Jumlah Paparan Halaman

Ahad, April 28, 2013

T-shirt painting ..today's the day to showing the results





These pictures may tell hundreds of stories

Muiz my young collector from Universiti Malaya.

Hafiz, Muiz and Acap a three U.M students came to my house in April 28th. Muiz came and bought my new painting entitled 'In memory- Aku,Lili dan Gajah Biru 2013' .
 Gifts from Mie Mambo to Muiz, Hafiz and Acap.  Mie Mambo sketch the caricatures
A young and handsome young man, Muiz came to my house late evening then my new artwork. This is a very memorable moment for me (Mie Mambo) and family. Lately, i spent my times every Sunday to make paintings. After a few years without any exhibition for my paintings, i started to produces more paintings this year. I'll keep on  paint more and more quality artworks for the future. thank you so much to my guru, Yusuf Gajah reminded me about my painting works. Yes 'guru' I've been busy with illustrations, writing and music last two years.  Its hardest feeling for me,  i had leave my painting artworks along two years. I was started by caricatures, portrait and comic but paintings brought me to the new level in my art  career. I still remember in 2004 during my days with Gajah-Gajah gallery, I've sold my paintings more than 40 pieces in a month. The Gallery was a ticket for me to further my arts till these days.

Sabtu, April 27, 2013

T-SHIRT PAINTING


Let's paint on T-Shirt !!!

Mie Mambo and Ida Sri Sulo would not let their T-shirt empty. So they put their painting on T-shirt. This is not the first time for Mie Mambo but for Ida Sri Sulo it's wonderful experience along this week.
Kasih smile while her Mama paint the T-shirt

 Ida Sri Sulo's T-shirt painting
 3 of 4 T-shirts with hand-drawn art
 Which one for Kasih?
 the Tapir looks happy
 oh a nude boy with fishes
Be patient my dear Kasih, Mama will paint one for you

Sabtu, April 20, 2013

KOMPLEKS PERSADA PLUS,SUBANG..20.4.2013

 Tuyuk,Mie Mambo dan Bryan Adam Ahmad (BABA)
 Bermula dengan aksi 'pecah telur'
 Demam PRU 13 mempengaruhi permintaan pelanggan.
 Oh Farah...(di atas permintaan bakal suaminya yang baik hati orangnya)
 Adik Amir Darwish dengan aksi jaguh badmintonnya. Katanya mahu menjadi jaguh badminton...amin
 Cik Elly Suriani yang serius sepanjang Mie mambo menghasilkan karikatur wajahnya. Sejenak selepas habis Mie Mambo menghabiskan karikaturnya, Elly terus berkata-"Comelnya saya..." diikuti gelak tawanya. Tuyuk (Firdaus Husain) lantas berkata-" Baru dia gelak..hahahaha". Pastinya Cik Elly Suriani kita comel orangnya.
 
 Marlieda kata dia gemuk.Oh tidak! Cik Marlieda kita ini 'chubby' sahaja. Gambar ini menunjukkan senyum berlesung pipitnya yang menawan hati. 
 Brader kita ni (dari Persada Plus) sedang mengira hasil mahsul kutipan karikatur.
 Tuyuk dan Bryan Adam Ahmad sedang melayan adik-adik kita yang comel-comel ni.
 Karya Mie mambo yang turut dijual...
 Meja "Karikatur Corner" yang berselerak dengan peralatan lukisan..
 Ada persembahan muzik juga. Oh..saya pula gian nak ke pentas..Persembahan dari para staff Pluss. Semua mereka punyai bakat yang terbaik. Mutu nyanyian dan permainan yang buat saya kata-" Wah..mereka profesional"
 Deretan gerai yangs empat dirakam.
Gerai Karikatur Corner.

Secara jujurnya saya tak tahu langsung apakah tema dan nama acara yang sedang berlangsung ini. bermula seawal jam 9 pagi bertempat di Kompleks Menara Korporat Persada Plus,Subang. Saya (Mie Mambo), Tuyuk (Firdaus Husain) dan Bryan Adam Ahmad (BABA) terus menyediakan khidmat lukisan karikatur kami sehingga acara yang digelar "Cheer For Charity" ini tamat pada jam 3.00 petang. Hasil yang menyeronokkan serta keramahan para tenaga kerja Pluss tidak kira apapun cakupan kerja membuatkan kami berasa seperti berada di rumah sendiri. Pluss sebuah syarikat yang sinonim dengan tol adalah terbesar di Malaysia. Lebih 90% para pekerja dan penjawat mereka adalah kalangan bumiputera. Terima Kasih tidak terhingga kepada pihak Pluss yang menjemput kami untuk berniagakan bakat kami di acara penuh meriah ini. Satu lagi saya melihat kompleks Menara Korporat Persada Pluss ini sangat cantik tempatnya. 

Sabtu, April 13, 2013

MIE MAMBO: BERSENI DI SANA SINI

Lakaran Sebelum mesyuarat MBBY bermula 10.4.2013 di Fakulti Sastera dan Sains Sosial ,Universiti Malaya bermula.

Ahmad Redza Ahmad Khairuddin dari IBBY...
 Pak Usop (Yusuf Gajah) berbual sambil minum-minum di kafe bersama Panjang.

 mesyuarat berlangsung dengans santainya
Encik Redza dan Prof. Dr.Md Sidin Ahmad Ishak (Timbalan Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya)

KEMBARA SEJARAH- PERBADANAN KOTA BUKU, GURU-GURUR CEMERLANG SEJARAH ,MIE MAMBO DAN PANJANG

 Bersama Pakar Sejarah Datuk Ramlah Adam.
 Aidit Alfian dan guru-guru cemerlang sejarah ketika Datuk Ramlah Adam menyampaikan penerangan sejarah.
 Isi-isi sejarah yang dibedah
 Para guru cemerlang giat 'brain storming'
 Encik Azman Sharif.."Apa Barang!!!"  dari Jabatan Pendidikan Selangor
 Panjang dan Mambo
 Mennjana idea untuk masa depan subjek sejarah
 Mari sama-sama pecah tradisi
 Encik Azman Sharif "Apa Barang" sedang menerangkan misi dengan penuh keceriaan
 Panjang pun bergambar kenang bersama Datuk Ramlah Adam
 Para Guru cemerlang mengembeling fikir dan tenaga
Bergambar kenang di hari terakhir 13.4.2013

Perbadanan Kota Buku menganjurkan Bengkel kembara Sejarah dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Selangor juga Kementerian Pendidikan. mereka mengumpul sejumlah Guru-guru Cemerlang Subjek Sejarah dari beberapa buah negeri bertemu di Juempa D'Ramo, Bangsar. Mie Mambo dan Panjang ditugaskan untuk kerja-kerja seni visual. beberapa tokoh juga turut diundang dari bidang muzik (Aidit Alfian), penyiaran (Syed Munawar) dan tidak lupa dari Teknologi Pendidikan (Encik Azmi dan kru).semuanya berkumpul selama tiga hari dari 11.4 hingga 13.4.2013 dari awal pagi hingga malam untuk merealisasikan program Kembara Sejarah ini. Nampak gayanya, Mie Mambo dan Panjang (Muhamad Faizal Abdul Jalil) akan berterusan sibuk sepanjang tahun ini membangunkan seni visual sebagai medium pendidikan. 

Isnin, April 08, 2013

HARAKI SENI NAIF (seni Catan)

Seni dan budaya saudara seperaduan di dalam haraki sama. Seni itu adalah bahagian dari budaya yang membentuk gambaran indah,aneh dan buruk kepada sesuatu kebudayaan. Kebudayaan tidak akan tercetus dalam skala majoriti jika tiada iringan sosial.

Kita mahu tahu , apakah 'naif' yang dimaksudkan di dalam perbincangan ramai apabila ia bertaut beberapa nama-nama pengamalnya. Naif dari sudut yang mana? Naif (Naive) yang merujuk kepada erti secara 'istilah' atau 'bentuk/form seni'? Saya suka membangkit kupasan kepada 'form' atau 'bentuk' seni catan. Rasanya tumpuan ulasan catan mampu memberi sedikit gambaran selesa.Tokoh-tokoh seni catan naif pernah bercambah bagai cendawan lepas hujan sekitar tahun 2008 retetan dari Pameran 'Naive Art Mega Show 2008' bertempat di Anexxe, Pasar Budaya Kuala Lumpur.Polemik naif menjadi kurang dengar di kalangan penggiat seni rupa formal tetapi berdesas desus di khalayak penggiat amatir dan pro-formalistik. Di kalangan penggiatnya, karya mereka sering ditafsir sebagai naif oleh pemerhati atau penghayat. Isu di sini keberadaan jurnalis seni membahaskan catan sebegini perlu menarik lebih ramai penulis yang berkaliber. Kita tahu di lemma naif suatu ketika lalu adalah penerimaan khalayak formal dari sudut persepsi mahupun apresiasi.

                                      * Karya Zulkifli Dahalan

                                      * Karya Dzulkifli Buyong

           
* Yusof Gajah bersama beberapa karya nya.

Catan naif seperti mana namanya dipandang intim mirip keanak-anakan, tidak mempunyai dasar formal pada olahan serta berkait juga isu formal pendidikan kepada penggiatnya. Ada penggiat yang dikelas sebagai naif karya-karya mereka di negara ini namun faktor asas formal menjadi tutup bicara kelas tersebut. ini termasuk Penulis sendiri yang sering dirujuk sebagai 'pelukis dengan gaya naif'. Yusof Ismail atau 'Yusof Gajah' tidak dinafi menjadi ikon kontroversial di dalam catan genre ini. Ada pihak yang mempersoalkan status naif yang dipikul oleh seniman prolifik tersebut. pelukis Wan Jaafar atau 'Waja' diberi jolokan akurat berkait genre catan naif. Pelukis tanpa pendidikan seni formal itu juga seorang karyawan produktif dan punyai peminat tersendiri biarpun status seninya mungkin berada beberapa jarak (pasti jauh) dari pencapaian Yusof Ismail. Zulkifli Dahalan mengungguli genre ini (dalam ruang catan moden) walaupun beliau berusia singkat serta karya-karyanya mampu dibilang bersahaja. Zulkifli Buyong membawa warna-warna alam kamnak-kanak dan ini membawa bayangan seni naif dikait hubung dengan karya keanak-anakan. Apakah ini boleh diterima hujahan akurat sebagai mendefinisi catan naif?

                                      * Karya jainal Amambing

Polemik mempersoalkan karya-karya purba di dinding gua. (yang sudah pasti tidak dikenali pelukisnya tetapi dikenali kelompok pengamalnya) begitu juga karya-karya yang dipraktik majoriti di dalam konteks 'native' dan 'indigenous'. Sering kita mendengar kalimah 'Native Art' dan "Folk Art' di dalam seni rupa. Penulis senang mengatakan atau mendifinisikan nama-nama tersebut sebagai nama-nama 'scene' atau ruang dasar tetapi bentuk naif adalah karya-karya mereka. Di dalam hal sebegini kita tidak akan mengenepikan pembabitan kanak-kanak di dalam penghasilan karya lakaran dan catan. boleh disimpul naif dalam sudut rupa dan bentuk tanpa mengira sudut kontroversial mahupun polemik kabur yang berlarut panjang. Haraki catan seni naif ataupun wadah karya visual naif berbeza seperti produk kraf adalah naratif budaya yang pelbagai. Ia ditatah hias ataupun dilakar bina oleh kalangan seniman yang berada di dalam sesuatu masyarakat. 

                                   * Penulis bersama beberapa karyanya.

Bagaimana pula dengan status 'artis catan naif' yang sudah pasti memenangi di peringkat seni visual semasa. Biar genre seni catan naif dikategori dengan kepelbagaian jenama tetapi ia masih belum kuat menguasai ruang keterbukaan untuk perbincangan. Pelbagai genre kita ketahui mendapat darjat besar seperti 'realisme', 'impressionisme', 'pop-art' dan 'expressionisme'. Karya-karya catan naif moden bersifat semi abstrak perlu dikupas secara ilmiah dan mendalam serta di sejajarkan dengan kesenian catan moden lain kerana ia adalah bentuk seni. Kita sudah melihat kuasa pasaran menyebelahi karya-karya dalam label naif. Karya Yusof Ismail, Ismail Baba, Jainal Amambing, Ali Akhbar Penulis sendiri dan beberapa nama yang bertahan mencatat pengumpulan serta pembelian yang baik dari semasa ke semasa. Ada mengaitkan ia sebagai faktor dekorasi dan perlancongan semata di atas sifat karya yang ditonjolkan. kerap persoalan 'isi' didebat secara tidak rasmi. Ia dibahas dan dibidas kebanyakan jurnalis seni elitas dan pro-formal. Dari satu sudut adakah dengan perbahasan yang lebih kepada negativiti dapat membantu perkembangan seni yang tidak statik sifatnya? Seni visual di dalam jenama apapun adalah ekspresi dan intusi. Ia dipergayakan mengikut acuan pengamal secara tersendiri. Tidak dinafikan karya-karya dilabel sebagai'gaya naif', 'post-naif' atau 'naif' membangkit minat banyak pengamal seni rupa generasi baru yang sudah mulai kebosanan dengan keterikatan genre atau ideologi seni rupa konvesional. kejelasan haraki seni catan naif bergerak terus walaupun panggiat yang tegar bertahan dalam belasan kepala sahaja. Acuan-acuan seni catan naif tiada dan ini menguatkan lagi seni catan ini berdiri lebih kuat berbanding genre dan ideologi lain yang lebih bersifat popular.

                                     * Karya Ali Akhbar

Nur Azmi Mokhtar
Kuala Lumpur