

Pameran ini mengundang masyarakat Malaysia suatu pandangan ke dalam dunia ilustrasi buku bergambar kanak-kanak melalui penerokaan mempesonakan yang membawa para pengunjung ke suatu tempat yang dinamik, umpama mimpi dan menawan, dengan 10 cerita-cerita khusus Malaysia disampaikan melalui pelbagai gaya berbeza. Seraya menjanjikan habuan visual untuk para pengunjung daripada semua peringkat, pameran ini juga bertujuan mengangkat kedudukan ilustrasi buku bergambar Malaysia kepada suatu bentuk seni yang serius, berasaskan peranannya dalam perkembangan lanskap seni Malaysia.
Suatu aspek pameran yang unik adalah penonjolan contoh-contoh proses menunjukkan seluruh proses kreatif para pengilustrasi dalam menerbitkan buku-buku bergambar. Perkongsian di sebalik tabir contoh-contoh lakaran awal dan papan cerita yang jarang dilakukan ditunjukkan dalam fasa pembentukan. Bukan hanya sekadar paparan visual ilustrasi muktamad, pameran ini juga menawarkan kepada para pengunjung muda suatu kemungkinan dunia media yang lain mengandungi cat air, cat minyak, akrilik, cetakan blok kayu, papan lakaran, kolaj, dakwat dan lukisan pensil. Matlamatnya adalah untuk menggalakkan pemahaman penerokaan para pengilustrasi ke dalam dunia pertuturan dan gambaran kanak-kanak, serta memberikan cara berkesan bagi berhubung dengan masyarakat umum tentang seni buku bergambar.
15 Julai 2010







