Jumlah Paparan Halaman

Khamis, Mei 19, 2011

MAMBO di MANA-MANA!!!!

 30.4.2011 Lebuh Seni Kuala Lumpur bertempat di Dataran Merdeka. Eh...Wie Loco pun ada...aha ini lah booth Mie Mambo
 Hasil catan rare dari Mie Mambo dipamerkan di Lebuh Seni Kuala Lumpur. karya-karya ini tidak pernah dipamer kepada publik.
 Asyik nya Mambo menyiapkan lakaran karikatur....

 Ingat lagi Nurie.. yes..beliau juga ada buka booth di Lebuh Seni...Nurie pernah bersama Nuras pada tahun 2007 dan 2008 di dua posisi iaitu gitaris dan bassist. Nurie sudah berambut pendek. Apa yang mustahak beliau sangat maintain.
 Ada juga karya-karya catan koleksi Mie Mambo yang pernah dipamerkan turut dipamerkan di sini.

 Antara aksi para customer yang sedia wajah mereka dikarikaturkan oleh Mambo.
 15.5.2011 Columbia Asia Hospital, Seksyen 32, Shah Alam....Mambo dan big Bossnya Puan Ida Sri ke sana melakar karikatur serta promosi produk Mambo.
 Seronok melakar karikatur...sekali sekala untuk kepuasan diri dan paling manis kenangan yang boleh di frame lalu di gantung pada dinding rumah.



 Ini pula gaya karikatur yang dimahukan oleh keluarga Puan Isma dari Columbia Asia Hospital sendiri. Mereka mahu jadi super heroes....Super Family. Terima Kasih kepada Puan Isma kerana menjemput Mambo serta menyediakan satu tapak booth.

 En. Kumaresh.S staff Columbia Asia Hospital juga akhirnya melakarkan karikatur wajahnya.Sejak dari pagi...En. Kumaresh berulang alik ke booth Mambo.
 Dan...customer terakhir adik Dahlya yang melakar wajahnya. Waktu sudah menjenga jam 2.00 petang. Mambo tetap memberi yang terbaik!!!
 Big Boss Puan Ida Sri selepas bersiap dari Columbia Asia Hospital, beliau mahu pula melawat sekitar Bandaraya Shah Alam. mambo ikut sahaja. Puan Sri melawat ke Sudut Permata, Kompleks PKNS di mana premis ini pernah Mambo bekerja sambilan sebagai tukang cincin perak. Hanya staff premis yang melayan kami..Boss Pak Dahnil Sikumbang Mardani out station pula. Lain kali kami datang lagi.Lama tak jumpa Pak Dahnil.
 7.5.2011 HUKM Cheras....Mambo di sana juga melaksanakan jemputan Majlis Belia Kawasan Cheras untuk Karikatur nya.
 Kelihatan En. Omar setiausaha Majlis Belia Kawasan Cheras (berbaju hitam/oren) sedang asyik melihat Mambo melakar karikatur. terima kasih tak terhingga kepada beliau yang menjemput serta menyediakan booth untuk Mambo.
Selepas habis melakar di HUKM...Setiausaha Majlis Belia Kawasan Cheras, En. Omar mengajak pula ke rumah nya yang terletak di Kampung Tangki Air, Cheras. Mambo makan malam bersama keluarganya dan pelbagai isu dibincangkan. Seronok dapat bertemu keluarga beliau dan sangat mesra orangnya. Sekali lagi terima kasih dan budi beliau Mambo kenang sehingga bila-bila.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

HEllo brader,


kat mana nak cari siri mambo jilid ke-5 tu eh?tajuk ANUGERAH.
Dah lama cari,tapi tak jumpa2 la bro.
haritu pergi pesta buku,tapi publisher al-ameen kata buku tu takde.
buku2 tu semua best ;D

I NEED TO READ THE LAST PART ;(

HELP ME PLEASE ;)

nur azmi mokhtar berkata...

Masyaalah....saudara/saudari yg bertanya...hendak menjawab bagaimana pun saya tak tahu. Kerana buku tersebut sangat sudah siap pada tahun 2007. Namun hingga ke hari ini ianya diam. bila saya pergi bertanya ke Al ameen...penerbit seolah tak mengendahkannya. Namun saya perjuangkan perkara ini sehingga ke hari ini. perjanjian sudah di sain, saya juga sudah mendapat advance royalti. Ada ura-ura siri komik tersebut akan diulang cetak. tetapi bila? saya baru-baru ini ke ofis penerbit ada 4 buku saya lambat diterbitkan. saya bertanya dan penerbit bersedia menerbit 2 daripadanya iaitu berjudul mira miracle dan din paranormal. dengan format yg baru. tak kisahlah..saya kalau ada apa-apa perubahan, saya boleh dibawa berbincang. Nampaknya pihak al ameen berminat semula utk meneruskan penerbitan karya-karya saya.

ada bermacam masalah antaranya siri mambo vol 5 itu tertangguh akibat dari kelewatan karyawan lain yg punyai nama besar dlm menyiap karya mereka. Saya yg sudah siap dgn jaya terpalit kerana sikap salah seorang karyawan yg sehingga hari ini tak dengar cerita. padahal advance royalti sudah dapat...hanya kerana karyanya tergendala...saya punya juga tergendala..padahal saya sudah siapkannya. manuskrip asalnya juga ada dlm simpanan saya. maaf beribu maaf kepada yg bertanya. kehampaan anda mewakili juga kehampaaan beberapa individu yg dilemma yg sama. sampai segan saya nak menjawab.

apa-apa pun saya terus memperjuangkan karya saya utk diterbitkan.

hari ini saya dgn beberapa penerbit lain yg menyatakan komitmen mereka utk menerbit karya-karya lain. saya sudah bersedia dan akan menyediakan perjanjian sendiri.

terima kasih atas perhatian anda