Hari ini pada pukul 5.30 petang 9. 2. 2007, Md.Isa bin Kasah meninggal dunia kerana serangan stroke di Hospital Seremban. Beliau pesara tentera berpangkat Sarjan merupakan abang kepada ibu saya Zaleha bt. Kasah. Saya dan keluarga ketika post ini ditulis berada di Seremban. Masih ingat lagi semasa saya kecil dahulu, beliau antara pendorong saya dalam mengasah bakat sebagai pelukis. Di zaman beliau bertugas di Kuala Lumpur, sering dibawanya saya ke kem dan berkenalan dengan anak-anak buahnya. melukis karikatur sudah tentu. Sampailah saya dah besar galah.ceritanya berkenaan saya sebagai pelukis tak lekang di mulutnya. semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas rohnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan