Hari isnin saya ambil kesempatan jalan-jalan ke Zoo Negara. Isteri saya,Ida Sri kata kesian Kasih bosan asyik main kat dalam rumah aje. Jadi saya tanya mana mahu pergi? ingat-ingat balik, kalau ke Zoo best jugak. Memang Kasih anak kami seronok tak terhingga. Bahagia kami ibu-bapanya melihat gelagat Kasih yang tak diam mulut menegur setiap haiwan-haiwan yang ditemui.
Ada macam-macam binatang kat sini. Tapi sebahagian saja kami dapat 'snap' dengan baik gambar mereka. Maklumlah setengah haiwan tu agak pemalu. Ada juga haiwan yang kami terpaksa intai untuk menontonnya. Dari pukul 11 pagi sampailah tutup Zoo kami lepak kat dalam. Ada haiwan yang ketika tengahari suka tidur saja. Macam kongkang (Slow Loris), yang kami nampak hanya bebola berbulu yang aman beradu. Kongkang akan menggulung badannya seperti sebiji bola bila tidur.
Part paling menarik di bahagian reptilia dan amfibia. Kami ada merakam gambar tetapi haiwan-haiwan tu 'nokturnal'. Tak aktif sangat waktu siang. Sama saja, mereka beradu dengan aman. Ada jugak haiwan yang mengejutkan seperti kura-kura leher panjang, besar tapi dia lebih suka berendam dalam air denga kawan-kawan buayanya. Ada seekor buaya jenjulung tu 'splash' air sampai terpercik ke arah kami. Macam aktif, tapi beberapa minit dia menyelam ke dasar kolam langsung nampak bayang-bayang aje.
Kami tak naik tren atau bas khas untuk meneroka ruang zoo. kami hanya jalan kaki. ia memenatkan tetapi puas. Sayapun dah lama tak bersenam, elok juga kempiskan sikit perut ni yang dah semakin maju tanpa belas kasihan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan