Jom kita tengok gambar-gambar haiwan-haiwan menari di Zoo Negara!!!!!!!
Ini gambar mie mambo bersama kak Pah dan rakan-rakan. tengok tu mesranya kak Pah dengan keluarganya. Mie Mambo pula tak dapat meng'cover' saiz perutnya yang semakin maju ke hadapan.
Seronoknya dapat bergambar dengan gajah.Ini spesis gajah asia atau gajah india. Telinganya kecil sedikit dari gajah Afrika.
A Ini Harimau Sumatera. Gagahnya haiwan ni. Cuma saiznya kecil sedikit dari Harimau Malaya. Mundar-mandir sana-sini.Aummmmmmm!!!!!!!
Ini namanya Capybara. haiwan ni diam di Amerika Selatan. Di sana ada gelaran glamer iaitu 'Swarm-hog'. Mereka satu keluarga dengan tikus,arnab,landak dan tupai. Maknanya dalam spesis Rodent.
Gembira dan bahagia bila dapat bawa anak jalan-jalan. Ini di bahagian taman rama-rama Zoo Negara. Banyak rama-rama di sini. Gambar ni kami diapit dua replika rama-rama gergasi. Jangan takut diorang tak menggigit.
Ini Unta banyak baik. Bila kami dekat dia datang rapat. pukul kamera dia kasi posing. Wah...kasih pun teruja.
Kasih Ramadhan asyik benar melihat betapa meriahnya Flamingo di kolam. Ada dua jenis Flamingo dalam gambar ni. Satu Great flamingo (warna putih) dan Caribean Flamingo (merah jambu).
Banyak jenisan buaya yang mencari mangsa. Ha ini satu spesis buaya unik.Berkunjunglah ke Zoo Negara. Ini buaya kerdil namanya. Asalnya dari benua Afrika. Amboi brader...sedap berendam nampak. Ye lah cuacakan panas. "GLOBAL WARMING"
Kura-kura pun suka bergambar. Tengok betapa kamcingnya mereka tatkala lensa kamera menghala ke arah mereka.
WAH!!!Besarnya ikan tapah kat akuarium Zoo Negara. Ingat tak lagenda orang Tapah terutama keturunan Pak Kaduk (ya pak Kaduk yang main laga ayam tu sampai tinggal songkok aje.). Ini lah rupa ikan tapah yang sama spesisnya dengan patin. Satu keluarga dengan jenis ikan keli atau baung (catfish).
WAH!!!Besarnya ikan tapah kat akuarium Zoo Negara. Ingat tak lagenda orang Tapah terutama keturunan Pak Kaduk (ya pak Kaduk yang main laga ayam tu sampai tinggal songkok aje.). Ini lah rupa ikan tapah yang sama spesisnya dengan patin. Satu keluarga dengan jenis ikan keli atau baung (catfish).
1 ulasan:
jom lawat blog ikan keli...
Catat Ulasan