Baru-baru ni.Baca entry ni, semalam ye 22.07.2010 bertempat di Dewan Persidangan perbadanan Putrajaya. Mie Mambo bertemu anak-anak dari beberapa buah tadika sekitar Putrajaya untuk program Melukis Bersama Abang Mie Mambo. tapi Mie Mambo suka jika dipanggil Uncle pasal beliau sekarang dah 30-an,dah tue yop!!! Program ini dianjurkan oleh pihak Perpustakaan Putrajaya sempena menyambut Bulan Membaca 2010. Pihak perpustakaan Putrajaya juga membeli siri buku aktiviti Mie Mambo terbaru-'Aktif' anak cergas dan cerdas' dah beli ke buku tu? Nak tau lawatilah www.ameenbooks.com.my, boleh pesan terus melalui borang langganan online. Maklumat berkenaan perpustakaan Putrajaya pula boleh la layari www.ppj.gov.my Semekom anak-anak...hari ni uncle nak sesape yang pandai melukis gambor kambing silalah tampil ke hadapan. Uncle nak seploh orang lukis gambar kambing, tige yang paling ramai undian, dapat hadiah best.
Ha..tadi nak lukis sangat...apa tengok Uncle macam tu..Lukis la nanti dapat hadiah tau.
Siapa minat nak melukis? nanti uncle belanja makan eskrim besar buah tembikai.
Siapa lagi mau lukis gambar kambing???? Wah ramainye nak melukis. Syok melukis ni yop!!!!
Tu dia anak-anak dari beberapa tadika di Putrajaya...semua berebut nak lukis gambar kambing.Pening Mie Mambo memilihnya.
Ha...ini dia dengan tangan kiri ajer...melukis kambing. apa ke jenis kambing adik lukis ni?
Antara pemenang undian kambing paling disukai ramai. Adik ni dianugerahkan Mie Mambo dengan buku terbaru terbitan Galeri Petronas- My Space Mission.
Inilah hasil kreativiti anak-anak kita. Macam-macam jenis kambing diorang lukis.
Timbalan Pengarah Perpustakaan Putrajaya-Pn.Nornie menyampaikan cenderahati pada teman program Melukis bersama Mie Mambo.
Eh..Encik Mie Mambo, isteri Encik tangkap gambar kita la...terpaksa saya kaber perut saya yang comel nih.
Puan Sri bersama penganjur acara Puan Nornie-Timbalan Pengarah Perpustakaan Putrajaya.
Puan Sri kite sengih tak terkate bile gambornye teman abadikan sebagai kenangan di Putrajaya.
Sri termenung di tepi tasik..ada ikan kaloi besar dalam tasik ni.Cam geram je teman nak menangkapnye. kalau dapat goreng...eh...pak arab tu ternampak Unta air, terkezut beliau!!!
Dari jauh teman dengan Sri menengok..macam kenal je.bile pegi dekat..rupe-rupenye Eddie,kawan lama kat Pasar Budaya dulu. Masih rasta rambutnye.Cuba nak kayuh KMX tapi badan tu besor bebenor..jadi tak jadi le teman nak mengayuhnye jejauh. bini teman sempat menangkap gambor ni mase nak cube-cube mengayuh tu. Iskh..haruskah teman menguruskan badan?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan