Refleksi yang menjadi hidangan idea "Kasih dan Awang: Hikayat Cinta Purbakala". Jika anda mengenali nama-nama seperti yang tertera di atas beserta imej yang menjadi paparan. Anda mungkin bersetuju tentang satu perkataan yang menggambarkan keseluruhan peribadi mereka iaitu "ZALIM"!! Bagaimanapun di sebalik karektor yang berbeza, tersimpan pelbagai karenah lucu, tak sangka dan macam-macam lagi. Bayangkan orang seperti Hitler atau mesra dengan panggilan Fuhrer di kalangan pengikutnya merupakan seorang designer. Beliau yang mereka segala rekaan berkait logo dan uniform parti Nazi. Fakta kekejaman beliau adalah membunuh 5 juta yahudi diseluruh Eropah.ketamakan, kerakusan menjatuhkan dirinya. fuhrer telah menembak dirinya sendiri setelah German tewas di tangan Russia dalam penghujung perang dunia ke-2.Tokoh lain spt. Idi Amin yang dikatakan karnivor!Presiden Uganda tersebut di samping barbarik, beliau juga seorang yang high confident dan suka berjenaka. Orang akan ketawa bila mendengar hujah dan ceramahnya. Menarik bukan!Bush yang menerajui U.S.A seorang kuku besi millenium ini dibenci ramai. tetapi tidak menggugat kuasa dan pengaruh Budaya negaranya.Bagitu sedikit cerita yang boleh dikongsi dengan pembaca. Dan inspirasi ini semua dicetus secara humor dan leluchon melalui novel grafik ke-2 saya.
MALAYSIA'S PREMIER GRAPHIC NOVELIST, BEST ILLUSTRATOR, 'NAIVE' PAINTING ARTIST,AGGRESSIVE MURALIST, FASTEST CARICATURIST, HUMOROUS WRITER,INDIE-SONGWRITER, LYRICIST AND A PUNK ROCK VOCALIST. THIS IS A MAN CALLED MIE MAMBO!!!!!
Jumlah Paparan Halaman
Jumaat, Julai 27, 2007
Kuku Besi! Barbaric!Rejimisme!
Refleksi yang menjadi hidangan idea "Kasih dan Awang: Hikayat Cinta Purbakala". Jika anda mengenali nama-nama seperti yang tertera di atas beserta imej yang menjadi paparan. Anda mungkin bersetuju tentang satu perkataan yang menggambarkan keseluruhan peribadi mereka iaitu "ZALIM"!! Bagaimanapun di sebalik karektor yang berbeza, tersimpan pelbagai karenah lucu, tak sangka dan macam-macam lagi. Bayangkan orang seperti Hitler atau mesra dengan panggilan Fuhrer di kalangan pengikutnya merupakan seorang designer. Beliau yang mereka segala rekaan berkait logo dan uniform parti Nazi. Fakta kekejaman beliau adalah membunuh 5 juta yahudi diseluruh Eropah.ketamakan, kerakusan menjatuhkan dirinya. fuhrer telah menembak dirinya sendiri setelah German tewas di tangan Russia dalam penghujung perang dunia ke-2.Tokoh lain spt. Idi Amin yang dikatakan karnivor!Presiden Uganda tersebut di samping barbarik, beliau juga seorang yang high confident dan suka berjenaka. Orang akan ketawa bila mendengar hujah dan ceramahnya. Menarik bukan!Bush yang menerajui U.S.A seorang kuku besi millenium ini dibenci ramai. tetapi tidak menggugat kuasa dan pengaruh Budaya negaranya.Bagitu sedikit cerita yang boleh dikongsi dengan pembaca. Dan inspirasi ini semua dicetus secara humor dan leluchon melalui novel grafik ke-2 saya.
Khamis, Julai 26, 2007
Kasih dan Awang Revisited Entry!!
"Kasih dan Awang : Hikayat Cinta purbakala" avialable at MPH,Kinokuniya,POPULAR BOOKSTORE, Rhytmn Bookstore and Mynews Malaysianwide.
Mambo di Kuale!!, Nur Azmi's 1st long length comic.
Finally after a few adventurous journey, The book entitled " Kasih dan Awang: Hikayat Cinta purbakala" now had heat enoughly. The second graphic novel by the young multi-talented artist- Nur Azmi realesed with extra spices of the presentation. It is considered a political satire. new product by a new breath. What's inside this little cutie pocket sized book? You may to try or could to have one. Then... you judge!!
