Steve Mooser diapit dua pelukis naive tanahair-Mie Mambo dan Yusof Gajah. Yusof Gajah adalah mentor bagi SCBWI Malaysia manakala Mie Mambo adalah Ahli Jawatan Kuasa SCBWI Malaysia yang berpusat di Bangsar Puteri,Bangsar,Kuala Lumpur.
Steve Mooser bersama Mie Mambo-Pelukis catan naive,illustrator,komikus,kartunis,penulis dan pemuzik.Banyak perkara yang dibincang bersama semasa lawatan beliau ke Malaysia.
Aha acara favorite!!! bergambar beramai-ramai SCBWI L.A bersama SCBWI Malaysia. Puan Ida Sri juga tak lepas peluang merakam gambar bersama.Eh..mana Mie Mambo?
Aha adapun...Mie Mambo pula bergambar bersama. Kelihatan Puan Linda Tan Ming Luan (berbaju hitam) selaku presiden SCBWI Malaysia duduk di atas kerusi (3 dari kiri).Kenangan paling indah.Next time....SCBWI Malaysia pula akan ke Los Angeles.InsyaAllah!!!!
Bersidang,bersantai sambil menjamu juadah ringan. Bukan senang Tuan Presiden nak mai Malaysia. Keseronokan tergambar di wajah masing-masing. Steve Mooser agak teruja mengetahui SCBWI Malaysia diwujudkan atas inisiatif beberapa individu yang mahukan karya-karya anak tempatan berada di persada antarabangsa. Terima kasih Linda Tan Ming Luan yang menjadikan SCBWI Malaysia satu realiti!!!
Kenangan Manis SCBWI Malaysia....pada 30 hb Mei 2011, Bangsar Puteri, Bangsar,Kuala Lumpur.
SCBWI (SOCIETY OF CHILDREN'S BOOK WRITER AND ILLUSTRATORS) bak kata Steve Mooser semasa kewujudannya di L.A, Amerika Syarikat 40 tahun yang lalu ibarat sarang sahaja.Kini persatuan yang menghimpun kan para karyawan dalam penerbitan serta penghasilan buku kanak-kanak berilustrasi ini berkembang ke serata dunia. Malaysia antaranya. 30 Mei tempohari menunjukkan komitmen SCBWI L.A ke Malaysia untuk memberi sokongan jitu agar persatuan ini terus mara dengan membawa bakat-bakat pelukis ilustrasi dan penulis buku kanak-kanak Malaysia ke tahap yang lebih tinggi lagi. Terima kasih juga kepada Tan Sri Lim Kok Wing yang sudi menjadi Penasihat SCBWI Malaysia.
Idea penubuhan SCBWI Malaysia datang dari Puan Linda Tan Ming Luan di Bangsar Puteri pada sekitar 2008. Seingat Mie Mambo, beliau berkali-kali menyatakan hasratnya tatkala pelukis itu sering berulang alik ke premisnya (pejabat dan kedai buku miliknya) di Bangsar Puteri. Bersama inisiatif beberapa rakan yang juga artis dan penulis seperti Sarah Joan Mokhtar menjadikan usaha beliau bertambah kuat. SCBWI pertama kali berhimpun di Lim Kok Wing University pada 2009. Mie Mambo dimasukkan dalam senarai committee member serta pelukis naive Yusof Gajah pula menjadi mentor. Perhimpunan tu juga turut disertai Shukri Edrus (Sang Gedembai), Kartunis Sireh (Apo), Emilia Yusof serta beberapa artis visual yang semakin meningkat naik.
Nyata usaha sesuatu itu perlu digarap semangat yang kuat. iron lady-Linda Tan Ming Luan perlu disokong usaha beliau. Pengalaman berkelana di Luar negara adalah faktor kuat di mana beliau melihat seni ilustrasi buku kanak-kanak membawa ruang lingkup seni dan bisness yang cukup besar. Keasingan perkara itu akan diterap secara berperingkat di Malaysia. Kepada para karyawan di luar sana...."YOU NEVER WALK ALONE..."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan