MALAYSIA'S PREMIER GRAPHIC NOVELIST, BEST ILLUSTRATOR, 'NAIVE' PAINTING ARTIST,AGGRESSIVE MURALIST, FASTEST CARICATURIST, HUMOROUS WRITER,INDIE-SONGWRITER, LYRICIST AND A PUNK ROCK VOCALIST. THIS IS A MAN CALLED MIE MAMBO!!!!!
Jumlah Paparan Halaman
Jumaat, Mac 23, 2007
sedikit tentang NURAS
NURAS..siapa NURAS??
Promo Konsert menampilkan tiga artis dari genre musikal yang berbeza. Sirrfillsirr yang lebih ke arah sufism dan pop yang sedikit electric sebenarnya. Kumpulan dari Temasik ini dianggotai tiga seniman berbakat iaitu Isa Kamari (juga penulis dan penyair terkenal Singapura), Khirr (bekas anggota Rausyanfikir) dan Tizi. Abonation seperti diketahui ramai band yang mengetengahkan konsep world music (sila rujuk www.myspace.com/theabonation). Nuras pula band yang dianggotai dua adik-beradik iaitu Nur Azmi (vokal/gitar akustik) dan Asmawi Mohter (Gitar elektrik/vokal/keyboard).Band ini turut dianggotai pemuzik seseonist-Wan Hafizi (bass).NURAS menampilkan musik dari genre pop/alternative (gabungan grunge/post-punk/indie). Keterangan lanjut mengenai konsert boleh dilayari www.myspace.com/alfienaive atau www.ameenbooks.com.
Jumaat, Februari 09, 2007
13.2.2007, UKM, Bangi


Al fatihah
Jumaat, Januari 26, 2007
STONERIVER 2007

above;Asmawi and encik el
Khamis, Januari 18, 2007
Novel Grafik Solo kedua Nur Azmi / Second realese will coming!!
Ahad, Januari 07, 2007
salam tahun baru dengan azam serba baru!!

Sabtu, Disember 09, 2006
Nur azmi is Back!!

Nur Azmi is back! now the coloboration with the author- Keats Markandu. Nur azmi appearing as an illustrator on the book entitled " My Shop and My Best Friend". 32 pages children's books with full coloured format. all sales and proceeds by these books are specially to honourable disable people in Cheshire Homes.
About Nur Azmi:



Latest artworks from two Malaysian artists- Nur Azmi and Zaharuddin Sarbini. special project for donation of Rumah Amal Cheshire ,Malaysia.
two books in one set:
1) My shop and my best friend
author: Keats Markandu
illustrated: Nur Azmi Mokhtar
publisher: Keats Markandu
printed date: November 2006
price : RM 20
2) My best friend
author: keats Markandu
illustrated: zaharuddin Sarbini
publisher: Keats Markandu
printed date: November 2006
price; RM20
Isnin, Oktober 30, 2006
Aidilfitri sudah berlalu..kini tiba bekerja kembali.

Ucapan selamat kembali bertugas dan bekerja kembali kepada semua rakan-rakan dan peminat juga para collector.semoga Aidilfitri yang lalu memberi banyak manfaat serta melipat gandakan lagi rezeki kita semua selepas ini. Berkat doa serta keampunan dari kedua ibu-bapa dan golongan lebih berusia,harap-harap sekembalinya kita di arena kerja dapat dilaksanakan tanpa sebarang kecuaian dan musibah..InsyaAllah.Mohon ampun dan maaf sekiranya ada terkasar bahasa dan silap.moga sihat sejahtera,panjang umur dan berbahagia semua juga keluarga.
Selasa, Oktober 17, 2006
Selamat Menyambut Syawal dan Aidil Fitri..
Selasa, Oktober 03, 2006
Selamat menyambut Ramadhan!!
mambo di Kuale kangsor!!
Ahad, September 03, 2006
cuti-cuti di Kuale!!

bersama Rosli Jamal (klik untuk kaya) dan nambai (nambai/scorpion) di sembang-sembang bersama penulis melayu,MPH Mid Valley,KL
Madi antara yang awal membeli Mambo di Kuale!!-siap pergi datang ofis al-ameen untuk Mambo di Kuale!! gambar dirakam semasa majlis pertunangan nya 20 Ogos lalu.
Sabtu, Ogos 19, 2006
Perhatian kepada semua pengunjung weblog saya!!
saya nak melalut boleh??
tok su dan tok su Li.hanya ini sahaja datuk dan nenek saya sebelah bapa yang ada. bergambar bersama dua painting yang ditempah."support cucu..'kata Tok su Li. tok su Lipun ada datang masa pelancaran "mambo di Kuale!!".ini masa tahun lepas,rambut saya masih panjang lagi tu.
Ada masa luangkan masa melawat. Samada keluarga,saudara mara atau sahabat handai.Tak terlepas warga emas dan warga istimewa. Lawatan yang singkat tetapi penuh makna.terima kasih Keats Markandu yang memandu saya ke Rumah Amal tersebut. Seronok nanti kita jenguk lagi.
antara karya saya pada tahun 2004.siri "mandi-manda" ala kita kecik-kecik dulukan selalu mandi boleng!!Dino a.k.a Khairuddin Mustaffa.
Inilah sifu saya yang terpenting. Dino pelukis jalanan yang sangat terkenal di Pasar Budaya dan KL lewat 80-an dan awal 90-an.saya dating ke Pasar Budaya bersama nenek saya, Sum bt.Ismail dan mak saudara saya, Umi Khadijah.di sini saya ketemu Dino dan Shamsudin Mohammad. Bermulanya karier seni dan hingga kini saya bertemu Dino.gambarterbaru Dino di Pasar Budaya. Terima kasih sifu!!
keluarga tercinta
eh..eh..siapa ni..kalau tak silap ini (.....) adakah gadis ini salah seorang ahli keluarga Nur azmi atau (bakal ahli keluarga Nur azmi??)
Asmawi Mokhtar adik saya yang turut sama bermain musik.gambar ini dirakam semasa kami sama-sama selalu jamming di kampung. studio garage belakang rumah aje. untuk cerita lanjut berkenaan dunia musik kami berdua sila log on www.royalstoneriver.blogspot.com
Saya takkan berada di sini jika tidak mereka. Ucapan terima kasih dan sayang kepada keluarga yang tercinta. Pada Babah Mohd Mokhtar@Mohter abd.kadir, Mama Zaleha Kasah, nenda Sum bt.Ismail dan adik-adik tercinta: Asmawi Mohter,Azlina Mohter,Aishah Mohter, Nur Asikin Mohter, Azlan Mohter dan Nur Afiqah Mohter.Jumaat, Ogos 18, 2006
Sibuk dan sibuk!!
Bila kita sudah masuk ke dalam industri,antara perkara yang hendak tak hendak kita tempuh adalah sibuk.Kerjaya karyawan seperti saya adakalanya seronok dan tak lupa juga duka-laranya. Tetapi semua itu ada hikmah dan banyak benda yang kita perolehi. Apa-apapun sabar,tekun dan berusaha itu tangga kejayaan. Nur Azmi begitu sibuk kebelakangan ini di samping menyiapkan novel-novel grafik terbarunya,perancangan untuk pameran solo,membikin painting baru bagi menampung stok yang semakin kurang dan bertapa di jamming studio bersama adiknya, Asmawi Mokhtar.Pelbagai dugaan dan banyak juga perkara yang tidak di sangka berlaku. Jemputan untuk ceramah,forum juga makin banyak. Pada 20 hb Ogos ni, Nur Azmi akan berada di Mid valley bersama Nambai dan Rosli Jamal untuk slot "sembang-sembang bersama penulis melayu".novel grafik terbaru juga semakin bertambah. Tidak disangka idea yang mencurah-curah.Asmawi adiknya Nur Azmi sudah kembali ke KL.kini menetap bersama Nur Azmi di Wangsa Maju.Asmawi kembali ke posisi gitar utama di dalam Stoneriver.Namun perkara yang tak dapat dielak pula berlaku.Dua anggota lama Stoneriver tidak dapat meneruskan komitmen mereka atas sebab-sebab yang pelbagai.sedih juga tetapi ex-Stoneriver still keep in touch dengan Stoneriver.Stoneriver akan terus bermain musik dan akan mengejar cita-cita kami.
Khamis, Ogos 10, 2006

Sastera
Oleh ANI AWANG
PENULISAN novel grafik bukan satu perkara mudah. Ini kerana seseorang penulis itu perlu menulis rangka cerita terlebih dahulu sebelum melukis grafik dan dialog dalam novel tersebut.
Penulis dan pelukis muda Nur Azmi Mokhtar, 26, telah membuktikan kebolehannya dalam menghasilkan novel grafik pertamanya, Mambo di Kuale.
Menurutnya, dia mengambil masa dua bulan untuk merangka cerita dan menulis serta melukis novel tersebut.
“Idea menulis novel ini muncul sejak tiga tahun lalu.
“Oleh kerana pada masa itu saya sibuk dengan pelbagai pameran lukisan saya terpaksa tangguhkan penulisan novel ini.
“Saya mahukan novel ini menjadi bahan bacaan yang berguna kepada generasi muda kerana novel ini sesuai dan santai,” kata Nur Azmi kepada Mega di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Katanya, Mambo Di Kuale adalah cerita mengenai watak seorang pemuda iaitu Putra Haji Hassan yang sudah tiga tahun tinggal di Kuala Lumpur.
Putra menghadapi pelbagai konflik jiwa dengan teman wanitanya Shima, bapa dan rakan-rakannya.
Putra akhirnya pulang ke kampung di Kuala Kangsar, Perak.
Kepulangannya ke kampung telah merapatkan kembali hubungannya dengan bapanya dan Putra jatuh cinta dengan Mahani yang menjadi tunang orang.
Putra kemudian kembali ke Kuala Lumpur dan bertemu dengan kekasihnya Shima yang masih setia kepadanya.
Jelas Nur Azmi, tidak ramai penulis dan pelukis yang boleh menerbitkan novel grafik di negara ini berbanding dengan penulis novel grafik di Barat.
Beliau berkata, novel ini merupakan novel grafik kedua di Malaysia selepas novel grafik Mat Som yang ditulis oleh kartunis Datuk Lat (Mohd. Nor Khalid) kira-kira 15 tahun lalu.
“Menulis novel grafik sama seperti menulis novel biasa tetapi ia memaparkan dialog dan grafik. Saya percaya sambutan terhadap novel grafik menggalakkan kerana trend remaja sekarang yang mahukan bahan bacaan yang menghiburkan dan bermutu di pasaran,’’ tambah Nur Azmi yang juga meminati muzik.
Beliau merupakan pelukis catan dengan gaya post naive. Nur Azmi pernah mengadakan pameran lukisan berkumpulan Art Through The Heart di Kuala Lumpur pada 2005.
Karya-karya Nur Azmi seperti kartun pernah diterbitkan oleh beberapa majalah humor tempatan.
Beliau berharap karyanya kali ini diterima oleh generasi muda kerana ia boleh menjadi panduan kepada mereka dalam menempuh kehidupan.