"Novel Grafik ini memberi nafas ceria kepada satira politik kehidupan melalui naratif visual dan teks yang menarik." - Aie (Shaari Sulong, comic artist/writer)
Sabtu, Julai 21, 2007
Besederhana dalam kehidupan seniman sepenuh masa.
Entry kali ini menyentuh persoalan kerjaya seniman yang banyak sungguh cabaran dan dugaannya. Selama lima tahun bergelar karyawan sepenuh masa, saya didatangi dugaan yang bukan main hebat lagi. Pujukan saudara mara yang mahu lihat saya bekerja. ada baru-baru ini memujuk saya untuk berkerja di bank. hairan, saya graduan seni bagaimana mahu jadi manager bank. ok, mungkin tidak mustahil tetapi sedarkah mereka bahawa saya ini sedang berkerja. Office saya di rumah dan saya sendiri punyai seorang P.R yang mengurusi urusan pameran serta jualan karya-karya saya. Iya saya tida punyai kereta mewah dan rumah besar dan bagak. Saya hanya menetap di rumah pangsa dua bilik dan di situ saya berkarya. Saya juga cukup makan, pakai dan belanja setiap hari dan bulan. Saya juga membeli polisi insuran untuk perlindungan di waktu sesak dan sukar. Saya telah menerbitkan buku-buku dan memperoleh kerja-kerja yang banyak setiap bulan. Wang yang diterima walaupun tak semewah bisnessman gergasi tetapi cukup menampung saya. Saya juga belajar berjimat. antaranya saya kini dalam proses membuang tabiat merokok saya. Nasihat doktor kepada saya agar saya berhenti berperingkat. kesihatan saya tika ini juga Alhamdulillah..tiada penyakit kronik. jadi sebelum kena, baik cegah!!!
Iya saya kelihatan seperti tidak berkerja. Orang lain sibuk 9 to 5. Saya boleh bersantai di tepi pantai, kamping, melancong dan bercuti di kampung. Mana dapat duit? Kerja lah. Walaupun seperti bercuti, lap top tua saya masih beroperasi dengan kerja. tangan saya melakar idea dan membuang nya ke muka kanvas, kertas dan board. tidak pernah berhenti dan saya juga masih mencari connection melalui jalan internet. Masih lagi sebilangan pemerhati yang kerjanya tiada lain mencari cacat cela orang walaupun kita tidak menganggu mereka.
Ruang rumah siang tadi sebelum entry ini ditaip menjadi bahan kajian antara saya dan tunang saya. tunang saya memberi cadangan agar selepas kami bernikah nanti, ruang rumah yang banyak barang diubahsuai. Perlu P.C sebuah, mesin fax dan printer yang multi print. Ruang studio perlu disusun atur dengan rapi. Ini memandangkan hari pernikahan saya yang semakin hampir.
Saya benar-benar belajar bagaimana mengatur hidup sebagai seniman sepenuh masa. Belanja dapur, bayaran bil-bil bulanan saya perlu ambil kira. Saya sediakan satu buku kecil untuk merancang segala wang keluar dan masuk saya. Saya perlu mengurus secara bijak dan wajib mengutamakan keperluan penting serta perlu sahaja. ikut kemampuan dengan mengambil kira pendapatan kita. bukan tidak boleh bermewah tetapi beringat. Sekali-sekala bermewah apa salahnya. tetapi ingat-ingat masa susah kita nanti..langit tidak selalunya cerah!
Selasa, Julai 17, 2007
Joint sekarang!!!
Forum "Bogel" untuk info baru dibuka ruangnya oleh Nur Azmi a.k.a mie nuras. Tujuan ruang ini bukan mahu menghentam tetapi sebagai ruang analisa, berfikir serta berkongsi idea. Jauhkan dari sebarang komen yang menyentuh sensitiviti agama, kaum dan individu yang terlampau. kita pergi kepada basicnya ilmu bukan emosional tak terkawal. harap semuanya dapat bersama meluah, memberi komen dan pandangan serta buah fikir yang baik. Terima kasih...
Nuras sekarang " one man show band!!"
Asmawi Mohter anggota kumpulan Nuras mengambil keputusan untuk menumpukan perniagaannya di Perak. Ini telah menempatkan Nuras dalam situasi serba tak kena. Saya terpaksa meneruskan band seorang diri. Masih lagi Wan Hafizi dari daily Metro menjadi antara tenaga Nuras dalam produksi. Wan Hafizi berubah posisi dari bass kepada gitar utama. Salah seorang rakan yang dikenali sebagai Uda akan mengiringi Nuras sebagai bassist ketika persembahan live. Redwa tetap di posisi drums. Hanya saya sahaja kini teraju utama Nuras yang nampaknya berubah arah sedikit direksi musiknya. E.P yang tertangguh akan diteruskan, dengan konsep punk/folk/alternative ( sila rujuk www.myspace.com/nurasite). Empat trek akan menjadi konten e.P yang agak rendah Budgetnya tetapi berkualiti. pre-productionnya sudah bermula ketika Asmawi masih bersama di Dhabooka Studia, setiawangsa. Cin sebagai Engineer akan terus berkhidmat untuk Nuras. e.P yang diberi judul "NutRawkAuthenticSpices" masih belum dijadualkan dalam pasaran.
Apakah ini bencana?!
Seperti yang diketahui ramai sejak beberapa tahun yang lalu, televisyen Malaysia telah diserang dengan rancangan realiti tv. Pengaruh ledakan kejayaan realiti tv barat telah membawa kepada kelahiran siaran lokal. bermula dari beberapa nama seperti akedemi Fantasia (Af), mentor, malaysian Idol (???), audition dan etc...
sambutan diterima merasuk ke segenap lapisan. Semua orang suka. Macam-macam! pakcik dan makcik, datuk dan nenek, budak kecil, baby, remaja, orang dewasa, muda-mudi, cikgu sekolah, pelajar IPT, cendiakawan, koporat (ini fasal $), yang kaya, yang miskin, yang sekolah, yang tak sekolah, yang alim, tak alim, ustaz, ustazah, paderi (op..tak pasti!!) dan sewaktu dengannya.
Kita dihidang siang malam pagi petang. di astro kita dapat lihat betapa berulang alik tayangannya dalam. Tetapi tetap menjadi bahan tontonan. Menangis, perah tisu dan sapu tangan di hadapan tv. Sedih melihat peserta yang tersingkir. Auwww!!! Kesian!!!
Tapi cuba kita tanya kepada diri sendiri:
1. Adakah kita menangis melihat kebuluran di Eutopia?
2. Adakah kita menangis dan sedih melihat mangsa perang Lubnan? Palestine<
3. Adakah kita menangis melihat kaum miskin yang lapar dan tak makan?
4. Adakah kita menangis bila membaca riwayat para Rasul dan Anbiya? Rasul dicerca, Muhammad dikatakan gila! Musa mahu dibunuh! Isa diseksa pengikutnya sendiri!Adam yang terpisah dengan Hawa, tiada pakaian di dalam gelap hampir 250 tahun terpisah!mereka bertemu dan menangis. Betapa tragisnya cinta mereka, tetapi kita lebih senang menangis bila menonton ' Winter sonata".
Apakah ini bala? Bencana yang bakal melanda? Kita akan menyusur jalan seperti orang-orang barat-Maju tetapi dibelenggu masaalah menggunung, melangit. Sakit dan psyko? Bunuh berbunuhan? anak berzina dengan darah daging sendiri!dan macam-macam lagi.
kes mat rempit masih berlegar, kes remaja lelaki melayu yang gian dan khayal dadah masih lagi berleluasa. Tapi kita semua ditamu dengan hiburan yang asyik. Kita dibuai oleh artis palsu, seniman palsu dan ikon palsu yang sebenarnya lebih mementingkan duit dan kekayaan. Kita hantar sms, tetapi dalam tak sedar kredit kita habis. Yang bertambah kaya B#$%%^ tu jugak. Hingga saya dengar sendiri dari salah seorang saudara saya, " Tak payah belajar tinggi-tinggi, bukannya dapat kerjapun. kalau boleh nyanyi masuk Af, habis cerita, kaya!!"
Dan lagi pesanan salah seorang saudara kepada adik perempuan saya:
" awak muka cantik carilah jodoh datuk ke, kerabat di raja ke. Yang penting boleh bagi duit shopping koman-koman seribu, cukuplah!"
Apa pandangan pembaca entry ini dengan apa yang saya paparkan?
Pandangan peribadi saya, kita masih dalam peredaran. di barat, masyarakat sudah beredar lama dalam era moden dan global. Kita masih ketinggalan. bila datang benda baru, kita kemaruk. Kita jadi macam kera dapat bunga. Pendek kata kita "culture shock". hingga kita sudah berani merendahkan ilmu demi menyanjung budaya hendonisme yang dicipta.
Kita juga (terutamanya melayu) masih lagi terawang-awang. Kita tidak kenal lagi usul kita. Kita jauh dari akar bangsa kita. sudah tidak mengaku kita ini jawa, bugis, minang, atau sebagainya. Kita kutuk orang kita panggil "boyan". Betapa kita sendiri menghina usul dan galur kita sendiri. Manusia melayu..insaflah! Sampai bila kita mahu dipandang sebagai bodoh,dungu, perasan, syok sendiri, pemalas, tak berdaya saing, tak maju dan perosak? Sampai bila?!
Waktu anak-anak dan bukan anak-anak bukan melayu berlumba dalam variasi bidang, kita hanya cemerlang dalam satu bidang sahaja, HIBURAN!!!
-entry ini akan bersambungan.....
Isnin, Julai 16, 2007
Nur Azmi a.k.a mie nuras: Bercakap apa itu revolusi/evolusi/reformasi perlu dalam diri Karyawan.
Selama berkerja dalam erti kata lainnya saya menetapkan karier sebagai seorang pelukis, kartunis, penulis dan pemusik bebas, tiba masa dirasakan untuk berkongsi sebanyak mana info dan buah fikir. Adapun segala luah dan kata-kata sebenarnya digarap secara mentah serta tidak di 'edit' secara sistematik. Ianya pandangan bogel seniman yang digarap secara kolektif.
Beberapa pendapat serta pandangan terkumpul tentang apa yang ditajukkan dalam entry kali ini:
1)Karyawan perlukan reformasi. bukan politik tetapi produktiviti. Kebebasan yang tidak disekat oleh kepala-kepala (XXXXXX)!!
- Nur Janggut sari, artis grafik/animator
2) Sangat luas...penuh makna dengan maksud ketiga-tiga perkataan/istilah- evolusi,revolusi dan reformasi. Karyawan sebenarnya masih dalam peredaran (di negara ini). Faktor edukasi antara terpenting bukannya tinggi mana dia belajar!
- Lokat ( http://www.lokat.org/)
3) Karyawan Malaysia harus progressif,inovatif bukan pasif dan mengharap sponsor. Buang subkultur bosan dan menyesatkan. Komuniti bukan berarti duduk dalam satu kelompok melepak tetapi produktiviti.
- Shohibul Adzreen
Di atas beberapa testimoni berkenaan tajuk yang cuba saya ketengahkan. Memandangkan perihal artis miskin, hidup susah dan tak boleh cari makan sebenarnya lapuk dan menjengkelkan. Tetapi itulah benda-benda yang selalu kita dengar dan tak lekang dalam majoriti masyarakat kita. Soal seni dipandang dalam persepsi yang sempit. Istilah keramat, 'Artis' dirujuk kepada kelompok terhad seperti penyanyi, selebriti dan pelakon di negara ini. Ini menimbulkan tanda soal yang BESAR gila dalam kotak fikir kita, Di mana peranan pendokong seni? peranan guru-guru seni? pensyarah? aktivist?dan lain-lain jenisan kelompok.
Artis atau artisan mempunyai definisi berbeda. Artis sebenarnya diambil dari perkataan art atau arts. Ia merujuk ke arah perkara yang melibatkan kreativiti serta artistikal. di Universiti kita jumpa banyak fakulti seni. di luar kita jumpa kolej seni dan banyak lagi yang bernama akedemi seni. di sekolah kita jumpa pendidikan seni. Namun apakah semua ini cukup untuk membantu survival seniman atau penggerak seni. Hal ini berkait secara total di mana apa peranan badan-badan, pihak berwajib ataupun penggiat.
Okey kita tinggalkan subjek yang memeningkan kepala lutut, tengkorak. Kita cuba teliti dan mentelaah soalnya kepada peranan seniman atau karyawan. soal yang BESAR ini perlu didalami seniman dalam meneruskan survivalnya. Bagaimana pendapat anda??
Kepada seniman/karyawan apakah berbaloi usaha yang selama ini dibuat? berbaloikah hidup sebagai seniman sepenuh masa sedangkan bangun tidurnya bukan tengahhari etapi petang hari. Atau melepak di warung bersama teman-teman di Pasar Budaya?Bikin projek siapnya lewat?
bagi saya ini semua adalah musuh. dan kita pula bila berlaku perihal begini sering menunding jari salah orang itu dan salah orang ini. Kita kata bahawa masyarakat tidak faham seni, buta seni, tak faham proses.
Apa pendapat anda???
_Kolum ini akan bersambungan....
Langgan:
Catatan (Atom)