Bermula dengan aksi 'pecah telur'
Demam PRU 13 mempengaruhi permintaan pelanggan.
Oh Farah...(di atas permintaan bakal suaminya yang baik hati orangnya)
Adik Amir Darwish dengan aksi jaguh badmintonnya. Katanya mahu menjadi jaguh badminton...amin
Cik Elly Suriani yang serius sepanjang Mie mambo menghasilkan karikatur wajahnya. Sejenak selepas habis Mie Mambo menghabiskan karikaturnya, Elly terus berkata-"Comelnya saya..." diikuti gelak tawanya. Tuyuk (Firdaus Husain) lantas berkata-" Baru dia gelak..hahahaha". Pastinya Cik Elly Suriani kita comel orangnya.
Marlieda kata dia gemuk.Oh tidak! Cik Marlieda kita ini 'chubby' sahaja. Gambar ini menunjukkan senyum berlesung pipitnya yang menawan hati.
Brader kita ni (dari Persada Plus) sedang mengira hasil mahsul kutipan karikatur.Tuyuk dan Bryan Adam Ahmad sedang melayan adik-adik kita yang comel-comel ni.
Karya Mie mambo yang turut dijual...
Meja "Karikatur Corner" yang berselerak dengan peralatan lukisan..
Ada persembahan muzik juga. Oh..saya pula gian nak ke pentas..Persembahan dari para staff Pluss. Semua mereka punyai bakat yang terbaik. Mutu nyanyian dan permainan yang buat saya kata-" Wah..mereka profesional"
Deretan gerai yangs empat dirakam.Gerai Karikatur Corner.
Secara jujurnya saya tak tahu langsung apakah tema dan nama acara yang sedang berlangsung ini. bermula seawal jam 9 pagi bertempat di Kompleks Menara Korporat Persada Plus,Subang. Saya (Mie Mambo), Tuyuk (Firdaus Husain) dan Bryan Adam Ahmad (BABA) terus menyediakan khidmat lukisan karikatur kami sehingga acara yang digelar "Cheer For Charity" ini tamat pada jam 3.00 petang. Hasil yang menyeronokkan serta keramahan para tenaga kerja Pluss tidak kira apapun cakupan kerja membuatkan kami berasa seperti berada di rumah sendiri. Pluss sebuah syarikat yang sinonim dengan tol adalah terbesar di Malaysia. Lebih 90% para pekerja dan penjawat mereka adalah kalangan bumiputera. Terima Kasih tidak terhingga kepada pihak Pluss yang menjemput kami untuk berniagakan bakat kami di acara penuh meriah ini. Satu lagi saya melihat kompleks Menara Korporat Persada Pluss ini sangat cantik tempatnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan