Jumlah Paparan Halaman

Rabu, November 16, 2011

Hari Raya Edul Adha, Tugasan Musleh dan Bengkel Seni lukis di BSVN

 SERONOKNYA ANAK-ANAK INI..FOTO DIRAKAM KETIKA BENGKEL SENI LUKIS KANAK-KANAK BERSAMA MIE MAMBO DAN FATHULLAH LUQMAN turut membantu Man dewangga dan Anak bumi. Bersama mereka pada setiap Sabtu dan Ahad jam 11pg-1tgh / 2 ptg-4 ptg
 ANAK-ANAK tekun melukis sambil diperhatikan para pengunjung Balai Seni visual Negara (BSVN) pada 13.11.2011 jam 11pg-1 tgh.
 Fatullah Luqman dan Man dewangga memerhati anak-anak yang asyik melakar. 
 Persembahan Nuras pada 29.10.2011 di Funky Villa, e@ curve, Damansara. Wie Loco berjenuh datang dari Kuala kangsar, Perak. Sekarang Nuras bergerak secara sederhana  tetapi berterusan. Wie Loco sudah menetap di Sungai Siput,Perak dan menjalani kehidupan bahagia bersama isteri serta dua anaknya. Sham Fly pula bakal melangsungkan pertunangannya. Saiful Meatball, juga sudah terasa aura-aura pernikahannya. Kami tetap bersama dalam Nuras. terus berjuang hingga berjaya.
 Kasih Ramadhan ketika di dalam kereta ayahnya. Gambar ini dirakam Ida Sri semasa perjalanan pulang ke Kampung halaman Mie Mambo-Kuala Kangsar,Perak sempena Edul Adha.
 Semasa persembahan di Funky Villa, Nicholas seorang rakan karib begitu supportive. Hype terasa apabila beliau sama-sama menyumbang suara dalam trek terakhir persembahan berjudul 'Muthu The Legendary'
 Mie Mambo mendukung anaknya Kasih Ramadhan ke medan selera persisir Sungai Perak, Kuala Kangsar. Lama tak menjengah restoran Hailam. Dulu kedai makan nya kedai papan, sekarang dah moden.
 Ida Sri dan Kasih Ramadhan berlatar belakangkan Jambatan Raja Muda Nazrin di Kuala Kangsar.

 Bengkel Seni Lukis BSVN...akan berlangsung dari November 2011 hingga Januari 2012.


 Sunhanallah...gambar-gambar di Tasik Raban, Lenggong Perak. Gambar semasa umat Islam sedang meraikan Edul Adha yang lalu.
 Ibu Pejabat Al Ameen Serve Holdings Sdn Bhd di Setapak Jaya. Tugasan kerja Musleh ketika berlangsung. Dalam foto dari kiri-Mie Mambo,Samaneh,Iman Amri,Azhar Saad dan Cd Hamdan. Masih lagi berlangsung tugasannya ketika post ini ditulis. 

Mie Mambo dan Ida Sri tetap menghasilkan karya catan dan kraf masing-masing. Karya-karya catan dihasilkan serta dihimpun untuk pameran seni akan datang. Semuanya di dalam perancangan. insyaAllah...

Sabtu, Oktober 15, 2011

SEMAKIN BANYAK ILMU DITIMBA SEMAKIN KUAT AMANAH DIPIKUL

Salam kepada semua pengunjung yang dah agak lama juga saya tidak mengemaskini laman 'blog' ini. menghilang selama beberapa bulan dengan tanggungjawab kerjaya serta ketua keluarga bukanlah mudah. Saya selesai menyiapkan 10 karya terbaru yang bakal diterbitkan oleh MediaInk Publishing (Melaka). Selepas menghela nafas lega saya terus menyambung kerja ilustrasi untuk beberapa buah buku teks Pendidikan Islam (swasta) Rangkaian Musleh seluruh Malaysia. untuk menjayakannya, saya menandatangani kontrak bersama Al Ameen Serve Holdings Sdn Bhd. turut serta dalam ibadah ini adalah Ad (Tiong Man) dan Cd Hamdan. Pihak Al Ameen juga menjemput dua artis dari Iran iaitu Cik Ilham dan Cik Samaneh Rahbarnia. Rahmat Allah menemukan kami dalam suasana kerja yang penuh ceria walaupun setiap hari cabarannya boleh disifatkan tinggi. Cik Ilham dan cik Samaneh Rahbarnia cerita uniknya bertemu di Malaysia atas usaha Encik Ali dan Hj. Che Mazlan Saad. Di negara kelahiran mereka, mereka tidak pernah bertemu.

Apa yang menarik di sini, Ibadah ini mengeratkan kami insan-insan kecil sesama muslim dari dua buah negara. Ya dua negara yang berbeza dari sudut budaya dan geografinya. Bangsa Melayu dan Parsi berganding bahu dalam hal ini. Mungkin ada yang mengingati akan mazhab masing-masing yang dianggap berbeza (klisenya Sunni dan Syiah) Itu mungkin cerita lama yang sedih. Tidak mahu lagi kalangan muda seperti kami dan karyawan Iran yang terlibat mahu mengungkitnya lagi. Kami bersatu atas nama Muslim. Saya fikir majoriti ummat awam yang lahir dari dua mazhab besar ini juga tidak lagi memandang perbezaan. ketara lewat ini apabila semuanya bercerita dalam nada yang sama. Menyatu dengan bertanya kepada persamaan. Sungguh Maha Bijaksana Allah tidak dapat dihalang oleh mana-mana makhluk. allah mengajar setiap hamba-hambanya melalui cara-cara yang sungguh menakjubkan.

kegembiraan dikala menyiapkan kerja masing-masing di pejabat akan dikenang sehingga bila-bila. Ibadah ini tidak akan mati di sini sahaja. Saya juga belajar sedikit sebanyak beberapa perkataan Parsi. Begitu juga mereka berdua yang banyak belajar. Kami terpaksa berhubung dengan Bahasa Inggeris. Pada minggu pertama mereka berdua kekok, kini genap sebulan Bahasa Inggeris mereka semakin meningkat. Samaneh Rahbarnia juga sudah banyak belajar bahasa melayu. Pantas minda gadis berusia 29 tahun ini. Regunya cik Ilham yang berusia 37 tahun, seorang pensyarah dan sudah tentu matang perlakuannya. Saya sudah memulakan illustrasi untuk buku cerita akhlak pula. Mereka sedikit menkagumi karya saya. begitu juga saya. Cik Ilham sehingga merakam gambar dilensa kameranya ketika saya menyiapkan karya saya. Sesungguhnya mereka adalah sahabat-sahabat yang baik.

Apabila pulang ke rumah, saya tak habis bercerita dengan isteri saya. Cik Ilham juga bertemu isteri dan anak saya. Begitu juga Ad yang sudah lama juga berkenalan tetapi tidak pernah bertemu dengan ahli keluarga saya. Syukur Allah menyusun segala sesuatu dengan Maha Kudrat dan Iradatnya.Saya tidak merasa tekanan sebaliknya ketenangan. Bila pulang saya akan menyibukkan diri dengan kerja-kerja lain. Saya juga tak lupa akan kerja-kerja muzik saya. NURAS kini semakin hampir selesai rakaman album baru yang berjudul 'Wisma rok n roll'. Saya pula sudah memikirkan karya NURAS yang mendatang. Dalam kotak fikir kini saya mahu NURAS lebih membawa muzikal dan lirik ke arah pencerahan akan datang. Ada timbul perkataan 'Madrasah hati'. Oh..mungkin panjang lagi perjalanannya. NURAS juga akan merakam video klip untuk single yang akan diedar ke seluruh stesen radio dan televisyen. Tak lupa karya itu juga akan dimuat naik di laman 'Youtube' sebagai kemudahan perkongsian yang rasanya sudah menjadi perkara wajib. Apa-apa pun kepada semua yang pernah memiliki karya-karya saya sebelum ini, terima kasih diucapkan. sama-sama kita berdoa agar berjaya di dunia dan akhirat.

Amin


Sabtu, Ogos 06, 2011

DARI TELOK GONG KE PULAU INDAH....

habis show....rehat kat booth.....Ein datang bawa cek..hahahaha....gambar ini dirakam ketika Ein masih lagi berada di dalam Dewan Hamid Tuah. Puan Ida Sri dan Kasih pun ada. Rangga dari Massacre By Fall ada juga hadir. lihat dalam gambar ni nun dihujung beliau sedang duduk sendirian sebelum join sembang-sembang petang bersama kami.

Mambo,Wie loco,Puan Ida Sri serta Kasih terus sahaja ke Pulau Indah petang itu.Nyaman juga suasana petang di sini.
Petang hari di jeti Pulau Indah...namyak sungguh orang memancing...banyak nya dapat ikan duri dan belanak.
Ada Uncle sedang menjala disini ..katanya menjala umpan untuk buat memancing sedang asyik menjala kami dikejutkan dengan kehadiran ular laut yang amat berbisa. Uncle terus kata "Bahaya woooo..." Mujur kehadirannya disedari.
Wie Loco menegur Uncle  "Apa dapat?" uncle jawab dengan ramah " Anak ikan belanak yang banyak maaa..."


Subhanallah...indahnya langit petang di Pulau Indah


Kenangan bersama. Wie Loco mengambil gambar famili Mambo yang masih kecil saiz nya. insyaAllah ada rezeki tambah anak lagi.hahahah....Ini kenangan di Pulau Indah setelah habis show NURAS bersama beberapa band-band bebas anjuran Drugs Free Youth Malaysia pada 16 hb 7 2011 yang lalu. Semoga bertemu lagi di Telok Gong dan gig-gig anjuran Drugs Free Youth yang lain. InsyaAllah.







KENANGAN DI TELOK GONG,KLANG....





16 HB 7 2011....BERLANGSUNG PROGRAM DRUGS FREE YOUTH DI TELOK GONG,KLANG....NURAS MELILAU JUGA MENCARI LOKASI GIG. AKHIRNYA BERTEMU JUGA DEWAN HAMID TUAH. NURAS ADALAH BAND KEDUA TERAKHIR MEMBUAT PERSEMBAHAN PADA PETANG ITU. SETIBA SAHAJA DI LOKASI TERUS SETTING DAN MAIN...SEHINGGA TAMAT 5 BUAH LAGU YANG MENAMPILKAN DUA LAGU BARU-'MUTHU THE LEGENDARY' DAN 'ADIK MAHU JADI GERGASI' KEDUA LAGU INI SEDANG DIRAKAM DI FYI STUDIO UNTUK DIMUAT DI DALAM MINI ALBUM NURAS YANG AKAN MENEMUI PEMINAT ROCK N ROLL/PUNK AWAL TAUN HADAPAN. 3 LAGU LAINNYA ADALAH DIPETIK DARI E.P 'COME TO US!!! THESE SONGS FOR EVERYONE.' SELESAI SAHAJA NURAS BERAKSI, SUASANA DIGAMATKAN PULA OLEH BAND STICK NO BILL....MERUPAKAN BAND TERAKHIR YANG MENAMATKAN KESELURUHAN ACARA GIG.TERIMA KASIH KEPADA EIN DAN SEMUA KREW DRUGS FREE YOUTH MALAYSIA. 

Selasa, Jun 21, 2011

MUSIM ORANG NAK KAWIN.....

 5.6.2011 Majlis Pertunangan adik Mie Mambo Aishah di Kampung Kati,Kuala Kangsar,Perak. Asyiknya Ashikin menangkap gambar bersama kakanya Aishah. Ashikin bila lagi?
 Lihat betul-betul....isteri Wie Loco...Rozie Ismail bersama cahaya mata terbaru mereka Damia Batrisya. Wah Wie Loco dah dua anaknya. Gambar ini dirakam ketika majlis pertunangan Aishah.
 11.6.2011 FRIM,Selayang,Selangor. Kelihatan Ida Sri (isteri Mie Mambo) dan anak Kasih Ramadhan bersama Siti (Y2K) di majlis perkahwinan Tommy Love (ROTTW).
Tommy Love menamatkan zaman anak daranya bersama pasangan pilihannya Samsul. Tahniah..Wah kawin ko ye..Tommy...

LENSA LEBUH SENI KUALA LUMPUR,DATARAN MERDEKA,KL

 EH...EH...COMELNYA ADIK KITA NI.PUASNYA BILA GAMBAR DAPAT DIKARIKATURKAN OLEH MIE MAMBO.
 TENGOK-TENGOK..JANGAN MALU-MALU....BELI BUKU...BUAT KARIKATUR..APA-APA SAJA DI BOOTH MIE MAMBO.
 SERONOKNYA..INI GELAGAT PELANGGAN DARI MENADO,INDONESIA...
 SATU LAGI POSE BAIK PUNYA DARI PELANGGAN DARI TENGGERANG,INDONESIA.
 AHA...SAUDARA MAN VIOLIST KUMPULAN FUSION GHAZAL TERKENAL TANAHAIR-DEWANGGA SAKTI TURUT DIKARIKATURKAN WAJAHNYA OLEH MIE MAMBO.
ASYIK NYA MELIHAT GAYA MIE MAMBO MELUKIS....

STEVE MOOSER, PRESIDEN SCBWI INTERNATIONAL DI BANGSAR,KUALA LUMPUR

 Steve Mooser diapit dua pelukis naive tanahair-Mie Mambo dan Yusof Gajah. Yusof Gajah adalah mentor bagi SCBWI Malaysia manakala Mie Mambo adalah Ahli Jawatan Kuasa SCBWI Malaysia yang berpusat di Bangsar Puteri,Bangsar,Kuala Lumpur.
 Steve Mooser bersama Mie Mambo-Pelukis catan naive,illustrator,komikus,kartunis,penulis dan pemuzik.Banyak perkara yang dibincang bersama semasa lawatan beliau ke Malaysia.
 Aha acara favorite!!! bergambar beramai-ramai SCBWI L.A bersama SCBWI Malaysia. Puan Ida Sri juga tak lepas peluang merakam gambar bersama.Eh..mana Mie Mambo?
 Aha adapun...Mie Mambo pula bergambar bersama. Kelihatan Puan Linda Tan Ming Luan (berbaju hitam) selaku presiden SCBWI Malaysia duduk di atas kerusi (3 dari kiri).Kenangan paling indah.Next time....SCBWI Malaysia pula akan ke Los Angeles.InsyaAllah!!!!
 Bersidang,bersantai sambil menjamu juadah ringan. Bukan senang Tuan Presiden nak mai Malaysia. Keseronokan tergambar di wajah masing-masing. Steve Mooser agak teruja mengetahui SCBWI Malaysia diwujudkan atas inisiatif beberapa individu yang mahukan karya-karya anak tempatan berada di persada antarabangsa. Terima kasih Linda Tan Ming Luan yang menjadikan SCBWI Malaysia satu realiti!!!
Kenangan Manis SCBWI Malaysia....pada 30 hb Mei 2011, Bangsar Puteri, Bangsar,Kuala Lumpur.

SCBWI (SOCIETY OF CHILDREN'S BOOK WRITER AND ILLUSTRATORS) bak kata Steve Mooser semasa kewujudannya di L.A, Amerika Syarikat 40 tahun yang lalu ibarat sarang sahaja.Kini persatuan yang menghimpun kan para karyawan dalam penerbitan serta penghasilan buku kanak-kanak berilustrasi ini berkembang ke serata dunia. Malaysia antaranya. 30 Mei tempohari menunjukkan komitmen SCBWI L.A ke Malaysia untuk memberi sokongan jitu agar persatuan ini terus mara dengan membawa bakat-bakat pelukis ilustrasi dan penulis buku kanak-kanak Malaysia ke tahap yang lebih tinggi lagi. Terima kasih juga kepada Tan Sri Lim Kok Wing yang sudi menjadi Penasihat SCBWI Malaysia.

Idea penubuhan SCBWI Malaysia datang dari Puan Linda Tan Ming Luan di Bangsar Puteri pada sekitar 2008. Seingat Mie Mambo, beliau berkali-kali menyatakan hasratnya tatkala pelukis itu sering berulang alik ke premisnya (pejabat dan kedai buku miliknya) di Bangsar Puteri. Bersama inisiatif beberapa rakan yang juga artis dan penulis seperti Sarah Joan Mokhtar menjadikan usaha beliau bertambah kuat. SCBWI pertama kali berhimpun di Lim Kok Wing University pada 2009. Mie Mambo dimasukkan dalam senarai committee member serta pelukis naive Yusof Gajah pula menjadi mentor. Perhimpunan tu juga turut disertai Shukri Edrus (Sang Gedembai), Kartunis Sireh (Apo), Emilia Yusof serta beberapa artis visual yang semakin meningkat naik.

Nyata usaha sesuatu itu perlu digarap semangat yang kuat. iron lady-Linda Tan Ming Luan perlu disokong usaha beliau. Pengalaman berkelana di Luar negara adalah faktor kuat di mana beliau melihat seni ilustrasi buku kanak-kanak membawa ruang lingkup seni dan bisness yang cukup besar. Keasingan perkara itu akan diterap secara berperingkat di Malaysia. Kepada para karyawan di luar sana...."YOU NEVER WALK ALONE..."

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG TUNKU (SKKT)







13 hb Jun 2011 bertempat di Sekolah Kebangsaan Kampung Tunku (SKKT),Petaling Jaya,Selangor. Mie Mambo dan isterinya Ida Sri mempromosi produk-produk mereka dari penerbitan buku-buku karya Mie Mambo, barangan kraf hasil kerja tangan Ida Sri, Karikatur  sehinggalah ceramah kerjaya pelukis dan penulis kepada para pelajar-pelajar SKKT tahap 2. Terima Kasih tak terhingga kepada Encik Jamal iaitu guru kaunseling SKKT atas kesudian menjemput Mie Mambo untuk program beliau. Terima kasih tak terhingga juga kepada semua guru-guru di SKKT,kakitangan,murid-murid serta Pakcik Kantin...Lain kali bertemu lagi...

Khamis, Mei 19, 2011

MAMBO di MANA-MANA!!!!

 30.4.2011 Lebuh Seni Kuala Lumpur bertempat di Dataran Merdeka. Eh...Wie Loco pun ada...aha ini lah booth Mie Mambo
 Hasil catan rare dari Mie Mambo dipamerkan di Lebuh Seni Kuala Lumpur. karya-karya ini tidak pernah dipamer kepada publik.
 Asyik nya Mambo menyiapkan lakaran karikatur....

 Ingat lagi Nurie.. yes..beliau juga ada buka booth di Lebuh Seni...Nurie pernah bersama Nuras pada tahun 2007 dan 2008 di dua posisi iaitu gitaris dan bassist. Nurie sudah berambut pendek. Apa yang mustahak beliau sangat maintain.
 Ada juga karya-karya catan koleksi Mie Mambo yang pernah dipamerkan turut dipamerkan di sini.

 Antara aksi para customer yang sedia wajah mereka dikarikaturkan oleh Mambo.
 15.5.2011 Columbia Asia Hospital, Seksyen 32, Shah Alam....Mambo dan big Bossnya Puan Ida Sri ke sana melakar karikatur serta promosi produk Mambo.
 Seronok melakar karikatur...sekali sekala untuk kepuasan diri dan paling manis kenangan yang boleh di frame lalu di gantung pada dinding rumah.



 Ini pula gaya karikatur yang dimahukan oleh keluarga Puan Isma dari Columbia Asia Hospital sendiri. Mereka mahu jadi super heroes....Super Family. Terima Kasih kepada Puan Isma kerana menjemput Mambo serta menyediakan satu tapak booth.

 En. Kumaresh.S staff Columbia Asia Hospital juga akhirnya melakarkan karikatur wajahnya.Sejak dari pagi...En. Kumaresh berulang alik ke booth Mambo.
 Dan...customer terakhir adik Dahlya yang melakar wajahnya. Waktu sudah menjenga jam 2.00 petang. Mambo tetap memberi yang terbaik!!!
 Big Boss Puan Ida Sri selepas bersiap dari Columbia Asia Hospital, beliau mahu pula melawat sekitar Bandaraya Shah Alam. mambo ikut sahaja. Puan Sri melawat ke Sudut Permata, Kompleks PKNS di mana premis ini pernah Mambo bekerja sambilan sebagai tukang cincin perak. Hanya staff premis yang melayan kami..Boss Pak Dahnil Sikumbang Mardani out station pula. Lain kali kami datang lagi.Lama tak jumpa Pak Dahnil.
 7.5.2011 HUKM Cheras....Mambo di sana juga melaksanakan jemputan Majlis Belia Kawasan Cheras untuk Karikatur nya.
 Kelihatan En. Omar setiausaha Majlis Belia Kawasan Cheras (berbaju hitam/oren) sedang asyik melihat Mambo melakar karikatur. terima kasih tak terhingga kepada beliau yang menjemput serta menyediakan booth untuk Mambo.
Selepas habis melakar di HUKM...Setiausaha Majlis Belia Kawasan Cheras, En. Omar mengajak pula ke rumah nya yang terletak di Kampung Tangki Air, Cheras. Mambo makan malam bersama keluarganya dan pelbagai isu dibincangkan. Seronok dapat bertemu keluarga beliau dan sangat mesra orangnya. Sekali lagi terima kasih dan budi beliau Mambo kenang sehingga bila-bila.