RAYA MEMANG MERIAH SAMPAI KASIH MENANGIS KERANA TERLALU KERAP DIDUKUNG OLEH SAUDARA MARA. INI DI RUMAH MERTUA SAYA DI KG. SEBERANG KARAI, KUALA KANGSAR.
RAYA DI KAMPUNG MEMANG BEST...KAMI MASA RAYA NI AMBIL PELUANG MANDI-MANDA KAT SUNGAI DAN LATA. KAMPUNG STILL BEST AND FRESH!!!
HARI RAYA NI TERSEREMPAK KAWAN LAMA DI KAMPUNG. HA ITULAH BESTNYA RAYA NI. KAWAN SAYA NI NAMANYA HAFIZI. DULU MASA SEKOLAH RENDAH KAMI KAWAN KARIB DAN SATU KELAS. JUMPA PULAK DIA SEDANG ASYIK MEMANCING IKAN DI KOLAM MEMANCING KATI BERSAMA ABANGNYA. DAH LAMA TAK JUMPA . 13 TAHUN TAK BERSUA MUKA. KAMI AMBIL PELUANG NI BERAMAH MESRA DAN APA LAGI CERITA KENANGAN LAMA MASA SEKOLAHPUN MUNCUL. TERIMA KASIH JUGA PADA HAFIZI KERANA MENGHADIAHKAN SALAH SEEKOR IKAN ARA YANG DIPANCINGNYA, SEDAP BAKAR IKAN CICAH AIR ASAM. SLURPPPPPPP....
AZLAN DAN FIQAH SIBUK DI GARAJ YANG BERTUKAR MENJADI DAPUR TEMPORARY SEMPENA RAYA NI. RAMAI SAUDARA-MARA DAN SAHABAT HANDAI BERTANDANG SAMPAI LETIH KAMI SEKELUARGA. MAKLUMLAH RAYA.
SAYA SEKELUARGA PULANG MENYAMBUT HARI RAYA DI KUALA KANGSAR. TAK ADA MASALAH NAK BERGADUH BALIK RAYA PASAL SAYA DAN ISTERI SEMEMANGNYA ORANG KUALA KANGSAR,PERAK. CUMA TAHUN INI KAMI TERHAD BERHARI RAYA KERANA PERLU PULANG SEMULA KE KUALA LUMPUR. BANYAK JUGA HAL NYA YOP!!!! DAPATLAH RAYA 3 HARI AJE, ALHAMDULILLAH.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan