Kasih dan Awang,Hikayat Cinta Purbakala
Setelah penat lelah setelah setahun "Mambo di Kuale!!" yang mencipta sejarahnya sendiri,kini novel grafik kedua karya Nur azmi akan menemui peminat-peminat karya bercorak novel grafik dan komik pada April 2007. Novel grafik yang diberi judul "Kasih dan Awang, Hikayat cinta Purbakala" merupakan kombinasi seni ilustrasi,penulisan,grafik,sastera klasik dan berunsur purbakala yang fantasi.Majlis perlancarannya akan berlansung di PWTC sempena Pesta Buku Antarabangsa 2007. Dua lagi karaya yang akan berada di pasaran pada dalam jangka waktu yang sama adalah "Gundah' karya hj.zainal buang Hussein dan 'surat Untuk raihanah" karya Abu Bakar Abdullah @ Umbut.
Sekilas kisah "Kasih dan Awang,hikayat cinta purbakala" Karya Nur Azmi
Watak hero yang dicipta bernama 'Awang' adalah tipikal dengan nama-nama klasik orang melayu lama. heroinnya 'Kasih' mempamerkan nama-nama indah yang menjadi pilihan masyarakat melayu lama untuk anak gadis. Dua insan ini bertemu dan menjalin rasa cinta dan kasih.hubungan akrab yang dirasai kebahagiaannya oleh masyarakat sekeliling.Tanjung Merah tempat diam mereka.namun kebahagiaan seseorang itu kadangkala menjadi mangsa iri dan hasat sesetengah pihak.di sini 'Kakila' penghulu rakus membina cerita,merancang kejahatan demi kuasa dan nafsu. 'kasih dan Awang' adalah mangsa.
Dalam karya ini masih membawa wadah karya ciptaan Nur Azmi dalam bentuk Novel Grafik.Sepertimana "Mambo di Kuale" di namun aspek ketelitian serta kompleksiti menjadi hidangan tambahan bagi penggemar komik melayu.juga akan melihat perubahan improvasi dari karyawan.Anda akan melihat jelas perubahan gaya ilustrasi Nur Azmi berbanding karya-karya terdahulunya.Sebuah pengembaraan yang "adventurous"dan tidak dapat dirasai dalam dunia nyata.kombinasi elemen fantasi,purba dan humor yang sinikal.ditambah sentuhan grafik panglima besi ,Nuriman manap ini melihat produk terbaru Nur Azmi bukan produk yang dihasilkan secara lewa atau untuk tangkap muat sahaja. alternatif baru untuk peminat komik melayu dan sekurangnya ia antara pencetus dalam kebangkitan semula komik berimej melayu,bau tempoyak,budu dan belacan yang harum semerbak."kasih dan Awang" adalah produk yang mahu meneroka akar umbi melayu tetapi dalam cara Nur Azmi.
Nor Azlin Ngah a.k.a jonos
(kartunis/ilustrator/animator/caricaturist)
January 2007
Tiada ulasan:
Catat Ulasan