Jumlah Paparan Halaman

Sabtu, September 18, 2010

TERINGAT-INGAT

Raya baru ni terjumpa kawan lama yang karib sangat suatu masa dulu. Namanya Hafizi. Saya semasa memandu dari Kuala Lumpur ke Kuala Kangsar, ada tersebut namanya. Tak sangka bertemu di kolam memancing Kampung Kati pada hari raya. Saya ikut jalan lama, ya..pasal highway agak sesak. maklumlah balik raya. Saya menyusur jalan lama yang agak friendly. Semasa tiba di Slim River, isteri saya menunjukkan rumah lama yang dah usang. Masa kecilnya isteri saya dan keluarganya menetap di situ. Terlihat juga sekolah lamanya yang kini serba baru.Saya melayan kenangan isteri saya. Slim River begitu rapat dengan dirinya.

Setiba di Kati, Kuala Kangsar, saya mengatakan kepada isteri saya dahulunya Kati sebuah pekan yang sibuk. Kati dunia segalanya bagi saya dan kawan-kawan nketika kanak-kanak. Tadika yang kami belajar dulu dah tiada dan kini menjadi tapak pasar. Semasa saya lalui jalan besar Kati, saya lihat beberapa peniaga berniaga sempena Ramadhan di situ. Jumlah peniaga pun sudah kurang kerana ramai yang berniaga di bandar Kuala Kangsar yang sudah tentu lebih ramai pelanggan.

Saya lihat tapak pasar ikan yang dah jadi rumah. Pasar sayur juga dah tiada. Kini ia menjadi tempat senaman awam. Kedai kraf dan tukang logam juga sudah tutup. Kedai gunting hanya Pak Hamid yang tua masih setia berkhidmat. Kedai gunting Pak Berahim dah lama tutup setelah beliau meninggal dunia. Kilang papan juga sudah jadi pam minyak.Saya ingat ada kawan cina saya yang fasih bercakap loghat Perak-Yong, di mana ya dia sekarang?Kedai getah sekerap hanya Abon yang masih setia. Saya singgah kedai Ah Ba dan Ah BA menegur saya. Dia mengagah anak saya Kasih. Ah Ba dah tua sangat saya tengok. jalannya pun sudah lambat.

Saya hantar anak isteri ke rumah orang tua saya. Selepas itu saya merayau keliling desa. Mana pergi kawan-kawan saya? Sudah tentu ada kehidupan sendiri sekarang. Beberapa kedai runcit sudah tiada. Saya menyusur jalan ke sekolah menengah. Itu sekolah saya dulu. Semakin besar sekolah ini. Sekolah Menengah Temenggong Kati, ini juga sekolah Yop Aziz dj radio rtm Ipoh. Dulu ada kebun pelajar hampir dengan pinggir jalan raya. Kini kebun tersebut sudah tiada. GAraj basikal juga tiada. Oh..pelajar sekarang sudah menunggang motosikal ke sekolah. Banyak sungguh bezanya. Saya termenung di dalam viva. Saya renung jauh ke sudut ladang getah yang sudah dilapangkan. Masihkah ada lagi kawan-kawan saya yang setia di kampung ini? Harapan saya hari raya bakal menemukan saya dengan mereka. Jawapannya ketika raya yang singkat, saya bertemu beberapa rakan-rakan yang sememangnya masih setia di sini. Kami berpelukan gembira dan air mata tak sedar perlahan bergenang.Kerana ada beberapa rakan kami sudah pulang ke Rahmatullah...Al Fatihah....

HARI RAYA YANG LALU....

RAYA MEMANG MERIAH SAMPAI KASIH MENANGIS KERANA TERLALU KERAP DIDUKUNG OLEH SAUDARA MARA. INI DI RUMAH MERTUA SAYA DI KG. SEBERANG KARAI, KUALA KANGSAR.
RAYA DI KAMPUNG MEMANG BEST...KAMI MASA RAYA NI AMBIL PELUANG MANDI-MANDA KAT SUNGAI DAN LATA. KAMPUNG STILL BEST AND FRESH!!!
HARI RAYA NI TERSEREMPAK KAWAN LAMA DI KAMPUNG. HA ITULAH BESTNYA RAYA NI. KAWAN SAYA NI NAMANYA HAFIZI. DULU MASA SEKOLAH RENDAH KAMI KAWAN KARIB DAN SATU KELAS. JUMPA PULAK DIA SEDANG ASYIK MEMANCING IKAN DI KOLAM MEMANCING KATI BERSAMA ABANGNYA. DAH LAMA TAK JUMPA . 13 TAHUN TAK BERSUA MUKA. KAMI AMBIL PELUANG NI BERAMAH MESRA DAN APA LAGI CERITA KENANGAN LAMA MASA SEKOLAHPUN MUNCUL. TERIMA KASIH JUGA PADA HAFIZI KERANA MENGHADIAHKAN SALAH SEEKOR IKAN ARA YANG DIPANCINGNYA, SEDAP BAKAR IKAN CICAH AIR ASAM. SLURPPPPPPP....
AZLAN DAN FIQAH SIBUK DI GARAJ YANG BERTUKAR MENJADI DAPUR TEMPORARY SEMPENA RAYA NI. RAMAI SAUDARA-MARA DAN SAHABAT HANDAI BERTANDANG SAMPAI LETIH KAMI SEKELUARGA. MAKLUMLAH RAYA.


SAYA SEKELUARGA PULANG MENYAMBUT HARI RAYA DI KUALA KANGSAR. TAK ADA MASALAH NAK BERGADUH BALIK RAYA PASAL SAYA DAN ISTERI SEMEMANGNYA ORANG KUALA KANGSAR,PERAK. CUMA TAHUN INI KAMI TERHAD BERHARI RAYA KERANA PERLU PULANG SEMULA KE KUALA LUMPUR. BANYAK JUGA HAL NYA YOP!!!! DAPATLAH RAYA 3 HARI AJE, ALHAMDULILLAH.

31 OGOS MALAYSIA MERDEKA...

MARI LUKIS KARIKATUR BERSAMA MIE MAMBO
MIE MAMBO DITUGASKAN UNTUK MELUKIS KARIKATUR SETIAP PESERTA PERTANDINGAN.
INILAH ANAK-ANAK YANG MEMERIAHKAN PERTANDINGAN MEWARNA MERDEKA-AIDILFITRI DI PAVILLION, BUKIT BINTANG KL

31 OGOS LALU DI PAVILLION,BUKIT BINTANG ,KL ACARA MERIAH PERTANDINGAN MEWARNA DIANJURKAN. MIE MAMBO DIJEMPUT UNTUK MELUKIS KARIKATUR PARA ANAK-ANAK YANG MENJADI PESERTA PERTANDINGAN MEWARNA MERDEKA-AIDILFITRI. SAMBUTAN HEBAT DARI ANAK-ANAK PELBAGAI BANGSA. SAMBUTAN MERDEKA TAHUN INI JUGA SEDERHANA MAKLUMLAH BULAN PUASA. THANKS PAVILLION!!!!

MIE MAMBO,GAYOUR,IDA SRI BERSAMA BALAI SENI LUKIS NEGARA DI KL SENTRAL

PENGUNJUNG DARI SINGAPURA JUGA TAK LEPAS PELUANG UNTUK DIKARIKATURKAN WAJAH MEREKA.
RAMAI JUGA YANG DATANG UNTUK WAJAH MEREKA DIKARIKATURKAN OLEH MIE MAMBO
SYEM RAJA LAWAK-KAWAN LAMA YANG DAH LAMA TAK JUMPA. SYEM MELAWAT KAMI DI GERAI BALAI SENI LUKIS NEGARA.
ADA PEMINAT CILIK DARI CHINA SEMPAT MEMUJUK BAPANYA UNTUK MIE MAMBO MELUKIS KARIKATUR WAJAHNYA.
IDA SRI AMBIL PELUANG BERGAMBAR BERSAMA KARTUNIS GAYOUR
KARTUNIS ASAN ADA MENJENGAH KAMI PADA HARI TERSEBUT


MINTA MAAF BERBANYAK PASAL LAMBAT UPDATE TENTANG ENTRY NI. ACARA BALAI SENI LUKIS DI KL SENTRAL SEBENARNYA SUDAH LAMA BERLALU IAITU SEBELUM BULAN PUASA YANG LALU. AWAL BULAN OGOS SEMPENA MEMPROMOSI BAKATA KARTUN MERDEKA.MIE MAMBO DAN GAYOUR MENJADI UNDANGAN ISTIMEWA DARI BALAI SENI LUKIS NEGARA. SERONOK DAN BANYAK PERKARA MENARIK SEPANJANG 3 HARI ITU. CUMA GAMBAR YANG DIPAPARKAN DIRUANG INI AGAK TERHAD. SAMBUTAN DARI PENGUNJUNG AMAT MENGGALAKKAN. THANKS BSLN.

Rabu, September 15, 2010

JUMPA MIE MAMBO DI JALAN BANGKUNG ON 16th SEPTEMBER 2010

YA mau wajah anda dikarikaturkan? Buku-buku dan novel grafik Mie Mambo dengan harga best? Produk art dari Mie Mambo dan Ida Sri? Semuanya ada. Jangan ketinggalan...........!!!!!