Seperti yang diketahui ramai sejak beberapa tahun yang lalu, televisyen Malaysia telah diserang dengan rancangan realiti tv. Pengaruh ledakan kejayaan realiti tv barat telah membawa kepada kelahiran siaran lokal. bermula dari beberapa nama seperti akedemi Fantasia (Af), mentor, malaysian Idol (???), audition dan etc...
sambutan diterima merasuk ke segenap lapisan. Semua orang suka. Macam-macam! pakcik dan makcik, datuk dan nenek, budak kecil, baby, remaja, orang dewasa, muda-mudi, cikgu sekolah, pelajar IPT, cendiakawan, koporat (ini fasal $), yang kaya, yang miskin, yang sekolah, yang tak sekolah, yang alim, tak alim, ustaz, ustazah, paderi (op..tak pasti!!) dan sewaktu dengannya.
Kita dihidang siang malam pagi petang. di astro kita dapat lihat betapa berulang alik tayangannya dalam. Tetapi tetap menjadi bahan tontonan. Menangis, perah tisu dan sapu tangan di hadapan tv. Sedih melihat peserta yang tersingkir. Auwww!!! Kesian!!!
Tapi cuba kita tanya kepada diri sendiri:
1. Adakah kita menangis melihat kebuluran di Eutopia?
2. Adakah kita menangis dan sedih melihat mangsa perang Lubnan? Palestine<
3. Adakah kita menangis melihat kaum miskin yang lapar dan tak makan?
4. Adakah kita menangis bila membaca riwayat para Rasul dan Anbiya? Rasul dicerca, Muhammad dikatakan gila! Musa mahu dibunuh! Isa diseksa pengikutnya sendiri!Adam yang terpisah dengan Hawa, tiada pakaian di dalam gelap hampir 250 tahun terpisah!mereka bertemu dan menangis. Betapa tragisnya cinta mereka, tetapi kita lebih senang menangis bila menonton ' Winter sonata".
Apakah ini bala? Bencana yang bakal melanda? Kita akan menyusur jalan seperti orang-orang barat-Maju tetapi dibelenggu masaalah menggunung, melangit. Sakit dan psyko? Bunuh berbunuhan? anak berzina dengan darah daging sendiri!dan macam-macam lagi.
kes mat rempit masih berlegar, kes remaja lelaki melayu yang gian dan khayal dadah masih lagi berleluasa. Tapi kita semua ditamu dengan hiburan yang asyik. Kita dibuai oleh artis palsu, seniman palsu dan ikon palsu yang sebenarnya lebih mementingkan duit dan kekayaan. Kita hantar sms, tetapi dalam tak sedar kredit kita habis. Yang bertambah kaya B#$%%^ tu jugak. Hingga saya dengar sendiri dari salah seorang saudara saya, " Tak payah belajar tinggi-tinggi, bukannya dapat kerjapun. kalau boleh nyanyi masuk Af, habis cerita, kaya!!"
Dan lagi pesanan salah seorang saudara kepada adik perempuan saya:
" awak muka cantik carilah jodoh datuk ke, kerabat di raja ke. Yang penting boleh bagi duit shopping koman-koman seribu, cukuplah!"
Apa pandangan pembaca entry ini dengan apa yang saya paparkan?
Pandangan peribadi saya, kita masih dalam peredaran. di barat, masyarakat sudah beredar lama dalam era moden dan global. Kita masih ketinggalan. bila datang benda baru, kita kemaruk. Kita jadi macam kera dapat bunga. Pendek kata kita "culture shock". hingga kita sudah berani merendahkan ilmu demi menyanjung budaya hendonisme yang dicipta.
Kita juga (terutamanya melayu) masih lagi terawang-awang. Kita tidak kenal lagi usul kita. Kita jauh dari akar bangsa kita. sudah tidak mengaku kita ini jawa, bugis, minang, atau sebagainya. Kita kutuk orang kita panggil "boyan". Betapa kita sendiri menghina usul dan galur kita sendiri. Manusia melayu..insaflah! Sampai bila kita mahu dipandang sebagai bodoh,dungu, perasan, syok sendiri, pemalas, tak berdaya saing, tak maju dan perosak? Sampai bila?!
Waktu anak-anak dan bukan anak-anak bukan melayu berlumba dalam variasi bidang, kita hanya cemerlang dalam satu bidang sahaja, HIBURAN!!!
-entry ini akan bersambungan.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan