Jumlah Paparan Halaman

Isnin, Julai 16, 2007

Nur Azmi a.k.a mie nuras: Bercakap apa itu revolusi/evolusi/reformasi perlu dalam diri Karyawan.




Selama berkerja dalam erti kata lainnya saya menetapkan karier sebagai seorang pelukis, kartunis, penulis dan pemusik bebas, tiba masa dirasakan untuk berkongsi sebanyak mana info dan buah fikir. Adapun segala luah dan kata-kata sebenarnya digarap secara mentah serta tidak di 'edit' secara sistematik. Ianya pandangan bogel seniman yang digarap secara kolektif.
Beberapa pendapat serta pandangan terkumpul tentang apa yang ditajukkan dalam entry kali ini:

1)Karyawan perlukan reformasi. bukan politik tetapi produktiviti. Kebebasan yang tidak disekat oleh kepala-kepala (XXXXXX)!!
- Nur Janggut sari, artis grafik/animator

2) Sangat luas...penuh makna dengan maksud ketiga-tiga perkataan/istilah- evolusi,revolusi dan reformasi. Karyawan sebenarnya masih dalam peredaran (di negara ini). Faktor edukasi antara terpenting bukannya tinggi mana dia belajar!

3) Karyawan Malaysia harus progressif,inovatif bukan pasif dan mengharap sponsor. Buang subkultur bosan dan menyesatkan. Komuniti bukan berarti duduk dalam satu kelompok melepak tetapi produktiviti.
- Shohibul Adzreen

Di atas beberapa testimoni berkenaan tajuk yang cuba saya ketengahkan. Memandangkan perihal artis miskin, hidup susah dan tak boleh cari makan sebenarnya lapuk dan menjengkelkan. Tetapi itulah benda-benda yang selalu kita dengar dan tak lekang dalam majoriti masyarakat kita. Soal seni dipandang dalam persepsi yang sempit. Istilah keramat, 'Artis' dirujuk kepada kelompok terhad seperti penyanyi, selebriti dan pelakon di negara ini. Ini menimbulkan tanda soal yang BESAR gila dalam kotak fikir kita, Di mana peranan pendokong seni? peranan guru-guru seni? pensyarah? aktivist?dan lain-lain jenisan kelompok.
Artis atau artisan mempunyai definisi berbeda. Artis sebenarnya diambil dari perkataan art atau arts. Ia merujuk ke arah perkara yang melibatkan kreativiti serta artistikal. di Universiti kita jumpa banyak fakulti seni. di luar kita jumpa kolej seni dan banyak lagi yang bernama akedemi seni. di sekolah kita jumpa pendidikan seni. Namun apakah semua ini cukup untuk membantu survival seniman atau penggerak seni. Hal ini berkait secara total di mana apa peranan badan-badan, pihak berwajib ataupun penggiat.
Okey kita tinggalkan subjek yang memeningkan kepala lutut, tengkorak. Kita cuba teliti dan mentelaah soalnya kepada peranan seniman atau karyawan. soal yang BESAR ini perlu didalami seniman dalam meneruskan survivalnya. Bagaimana pendapat anda??
Kepada seniman/karyawan apakah berbaloi usaha yang selama ini dibuat? berbaloikah hidup sebagai seniman sepenuh masa sedangkan bangun tidurnya bukan tengahhari etapi petang hari. Atau melepak di warung bersama teman-teman di Pasar Budaya?Bikin projek siapnya lewat?
bagi saya ini semua adalah musuh. dan kita pula bila berlaku perihal begini sering menunding jari salah orang itu dan salah orang ini. Kita kata bahawa masyarakat tidak faham seni, buta seni, tak faham proses.
Apa pendapat anda???
_Kolum ini akan bersambungan....


Tiada ulasan: