Entry kali ini menyentuh persoalan kerjaya seniman yang banyak sungguh cabaran dan dugaannya. Selama lima tahun bergelar karyawan sepenuh masa, saya didatangi dugaan yang bukan main hebat lagi. Pujukan saudara mara yang mahu lihat saya bekerja. ada baru-baru ini memujuk saya untuk berkerja di bank. hairan, saya graduan seni bagaimana mahu jadi manager bank. ok, mungkin tidak mustahil tetapi sedarkah mereka bahawa saya ini sedang berkerja. Office saya di rumah dan saya sendiri punyai seorang P.R yang mengurusi urusan pameran serta jualan karya-karya saya. Iya saya tida punyai kereta mewah dan rumah besar dan bagak. Saya hanya menetap di rumah pangsa dua bilik dan di situ saya berkarya. Saya juga cukup makan, pakai dan belanja setiap hari dan bulan. Saya juga membeli polisi insuran untuk perlindungan di waktu sesak dan sukar. Saya telah menerbitkan buku-buku dan memperoleh kerja-kerja yang banyak setiap bulan. Wang yang diterima walaupun tak semewah bisnessman gergasi tetapi cukup menampung saya. Saya juga belajar berjimat. antaranya saya kini dalam proses membuang tabiat merokok saya. Nasihat doktor kepada saya agar saya berhenti berperingkat. kesihatan saya tika ini juga Alhamdulillah..tiada penyakit kronik. jadi sebelum kena, baik cegah!!!
Iya saya kelihatan seperti tidak berkerja. Orang lain sibuk 9 to 5. Saya boleh bersantai di tepi pantai, kamping, melancong dan bercuti di kampung. Mana dapat duit? Kerja lah. Walaupun seperti bercuti, lap top tua saya masih beroperasi dengan kerja. tangan saya melakar idea dan membuang nya ke muka kanvas, kertas dan board. tidak pernah berhenti dan saya juga masih mencari connection melalui jalan internet. Masih lagi sebilangan pemerhati yang kerjanya tiada lain mencari cacat cela orang walaupun kita tidak menganggu mereka.
Ruang rumah siang tadi sebelum entry ini ditaip menjadi bahan kajian antara saya dan tunang saya. tunang saya memberi cadangan agar selepas kami bernikah nanti, ruang rumah yang banyak barang diubahsuai. Perlu P.C sebuah, mesin fax dan printer yang multi print. Ruang studio perlu disusun atur dengan rapi. Ini memandangkan hari pernikahan saya yang semakin hampir.
Saya benar-benar belajar bagaimana mengatur hidup sebagai seniman sepenuh masa. Belanja dapur, bayaran bil-bil bulanan saya perlu ambil kira. Saya sediakan satu buku kecil untuk merancang segala wang keluar dan masuk saya. Saya perlu mengurus secara bijak dan wajib mengutamakan keperluan penting serta perlu sahaja. ikut kemampuan dengan mengambil kira pendapatan kita. bukan tidak boleh bermewah tetapi beringat. Sekali-sekala bermewah apa salahnya. tetapi ingat-ingat masa susah kita nanti..langit tidak selalunya cerah!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan