Jumlah Paparan Halaman

Isnin, Julai 05, 2010

MARI KITA PERGI ZOO!!!

Jom kita tengok gambar-gambar haiwan-haiwan menari di Zoo Negara!!!!!!!
Ini gambar mie mambo bersama kak Pah dan rakan-rakan. tengok tu mesranya kak Pah dengan keluarganya. Mie Mambo pula tak dapat meng'cover' saiz perutnya yang semakin maju ke hadapan.

Seronoknya dapat bergambar dengan gajah.Ini spesis gajah asia atau gajah india. Telinganya kecil sedikit dari gajah Afrika.

Ini Harimau Sumatera. Gagahnya haiwan ni. Cuma saiznya kecil sedikit dari Harimau Malaya. Mundar-mandir sana-sini.Aummmmmmm!!!!!!!

Ini namanya Capybara. haiwan ni diam di Amerika Selatan. Di sana ada gelaran glamer iaitu 'Swarm-hog'. Mereka satu keluarga dengan tikus,arnab,landak dan tupai. Maknanya dalam spesis Rodent.

Gembira dan bahagia bila dapat bawa anak jalan-jalan. Ini di bahagian taman rama-rama Zoo Negara. Banyak rama-rama di sini. Gambar ni kami diapit dua replika rama-rama gergasi. Jangan takut diorang tak menggigit.

Ini Unta banyak baik. Bila kami dekat dia datang rapat. pukul kamera dia kasi posing. Wah...kasih pun teruja.

Kasih Ramadhan asyik benar melihat betapa meriahnya Flamingo di kolam. Ada dua jenis Flamingo dalam gambar ni. Satu Great flamingo (warna putih) dan Caribean Flamingo (merah jambu).

Banyak jenisan buaya yang mencari mangsa. Ha ini satu spesis buaya unik.Berkunjunglah ke Zoo Negara. Ini buaya kerdil namanya. Asalnya dari benua Afrika. Amboi brader...sedap berendam nampak. Ye lah cuacakan panas. "GLOBAL WARMING"

Kura-kura pun suka bergambar. Tengok betapa kamcingnya mereka tatkala lensa kamera menghala ke arah mereka.

WAH!!!Besarnya ikan tapah kat akuarium Zoo Negara. Ingat tak lagenda orang Tapah terutama keturunan Pak Kaduk (ya pak Kaduk yang main laga ayam tu sampai tinggal songkok aje.). Ini lah rupa ikan tapah yang sama spesisnya dengan patin. Satu keluarga dengan jenis ikan keli atau baung (catfish).
A

Jumaat, Jun 25, 2010

PAMERAN SATU MALAYSIA SIME DARBY,JALAN RAJA LAUT,KUALA LUMPUR, 24 - 25/6/2010

Ini lah Puan Ida Sri yang senantiasa menemani suami hensemnya Mie Mambo. barangan kraf hasil beliau juga turut mendapat sambutan sehingga ke Trinidad and Tobago.

Awak buat semua nih? Wah best nye...

Apa nak dikata saya kena buat semua. Pasal nak cari makan Encik.


kesian..Terharu den..

Ini gambar awak ni macam lebih kacak je dari di luar. Awak make-up ye?


Eh..tak lah encik tu muka natural tu.







Saya membeli buku 'Aktif' ini menandakan saya seorang ayah yang mithali. Saya sangat sayang dan ambil berat pendidikan anak-anak. Bukannye lepak kedai kopi sambil nonton Piala dunia yang tak ada pasukan Malaysia main.

Ibu beli buku ni ye. awak mesti suka pasal awak boleh mewarna,menyonteng,hah aktiviti pun bagus ni. Tak rugi beli ni. Apa pendapat anak?

Saya ikut je Mak. Wa no hal!!!
Saya suka bila ibu membelikan buku 'Aktif' ini. Pakcik Mie Mambo juga kiut .Sekarang saya sudah ada kawan.'Ibu menerangkan kami ada kawan bernama....Mie Mambo...'




Tengok ni wajah Afiq dah jadi Afiq 10..sori bukan Ben 10 ye..seronotnye kite dapat karikatur dilukis oleh Pakcik Mie Mambo. Beliau best!!! (Eh..ini ayat Afiq ke Mie? Ko bior betul!!!)
Akhirnya setelah diracuni minda dengan segala ilmu zahir dan batin Mie Mambo, kami membeli novel grafik 'Mambo di Kuale!!!' sambil makan karipap berinti keledek.
Ibu-ibu,bapak-bapak siapa yang punya anak tengok kami..lukis karikatur family dengan Mie Mambo.

Heh!heh! aku ni senyum senyum gak. aku nak tengok mie Mambo ni boleh ke lukis muka aku ni. jangan jadik muka Barrack Obama dah le. Kang aku karate lelangit tu. ha lukis! tadi kata pandai lukis sangat.
bagus lah Mie Mambo ni, beliau menjadikan saya kelihatan semakin muda dengan karikatur ini. Sampai saya tersenyum simpul sambil menjamah bahulu kepala ikan emas-En. Arif yang arif pasal art.
ISKH..Apa la kite nak beli ni banyak sesangat la pilihan warna-warni yang beshhhh..keychains pun best, bookmark pun cantik, buku 'Mambo di Kuale!!!' ni pun layan gak..ahhh..beli lah!!!!!!

Isnin, Jun 21, 2010

INNO FEST 2010,BALAI SENI LUKIS NEGARA

* Asyik nya adik-adik ini shoping di gerai Mie Mambo dan Ida Sri.
* Gerai Mie Mambo dan Ida Sri. Lihat buku aktiviti 'Aktif bersama Mie Mambo'. Ini buku yang laris sepanjang dua hari festival berlangsung.

* Puan Sri bergambar kenangan bersama Buskers tersohor Kota batu Kuala Lumpur. Syed Amran dan Nik (A.K.A Bin Jidan), nik ada keluar album mini dua tahun lepas. SAya sukakan lagu 'hari-hari perang'



* Kartunis veteran Dan Jelobu, asyik nya menyiapkan drawing pokok-pokoknya yang siperb!!!




* Lepak seketika setelah penat berniaga bersama kengkawan. Dari kiri-Mie Mambo, Ameen,Alif dan Risqeen. Sebelum tutp kedai moh sembang-sembang dulu.




19 dan 20 Jun 2010, Di Balai Seni Lukis Negara (BSLN), Kuala Lumpur. Mie Mambo dan Ida Sri bersama rakan-rakan seperjuangan memeriahkan seni rupa Malaysia.Ada Uneh (pakar pensil warna), Dan jelobu, Ada kawan-kawan yang bikin air brush-paul, ada juga kawan-kawan pelukis seperti Shahrul Amin dan banyak lagi. Acara sederhana meriah tetapi bermakna.Ditambah lagi hiburan enak halwa telinga dari kumpulan Buskers- Meor (pesta jiwa),Nan, Nik (bin Jidan) dan Syed Amran. Seronok bertemu kawan-kawan. Di samping bisness,kami berseloroh. maklumlah saya dan Ida Sri dah lama juga tak bersosial. berkarya sahaja, ini ada peluang bikin promosi dan berniaga sambil-sambi bukankah peluang keemasan. Jangan ketinggalan, Mie mambo akan berada di Tasik titiwangsa, pada 27 Jun 2020 jam 4.00-6.00 petang sempena KL Festival pula. jumpa di sana ya!!!

Isnin, Mei 17, 2010

A LONG WAITED MINI ALBUM/EP OF NURAS WILL RELEASE THIS MONTH. WACTH OUT LADIES AND GENTLEMEN!!!

FRONT COVER




BACK COVER

BUKU AKTIVITI KANAK-KANAK TERBARU DARI MIE MAMBO












EMPAT BUAH BUAH TANGAN TERBARU DARI MIE MAMBO A.K.A NUR AZMI MOKHTAR. BUKU AKTIVITI KANAK-KANAK YANG PASTI ANAK-ANAK ANDA MENYUKAINYA. ADA AKTIVITI SEPERTI MENGUJI MINDA DALAM RUANGAN 'MARI BERFIKIR', AKTIVITI MELUKIS DAN MEWARNA- 'MARI MELUKIS', AKTIVITI MATEMATIK-'MARI MENGIRA' DAN CERITA -'CERITA ABANG MIE'. EMPAT DALAM SATU DALAM SETIAP BUKU DAN ANAK-ANAK ANDA AKAN GEMBIRA DI SAMPING MENJANA KECERDASAN DAN KECERGASAN MINDA. AKAN DATANG BENGKEL SENI DAN KREATIF UNTUK PARA GURU-GURU TADIKA DAN SEKOLAH RENDAH. UPDATE DAN BERITA LANJUT LAYARI ameenbooks.com.my. LANGGANI ON-LINE JUGA MELALUI ameenbooks.com.my.

Ahad, Mei 16, 2010

CUTI-CUTI,MAKAN-MAKAN,SANTAI-SANTAI,LIBURRRR





























GERIK BANDAR DI HULU PERAK.

DI HADAPAN PERHENTIAN GERIK. KELIHATAN BAS TAMBANG RED AND YELLOW YANG MASIH SETIA BERKHIDMAT SEJAK LEWAT 60-AN LAGI.
PANAS JUGA AGAK TERIK DI SINI. MM. UTARA SEKARANG INI DILANDA KEMARAU JUGA. BAHANG PANAS JUGA TERASA DI GERIK.


WAH KOBOI MALAYA BERSAMA BABY NYA. INI GAMBAR DEKAT PASAR BORONG GERIK. KLASIK LAGI DAN SUDAH AGAK LAMA SAYA TAK DATANG KE BANDAR INI. ATAS PERMINTAAN ISTERI MAHU JALAN-JALAN.











MAKAN-MAKAN DI KFC,GERIK.SUASANANYA AGAK BERLAINAN SEDIKIT. BAHASA MELAYU DI GERIK JUGA AGAK LAIN. ADA BERBAUR PATTANI DAN KELANTAN. INI HUJUNG NEGERI YANG SEMAKIN HAMPIR DENGAN THAILAND.

BERCUTI ITU BAIK UNTUK KESIHATAN FIZIKAL DAN MENTAL!!!:LENGGONG,GRIK..MUSIM PANAS YANG MEMBAHANG,TETAPI ALAMNYA TETAP INDAH.

MIE MAMBO A.K. A INDIANA JONED SEDANG CARI PORT BEST NAK MEMERUT DI GUA TUK GIRING LENGGONG.
DI HADAPAN PINTU GUA TUK GIRING, LENGGONG..ISH..JANGAN RISAU TAK ADE MAKHLUK MACAM DALAM CITER THE DESCENT TU..


SYOKNYE KASIH DAN PUAN SRI..






INDIANA JONED SEDANG MENYEDUT ASAP KARBON MONOKSIDA DI HADAPAN BUKIT TUK GIRING,LENGGONG,

















"LIHAT NAK, IKAN BANYAKNYEEE..."









GAMBAR SCENERY YANG DIRAKAM DARI JETI TAMPAN AIR, KOTA TAMPAN LENGGONG. DAMAINYA PETANG ITU.










LATA KEKABU YANG CANTIK SUASANANYA.

























LATA KEKABU, TAMPAN AIR, LENGGONG..WAH..LAYANNYA.PANAS-PANAS LEPAK SUNGAI. SEJUK AIRNYA SAMPAI KE TULANG.

BERCUTI ITU BAIK UNTUK KESIHATAN FIZIKAL DAN MENTAL!!!: SRZ AGRO RESORT,MARAN KUALA KANGSAR, PERAK.


PUAN SRI DAN KASIH SEDANG ASYIK MENIKMATI SUASANA KAMPUNG DI SRZ RESORT, MARAN, KUALA KANGSAR.
DITEMANI AYAM BELANDA YANG RIUH AJE. KELAKAR JUGA DENGAR BUNYI AYAM NI.TAPI DAGING DIA SEDAP SIOTTTT....



















BERSAMA ENCIK SHAHABUDDIN DI SRZ. RESORT NYAMANNYA DI MARAN,KUALA KANGSAR,PERAK.