penuh berjiwa. digarap lagi gaya permainan gitar bersahaja. Taiada kord-kord pelik dan terlalu mencabar, cukup dengan melodi yang kuat, berkarat, raw, menganggu tetapi sweet. Formula pelik ini menjadi ikutan banyak kugiran dunia selepas meletupnya dua band besar ini. Nirvana sendiri-Kurt Kobain mengakui bahawa beliau tepengaruh dengan R.E.M.

Pemuzik wanita tempatan yang menjadi pilihan boleh dikatakan Abot. Di Malaysia artis wanita kebanyakannya menjadi penyanyi. Jarang dilihat artis wanita yang menjadi seniwati musik yang boleh kita samakan seperti Patti Smith, Alanis Morisette. Di peringkat mainstream saya meletakkan Abot sebagai seniwati musik. Abot tampil dengan album pertamanya "Abot" yang membawa konsep Folk dan Alternative (yang lebih kepada pop/rock) membuka lembaran baru dunia seni suara artis wanita tempatan. Suara karatnya yang dikata setengah orang "seksis" adalah gaya melawan arus artis wanita lain yang bersuara lunak merdu. Abot banyak disamakan dengan Alanis Morisette, okey pada saya dari sudut showmanshipnya ya! tetapi musik gayanya saya boleh samakan dengan lisa Loeb,The Sunday,Cranberries. Ini ikon cemerlang pemuzik wanita tanahair kerana inisiatif dalam mencipta lagu serta bermain instrument.
Lisa loeb antara pilihan folk/rock/alternative wanita international selepas Billie Myers dan Never The Bride. Feminisme serta musik sebagai saluran ekspresif. Perasaan dalaman serta sensual. lisa Loeb yang bergaya seperti guru "kindergarden" bermula dengan band awalnya "lisa and Liza" dan pernah mengeluarkan album bersama band "Lisa Loeb and The Nine stories".

Band Indie tempatan-Spiral Kinetic Circuss adalah kegemaran saya dan Asmawi. Band bawaan Fathullah Luqman Yusof. Membariskan Andy (kini Flop Poppy) sebagai pemain bass, Ajin (ex-Vokalis Blackrose) sebagai line-up. Musik bising yang bermelodi, gitar tona garing dengan efek yang kena pada tempatnya. vokal gaya malas Fathull serta lirik yang sedikit "floating". Kami masih menjadikan band ini rujukan walaupun kini mereka semua berpecah dan membuat haluan masing-masing. Andy dengan Flop Poppy dan fathull dengan band Fathullistiwa Soundscape serta muncul dengan menulis lagu untuk Flop Poppy.


Nuras live in PWTC, International Book fair 2007.




date: 6 May 2007


time: 10.00 am




From left: Redwan (bongo),Nur Azmi (acoustic guitar) and Asmawi (acoustic guitar)




photo by: Muhaimin

Tiada ulasan: