Jumlah Paparan Halaman

Sabtu, Ogos 19, 2006

keluarga tercinta

eh..eh..siapa ni..kalau tak silap ini (.....) adakah gadis ini salah seorang ahli keluarga Nur azmi atau (bakal ahli keluarga Nur azmi??)

Asmawi Mokhtar adik saya yang turut sama bermain musik.gambar ini dirakam semasa kami sama-sama selalu jamming di kampung. studio garage belakang rumah aje. untuk cerita lanjut berkenaan dunia musik kami berdua sila log on www.royalstoneriver.blogspot.com

Saya takkan berada di sini jika tidak mereka. Ucapan terima kasih dan sayang kepada keluarga yang tercinta. Pada Babah Mohd Mokhtar@Mohter abd.kadir, Mama Zaleha Kasah, nenda Sum bt.Ismail dan adik-adik tercinta: Asmawi Mohter,Azlina Mohter,Aishah Mohter, Nur Asikin Mohter, Azlan Mohter dan Nur Afiqah Mohter.

Jumaat, Ogos 18, 2006

Sibuk dan sibuk!!


Bila kita sudah masuk ke dalam industri,antara perkara yang hendak tak hendak kita tempuh adalah sibuk.Kerjaya karyawan seperti saya adakalanya seronok dan tak lupa juga duka-laranya. Tetapi semua itu ada hikmah dan banyak benda yang kita perolehi. Apa-apapun sabar,tekun dan berusaha itu tangga kejayaan. Nur Azmi begitu sibuk kebelakangan ini di samping menyiapkan novel-novel grafik terbarunya,perancangan untuk pameran solo,membikin painting baru bagi menampung stok yang semakin kurang dan bertapa di jamming studio bersama adiknya, Asmawi Mokhtar.Pelbagai dugaan dan banyak juga perkara yang tidak di sangka berlaku. Jemputan untuk ceramah,forum juga makin banyak. Pada 20 hb Ogos ni, Nur Azmi akan berada di Mid valley bersama Nambai dan Rosli Jamal untuk slot "sembang-sembang bersama penulis melayu".novel grafik terbaru juga semakin bertambah. Tidak disangka idea yang mencurah-curah.Asmawi adiknya Nur Azmi sudah kembali ke KL.kini menetap bersama Nur Azmi di Wangsa Maju.Asmawi kembali ke posisi gitar utama di dalam Stoneriver.Namun perkara yang tak dapat dielak pula berlaku.Dua anggota lama Stoneriver tidak dapat meneruskan komitmen mereka atas sebab-sebab yang pelbagai.sedih juga tetapi ex-Stoneriver still keep in touch dengan Stoneriver.Stoneriver akan terus bermain musik dan akan mengejar cita-cita kami.

Khamis, Ogos 10, 2006



Sastera

Novel grafik Nur Azmi menghiburkan
Oleh ANI AWANG

PENULISAN novel grafik bukan satu perkara mudah. Ini kerana seseorang penulis itu perlu menulis rangka cerita terlebih dahulu sebelum melukis grafik dan dialog dalam novel tersebut.

Penulis dan pelukis muda Nur Azmi Mokhtar, 26, telah membuktikan kebolehannya dalam menghasilkan novel grafik pertamanya, Mambo di Kuale.

Menurutnya, dia mengambil masa dua bulan untuk merangka cerita dan menulis serta melukis novel tersebut.
“Idea menulis novel ini muncul sejak tiga tahun lalu.
“Oleh kerana pada masa itu saya sibuk dengan pelbagai pameran lukisan saya terpaksa tangguhkan penulisan novel ini.

“Saya mahukan novel ini menjadi bahan bacaan yang berguna kepada generasi muda kerana novel ini sesuai dan santai,” kata Nur Azmi kepada Mega di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Katanya, Mambo Di Kuale adalah cerita mengenai watak seorang pemuda iaitu Putra Haji Hassan yang sudah tiga tahun tinggal di Kuala Lumpur.

Putra menghadapi pelbagai konflik jiwa dengan teman wanitanya Shima, bapa dan rakan-rakannya.

Putra akhirnya pulang ke kampung di Kuala Kangsar, Perak.

Kepulangannya ke kampung telah merapatkan kembali hubungannya dengan bapanya dan Putra jatuh cinta dengan Mahani yang menjadi tunang orang.
Putra kemudian kembali ke Kuala Lumpur dan bertemu dengan kekasihnya Shima yang masih setia kepadanya.

Jelas Nur Azmi, tidak ramai penulis dan pelukis yang boleh menerbitkan novel grafik di negara ini berbanding dengan penulis novel grafik di Barat.

Beliau berkata, novel ini merupakan novel grafik kedua di Malaysia selepas novel grafik Mat Som yang ditulis oleh kartunis Datuk Lat (Mohd. Nor Khalid) kira-kira 15 tahun lalu.

“Menulis novel grafik sama seperti menulis novel biasa tetapi ia memaparkan dialog dan grafik. Saya percaya sambutan terhadap novel grafik menggalakkan kerana trend remaja sekarang yang mahukan bahan bacaan yang menghiburkan dan bermutu di pasaran,’’ tambah Nur Azmi yang juga meminati muzik.

Beliau merupakan pelukis catan dengan gaya post naive. Nur Azmi pernah mengadakan pameran lukisan berkumpulan Art Through The Heart di Kuala Lumpur pada 2005.
Karya-karya Nur Azmi seperti kartun pernah diterbitkan oleh beberapa majalah humor tempatan.
Beliau berharap karyanya kali ini diterima oleh generasi muda kerana ia boleh menjadi panduan kepada mereka dalam menempuh kehidupan.
tulisan ini dipetik dari laman web rasmi Utusan Malaysia-www.utusan.com.my

Nur azmi bercerita tentang lagenda kartun Malaysia.

Luahan Nur Azmi dan tribute kepada dua karyawan kertas besar Malaysia, Rejabhad dan Rasyid Asmawi. Mereka telah pergi dan tak akan kembali. kepada karyawan muda, inilah individu-individu yang perlu kita sanjung. jangan lupa tempat kita berdiri hari ini. jika mereka tidak memulainya..siapalah kartunis?? cerita lanjut di www.nurazmicomics.blogspot.com

Rabu, Ogos 02, 2006

Selamat datang ke dunya baru saya!!

Kepada para pengunjung dihormati. Anda boleh membuat sebarang rujukan untuk setiap post dengan melayari links yang disediakan. saya telah menyediakan variasi links:
1) Nur Azmi's minisites
mini blog untuk details mengenai komik dan novel grafik dari Nur Azmi.
2) My favourite comic links
di sini disenaraikan situs serta weblogs berkaitan komik,animasi,kartun dan grafik
3) My favourite music links
meminati musik di sini anda boleh link ke situs dan weblogs berkaita musik.dan rujukan perkaitan musik dan diri saya.
4) My favourite links
Untuk rujukan tambahan. situs dan weblogs yang disenaraikan meliputi pelbagai bahan serta genre.dari berkaitan news,dictonary,general,religious sehingga kepada web pals. sesetengah situs agak provokatif terutama berkait religious dan idealism. saya meletakkan links tersebut sebagai panduan dan rujukan am pengetahuan saya berkait dunia,manusia,budaya dan warisan setiap bangsa atau etnik. enjoy the knowledge!! web yang agak mengganggu seperti web berkait peristiwa dunia yang kadangkala bizzare. please take note!! those websites or blogs may contains bizzares,violances,provocatives,nudity scenes.it's for minor audiances to viewing.

Isnin, Julai 24, 2006

misteri novel grafik kedua!!
































lihat gambar-gambar di bawah ini..gambar diambil semasa nur azmi sedang kusyuk melukis sebuah ilustrasi. yang tak tahu untuk apa. dengar cerita novel grafik kedua sudahpun siap proses melukis dan memanuskripkannya.sekarang dalam peringkat editing.tajukpun dia tak bagitahu.cuma yang memusykilkan aku (tukang tangkap gambor),adakah lukisan yang dilukis dalam gambar-gambar ni ilustrasi untuk novel grafik keduanya??ha..jawab,jawab!

Jumaat, Julai 07, 2006

The River...4' X 3' artworks by Nur Azmi.















Skinny Nur Azmi on work at his shelter and studio in wangsa Maju,Kuala Lumpur. final touch-up for his latest "The River series". for more inquiries about the painting and others please contact Nur Azmi on 017-3601689 or by e-mail 0n namakunur@yahoo.com


everybody,everything has gather together in this space..from the hughes buffaloes,ducks,goats and wildboars.grandma wacths the great scenery while her gandsons bathing together.fisherman on their visions.there is on the river,besides river,near river....
























The River series. One of most important series by Nur Azmi. Since he was finish his study, Nur Azmi started out first with the series.The River try to connecting crowds by using strong tones of colours and stylized forms of naive art flavour. this is all about the days of his growing up as a kid,a son,a villager,a little naive kid from the muddy banks and as an artist. Check out Nur Azmi paintings at his next exhibitions. The show will be mention on this weblog.

Si Botak di Kelang!!




















Pada 2 Julai 2006 bertempat di Jusco Bukit Raja,Bandar di raja Kelang. Ameen, Nur Azmi serta kuncu-kuncu ABOnation bergerak membuat persembahan. Pertandingan mewarna lukisan Nur Azmi juga di adakan.seramai 20 orang peserta dipilih dan...sila lihat gambar-gambar ini...

Hakim pertandingan sedang tekun mengamati idea serta kerja peserta-peserta. Em...siapa kat sebelah turrr???"gua itu jugde punya assistant..apa lu tanya?nanti bilakang ala kila..lu dingki ka..nanti bilakang kasi ada taruk itu lawan!!!faham!!




















Adik-adik kita sedang tekun mewarna lukisan Nur Azmi..siapa menang yerrr???

Si botak memberi sepatah dua kata kepada pengunjung dan peserta..The ABOnation macam biasa memeriahkan majlis.terlopong semua yang datang hari tu.."musik apa ni????" bonus pada ABOnation tu!!
















Para pemenang dan peserta pada hari itu. semuanya best belaka..terutamanya adik-adik kita dari tadika.. ramai juga yang menang dari kalangan mereka. Tahniah!!!



Si botak di Balai Seni!!
















Nurie a.k.a Nuriazam Ismail dan Madstone..dua kawan yang memang tak miss ada di BSLN. Nurie pun ada produk baru...Misi Aurora..Saya sempat mendapatkan naskahnya di sana.Tahniah..teruskan Nurie!!















Sahabat lama dan classmate semasa di UiTM Shah Alam.Hanya Tuhan saja yang tahu betapa indahnya perasaan saya hari itu.selama setahun tak ketemu.lost contact dengan mengejar karier masing-masing,akhirnya jumpa di BSLN.Turut sama Wadi.















Mr.Phil bergambar kenangan untuk dua painting yang sudah dimilikinya pada hari itu. siri 'di kolam mereka berkumpul 2006" hanya dua siri yang keluar buat masa ini. siri-sirinya yang sebelum ini menjadi set untuk rancangan tv-I.D kreatif di rtm2,thanx to Deen Daud fasal mengetengahkan karya saya ke screen tv.










Abang Sani hari tu dengan keluarga datang ke gerai..lama tak jumpa."Hoi..tak senonoh!!" terkejut gua kena jerkah!!
Si botak kali ni dengan caricature istimewanya.nantikan munculnya novel grafik kedua!! ini tahun jugak!!
Nur Azmi yang sekarang busy nak hidup baru-baru ini semakin menyibukkan dirinya dengan tour yang tak habis-habis. 1 Julai 2006 di Balai Seni Lukis Negara...gerai 8A dan 8B dikuasai lagi oleh Nur Azmi dan rakan-rakan dari Ameen. Kali ini dengan kepala botak dan mungkin maintain botak fasal panas.ramai yang tak cam ari tu..

Rabu, Jun 28, 2006

Jumper lagi di Balai Seni Lukis Negara!!!


Ya! ketemu semua dengan Nur Azmi bersama Sagu.Sila baca sampai habis post ni!!















gambor ni bersama former superstar..Ramzahurin Noutwill.sekarang guna nama Ram Julie. Pernah popular dengan majalah Humor dan menganggotai Gila-Gila Group. Sekarang giat balik bekarya...the return of Ram... Selalu ada di Balai sekarang ni.

















ini gambor bersama Nuriazam Ismail..ala..Nuri dulu buat mag. UMBRA.kartunis dan pemuzik yang saya hormati.hail! Nuri hail! gambar dirakam semasa SABTUday pertama Mei 2006

Ha..ha..pelukis/penulis/kartunis muda Nur Azmi akan menemui peminat semua
pada SABTUday pertama (1 Julai 2006) di Balai seni Lukis Negara. kali ini bersama kartunis Sagu.Mereka berdua akan bersekongkol untuk slot melukis karikatur (caricature) siapa saja yang nak buat caricature dengan harga istemewa dan autograf (boley bergambar sekali) jangan ketinggalan SABTUday Julai 2006.


Isnin, Jun 19, 2006

Mambo di Taiping!!

Pada 17hb Jun yang lalu di Padang Majlis Perbandaran Taiping.bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Sempena pesta TMnet,Perak.Mambo di Kuale!! turut memeriahkan majlis bersama produksi Nur Azmi yang lain. Wakil Ameen,Luqman Hisyam juga turut serta mempromosi produk Al-Ameen.luar jangka juga sambutan orang Taiping.antara gerai yang diserbu pada hari itu.Crowd pelbagai lapisan membeli,bermesra bersama pelukis,penulis Nur Azmi di samping mengkarikaturkan wajah mereka!




Inilah gerai Mambo di Kuale!! di Padang Majlis Perbandaran Taiping.Hanya berdua aje pada hari itu,Nur azmi dan wakil Ameen-Luqman Hisyam















lagi!!" siap pelawa lagi tu..InsyaAllah..akan ke sana lagi!
Seronoknyerr abang kita ni dapat bergambar dengan artis mambo di Kuale!! "datanglah ke sini
















Orang pertama yang di karikaturkan pada hari itu. Cik Sarah akan ke UIAM tak lama lagi..semoga berjaya!!

















Asyiknyerr abang-abang kite tu..nak buat caricature ye.tunggu!tunggu!!ikut turn ye!

















Gerai mambo diserbu peminat pelbagai lapisan.lebih-lebih lagi caricature istimewa dari Nur Azmi




















Superstar pada hari itu.Adik Izzwan yang cute..bersama caricaturenya





















aha..salah seorang peminat dari Kuale.Turun ke Taiping.kebetulan bertemu Mambo!!T.Q Nurul!!

Ameen Road tour, MPH,Alpha Angle,Wangsa Maju




















inilah imej semasa adik-adik kita sedang tekun mewarna .
















Tangkap gambar ramai-ramai!!
















Pemenang hadiah utama.memang berbakat!!















Pemenang saguhati.Okey nanti cuba lagi!!


















Nur Azmi hakim pertandingan

















The ABOnation bintang penghibur sepanjang majlis


Ameen road tour kolaborasi bersama MPH Wangsa Maju.Pertandingan mewarna lukisan karya Nur Azmi.Wakil Ameen Luqman Hisyam menghiburkan adik-adik berbakat besar seramai 20 orang.Menyerlahkan bakat mereka dalam seni mewarna.bintang penghibur yang menghias majlis pada hari itu adalah band Instrumentalist The ABOnation. Majlis berlangsung pada Sabtu pertama Jun, 3 hb.Jun 2006.

Isnin, Jun 12, 2006

Utusan bertemu Mambo!!




















Bersama Pak samad di Istana Budaya.dari kiri Pak samad(memegang Mambo),Nur Azmi dan Lokman Hisham.

Wartawan Ani Awang dari ruangan sastera dan Budaya, Utusan Malaysia bertemu Nur Azmi dalam seisi temuramah berkenaan novel grafik "Mambo di Kuale!!".Turut serta ,Lokman Hisyam dari Al-Ameen.

produksi terbaru Nur Azmi






















Button Bagde (limited edition) dari siri Citra Moral dan Mambo di Kuale!!

edisi terhad lencana butang ekslusif terbaru. Koleksi Mambo di Kuale!! dengan tiga rekaan berbeza serta koleksi siri Citra Moral dengan empat rekaan berbeza.Harga pasaran Rm3.90 setiap unit,RM10.00 satu set (tiga lencana butang) untuk maklumat lanjut hubungi Al-Ameen serve Holdings 03-41434343.

Jumaat, Mei 05, 2006

Lukisan catan original dan edisi cetakan terhad dari Nur Azmi































kerbau di taman, karya original dan cetakan terhad di jual.bermula di Balai Seni Lukis Negara pada 6 hb.5.2006. original- RM 390. Limited printed edition- RM30 setiap satu. Bagi peminat seni catan moga tidak terlepas peluang ini.hanya ada 20 edisi cetakan terhad sahaja. kepada art collector seisi bertemu artis juga akan berlangsung.dua artis muda Nur Azmi dan khairul azuwan ishak akan berada di sana. Jumpa ya!!!!

Selasa, April 11, 2006

Ahaaa....novel grafik kedua bakal menyusul...















Ahaaa... setelah "Mambo di Kuale!!", kini Nur Azmi sedang dalam proses pembikinan novel grafik keduanya yang bakal menyusul..ha!ha!tajuknya rahsia!kalau nak baca kena tunggu dan sabar dan...kena beli "Mambo" dulu. Gambar menunjukkan kesibukan tahap ultra-violet di office Ameen Serve Holdings,Setapak.Nur Azmi dan Che Mazlan sedang berbincang perihal thumbnails untuk projek kedua- Novel grafik.

Ahad, April 09, 2006

sama-sama kita berkarya!!
















karyawan Faisal Tehrani (dua dari kiri), Nambai (berdiri/buku beliau akan berada di pasaran tidak lama lagi), Nur Azmi (Mambo di Kuale!!), Khairul Azuwan Ishak(baju putih/almost famous artist) dan Azam Supardi/Toyon (ala..penulis "Aku Hidup dalam Blues") dan di barisan depan..Profesor Dr. Aishah (UKM), pakar psikiatri sedang memikirkan apa itu karya yang menarik. gambar dirakam semasa tayangan filem "The Hidden Fortress" arahan lagendary , Akira Kurosawa di office Ameen, penerbit "Mambo di Kuale!!".

Aie dan Roy bertemu "Mambo"














aha siapa tak kenal Roy?? ini le die kartunis yang famous dengan "brader sport" nye masa zaman Gila-Gila dulu. Kelihatan Nur Azmi sedang bangga tahap gaban apabila menerima sketsa dan autograph dari Roy..huh! kembang hidung!! Roy juga antara artis yang memeriahkan kelahiran "Mambo di Kuale!!"















ha! ha!ha! Aie kartunis yang famous habis dengan aku hidup dalam blues,loveville dan etc. mengontrol hensemnya bersama "mambo di Kuale!!" dan set siri "Citra Moral". Seisi bertukar autograph juga ada..."tahniah!itu lah kesungguhan!" kata-kata Aie selepas mendapatkan naskah "mambo" dan "citra moral".

Sabtu, April 01, 2006

Citra Moral





















Citra moral: Singa dengan Bayang-bayang
Susunan: Prof.Madya Dr.Norhayati Mukhti
Ilustrasi: Nur Azmi Mokhtar
Rekabentuk buku: Nuriman Manap
harga senaskah:RM12.90
Set: 5 set





















Citra Moral: Sang Kancil membantu kerbau.
susunan: Prof.Madya Dr.Norhayati Mukhti
Ilustrasi: Nur Azmi Mokhtar
Rekabentuk buku: Nuriman Manap
Harga senaskah: RM12.90
Set: 5 set

Pelancaran "Mambo di Kuale!!" di PWTC,Kuala Lumpur pada 29 MAc 2006



Tak sangka sayur-sayuranpun hadir.Kobis dan Padi pun aderrr..















wartawan dan jurugambar sibuk membuat liputan



Persembahan rock bersila dari Stoneriver.Persembahan akustika tiga lagu.semuanya material dari
Stoneriver.Wan Hafizi dan Nur Azmi.



Penyampaian cenderahati dari pihak Nur Azmi dan Ameen.(dari kiri-Che Mazlan Saad,Nur Azmi danHj.Zainal Buang Hussein)




















Hj.Zainal Buang Hussien,menyampaikan ucapan beliau















Majlis pembukaan dimulai oleh The ABOnation,group etnika jalanan yang semakin mendapat perhatian.















Painting yang dipamerkan sempena
perasmian "Mambo di Kuale!!".

Antara majlis paling meriah sepanjang Pesta Buku Antarabangsa tahun ini. Hari yang pasti tidak dapat dilupai oleh semua karyawan negara.Tetamu yang diluar jangka hadir.Para wartawan dari Harian Metro,Utopia,Hype!,RTM,kartunis,kartunis termasuk Ujang (Aku Budak Minang),Lal,Jonos,wakil-wakil penerbitan dari PTS,Karnadya dan ramai lagi.